Khamis, 20 Ogos 2015


Memang islam itu islam. Islam tidak sekadar suatu sistem kepercayaan, bahkan ia juga suatu cara hidup. Suatu cara hidup merintis idea-idea ketamadunan. kehebatan islam pada masa silam adalah kerana ia dapat diterjemahkan sebagai suatu tamadun dan mampu bertahan ratusan tahun.

Oleh sebab itu, orang islam mempunyai beberapa pendekatan terhadap islam. Orang harakah atau gerakan menghubungkan islam sebagai sesuatu yang haraki, lalu islam dikaitkan sebagai islam haraki. Orang siasah cuba melihat islam daripada jendela siasah dan ia disebut sebagai islam siasi. Orang tasawuf memberikan orientasi sufi kepada islam dan mengaitkan islam sebagai islam sufi. Islam dikaitkan dengan orientasi pendekatan.

Begitu juga dengan pendekatan Islam Hadhari, ingin memberikan anjakan orientasi pengislaman di Malaysia bukan sahaja dalam batas ritual atau rohaniah, tetapi juga harus diungkapan secara ketamadunan. Hal ini dilihat relevan untuk mengimbangi pengaruh globalisasi yang bukan sahaja memberi kesan kepada umat islam dari segi pemikiran dan budaya 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan