Bilamana kita berbicara berkenaan dengan NIAT, pasti sudah terlintas di minda fikiran kita berkenaan dengan hadis yang berbunyi " sesungguhnya setiap perbuatan itu adalah bermula dengan niat ''. Oleh itu, hati ini ingin sekali berkongsi lafaz hadis berkenaan niat dengan selengkapnya. Hadis tersebut berbunyi :
عن أمير المؤمنين أبي حفص عمر بن الخطاب (رضي الله عنه) قال: سمعت رسول الله (صلى الله عليه وسلم) يقول: "إنما الأعمال بالنيات و إنما لكل امرئ ما نوى، فمن كانت هجرته إلى الله ورسوله، فهجرته إلى الله ورسوله، ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها أو امرأة ينكحها، فهجرته إلى ما هاجـر إليه". (رواه إماما المحدّثين: أبو عبدالله محمـد بن إسماعيل بن إبراهيم بن المغيرة بن بردزبه البخاري الجعفي، وأبو الحسين مسلم بن الحجاج بن مسلم القشيري النيسابوري في صحيحيهما اللذين هما أصح الكتب المصنفة).
“Daripada Amirul Mukminin Abu Hafs 'Umar ibn al-Katthab Radhiallahu ‘anhu beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam bersabda:
'' Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu. ''
( Hadis ini diriwayat oleh dua orang Imam Ahli Hadis; Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail ibn Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Barzirbah al-Bukhari dan Abu al-Husain Muslim ibn al-Hajjaj ibn Muslim al-Qusyairie al-Naisaburi dalam kitab sahih mereka berdua yang merupakan antara kitab yang paling sahih )
Kata ulama bernama Abdul Rahman Ibnu Mahdi ( guru kepada imam bukhari ) menyarankan dipermulaan setiap kitab menulis hadis berkenaan dengan NIAT. Oleh disebabkan hal demikian imam bukhari meletakka hadis berkenaan niat ini pada permulaan kitabnya. Bahkan Imam Nawawi juga turut melakukan hal sedemikian, Imam nawawi meletakkan hadis ini dipermulaan kitabnya yang sangat popular yakni yang bertajuk Arbain' An Nawawi, Al Azkar dan Riyadhus Shalihin.
Abu Daud telah berkata : sesungguhnya hadis ini , '' Sesungguhnya amalan-amalan itu bermula dari niat-niat '', adalah setengah dari agama islam, justeru agama itu sama ada zahir yang merupakan amalan atau batin yang merupakan niat.
Al imam Ahmad dan Asy syafi'i telah berkata : " Masuk kedalam hadis ini : " Sesungguhnya amalan-amalan itu bermula dari niat-niat, sepertiga dari ilmu. Adapun sebab yang sedemikian itu adalah sesungguhnya pekerjaan seorang hamba itu terjadi dari tiga galur, yaitu dengan hatinya, lidahnya dan anggota-anggotanya. Maka adapun niat itu dengan hati, adalah merupakan salah satu dari ketiga-tiga bahagan ini. Oleh sebab itu, 'alim ulama' amat suka memulakan kitab-kitab dan karangan-karangan mereka dengan hadis ini. Lantaran itu imam bukhari meletakkan hadis ini pada awal kitab Shahihnya ( Shahih Al Bukhari ).
Benar bahwa niat itu merupakan suatu peranan yang besar dalam agama, niat juga adalah syarat bagi kesahihan wasilah, maka tidak SAH semua wasilah melainkan dengan niat. Niat kerana Allah pastinya menerima ganjaran disisiNya, niat kerana manusia hanya mendapat kebahagiaan nafsu di hati. Tempat niat adalah di dalam hati namun tidak pula disyariatkan untuk melafazkannya. Walaubagaimanapun, adalah dimustahabkan melafazkannya agar lidah boleh membantu hati dalam menghadirkan niat itu ( itbtiyath ).
Disyaratkan ketika berniat, adanya penentuan ( ta'yin ) barang apa yang diniatkan itu bagi membezakan dari selain daripadanya. Jadi tidak cukup sekadar berniat mengerjakan solat tanpa menentukan jenis solat itu, yang membezakannya adalah jenis solat tersebut sama ada solat Subuh, zohor, asar dan isya'.
Rujukan : Kitab Al Wafi Syarah hadis 40 imam nawawi, kitab Al Azkar, Kitab Riyadhus Shalihin, Sahih al bukhari.
-wallahu'alam-
-K.A- Pid 13269 - 16 Ogos 2015-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan