Ahad, 16 Ogos 2015

6 PESANAN IMAM AL-GHAZALI

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sedikit perkongsian dari saya yang penuh khilaf...Ampun dan maaf dipinta sebelum saya menukirkan sedikit perkongsian  dengan sahabat-sahabat sekalian....

Kematian sememangnya perkara yang pasti kerana setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. Oleh itu, kita yang bernyawa ini perlu bersedia dengan amal jariah sebagai bekalan di akhirat kelak.BAhkan kita sendiri perlu mengawal diri dari melakukan perkara yang sia-sia.Ini kerana, setiap amalan baik atau buruk yang kita lakukan di muka bumi ALLAH ini akan di bayar terus di dunia mahupun di akhirat kerana ALLAH telah menjanjikannya di dalam al-Quran.

Sememangnya kita semua ini mempunyai nafsu dan keinginan tersendiri. Akan tetapi, kita sendiri perlu mencorak dan mengawal diri daripada melakukan perkara yang mungkar. Oleh sebab itu,  kita perlu menjaga iman dan amal kerana tanpa iman dan amal nafsu tidak dapat di kawal oleh seseorang. Sebenarnya, nafsu ini sememangnya ada yang baik dan buruk. Jadi kita sendiri perlu melakukan sesuatu agar apa yang kita lakukan itu bukan hanya berpandukan  nafsu semata-mata. Dengan ini, haruslah kita melakukan perkara yang tidak bercanggah dengan syariat ALLAH agar iman kita tidak lemah.

Walaupun begitu, masa itu ibarat emas. Jadi kita perlu manfaatkan masa ini dengan perkara yang berfaedah. Kadangkala kita tidak perlu mengingatkan masa lalu. Ini kerana kadangkala masa lalu kita itu membuatkan seseorang itu mengingati kisah silam. Untuk makluman semua, perkara yang paling ringan di dunia ini ialah meninggalkan solat. Jika dilihat tidak melakukan solat itu sememangnya senang akan tetapi azab yang dijanjikan ALLAH tidak tertanggung oleh kita. Jadi kita perlulah mementingkan solat lima waktu walau apa rintangan yang berlaku.

Amanah merupakan perkara yang paling berat dan perlu dititkberatkan oleh seseorang. Amanah ini boleh diumpakan dengan sekecil zarah. Setiap amanah yang diberikan akan di soal oleh ALLAH di akhirat kelak.Tidak kiralah amanah yang diberikan itu  berat ataupun tidak. Sebenarnya setiap manusia sendiri mempunyai amanah yang perlu dipikul.

Akhir sekali, perkara yang paling ditakuti ialah lidah manusia.  Kerana lidah manusia sangat tajam walaupun tidak diasah. Oleh itu, kita perlu menjaga percakapan agar ianya tidak menyentuh hati mana-mana pihak. Pepatah melayu ada mengatakan "terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya". Kadang-kadang adakalanya pergaduhan berlaku hanya kerana mulut.

Akhir kata sama-sama kita muhasabah diri agar menjadi yang terbaik untuk mendekatkan diri dengan ALLAH dari hari demi hari. Moga saya dan sahabat-sahabat sekalian dapat menjaga perilaku dan melakukan kebaikan dan mencegah amar ma'aruf nahi ani mungkar. Mohon maaf sekali lagi dari saya jika nukilan ini terdapat kesilapan. Wallahuallam.

6 PESANAN IMAM AL-GHAZALI

#YANG PALING DEKAT DI DUNIA ,, KEMATIAN
#YANG PALING BESAR DI DUNIA ,, NAFSU
#YANG PALING JAUH DI DUNIA ,, MASA SILAM
#YANG PALING RINGAN DI DUNIA ,, MENINGGALKAN SOLAT
#YANG PALING BERAT DI DUNIA ,, AMANAH
#YANG PALING TAJAM DI DUNIA ,,LIDAH MANUSIA

#bungA qAseh#

PID 13012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan