Sejuta perkataan belum cukup untuk
menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda
perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan
perempuan. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan saudari perempuan
dan memberikan keindahan-keindahan itu. Namun, betapa pun dijaga, dipelihara,
dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan
pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam. Satu sahaja yang tidak akan
dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.
Terkadang bila melayari weblog-weblog rakan, menjelajah ke dalam dunia maya
bagi manusia yang memayakan diri mereka, saya merasa hairan melihat sesetengah
weblog muslimah, yang bertudung, yang menutup aurat, tidak segan silu pula
untuk memaparkan gambar masing-masing. Namun, kita harus akui, bahawa di
kalangan jutaan orang itu, ada yang hatinya sakit, ada yang jiwanya perit
menanggung kesakitan akibat terlihat wajah-wajah kamu biarpun kamu bertudung litup.
Muslimahku, Kalau kita lihat dunia gambar bukan main maju lagi. Dahulu, cuma
setakat kamera yang perlu dicuci gambarnya. Kini, telefon juga menjadi kamera.
Kamera pula lebih dahsyat, lebih instant, sesegera mee segera yang sama
kerosakan yang dibawanya, penyakit hati. Alangkah malangnya, kalau wajah-wajah
anda yang terpamer itu, mengundang gejolak rasa di jiwa insan bernama lelaki,
yang beriman akan beristighfar dan memujuk hati, manakala yang sakit jiwanya,
akan mula mengganggu anda. Mula memburu anda dengan SMS, telefon, hatta mungkin
mendekati anda, dengan tujuan memiliki anda…. Ingat, wajah anda, anugerah
Allah. Anugerah Allah itu hanya layak dilihat berkali-kali oleh yang layak
sahaja... Wallahu A’lam...
"Cinta Syurga"
~Pid 13275~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan