Selasa, 4 Ogos 2015

لا تغضب - JANGAN MARAH !!!


Hadis Riwayat Bukhary & Muslim daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda ;

               " Bukanlah orang yang kuat itu orang yang selalu menumpaskan orang lain, sesungguhnya orang yang kuat itu adalah orang yang dapat mengawal diri ketika marah."

SIAPAKAH ANTARA KAMU YANG PERNAH MARAH ??? 😠

   Setiap manusia pasti pernah marah kerana sifat marah adalah fitrah yang tidak mampu kita hapuskan dalam diri kita.

   Tetapi sedarkah kita, marah ade kesan-kesan sampingannya ??? Kerana marah kita berisiko untuk mengalami ;

  • stress yang berpanjangan 😱
  • dapat tekanan darah tinggi 😫
  • serangan jantung 😧
  • gangguan pernafasan 😪
  • sakit kepala 😲
  • menyukarkan kita untuk tidur 😴


   Marah jua boleh membuatkan otak mengeluarkan hormon " NORADRENALIN " yang beracun dan menyempitkan penghubung darah.

   Kesimpulannya, cegahlah diri kita dari perkara yang membangkitkan kemarahan, marah dibenarkan asalkan kerana agama, so datangkanlah pemikiran-pemikiran yang positif kerana " Semakin kita berfikiran baik, maka akan datang hal-hal baik kepada kita." In sha Allah 😊

اللهم اغفرلى ذنبي واذهب عيظ قلبي واجرني من الشيطان الرجيم
Ya Allah, ampunilah dosaku dan hilangkanlah marah dihatiku dan selamatkan aku dari godaan syaitan 😞

                          💞daiesinis_angah_PID13050

1 ulasan: