بسم الله الرحمان الرحيم
..السلام عليكم ورحمت الله وبركاته..
SAYANG ALLAH, CINTA ALLAH, LETAKKAN HATI UNTUK ALLAH
..السلام عليكم ورحمت الله وبركاته..
SAYANG ALLAH, CINTA ALLAH, LETAKKAN HATI UNTUK ALLAH
Hati Manusia
Allah memberikan kita satu organ terpenting yang hidup di dalam tubuh kita selain daripada organ-organ lain. Apakah organ itu? Organ tersebut merupakan "hati". Hati yang menjadi raja segala kehidupan di dalam tubuh kita. Hati yang menjadi penentu samada kita akan melakukan kebaikan ataupun kejahatan. Jika kita membiarkan hati menguasai seluruh tubuh kita termasuk aset terpenting yang ada pada otak kita iaitu fikiran, kita tidak akan mengenali yang manakah duri yang manakah isi. Jangan pernah biarkan nafsu menguasai hati, Jangan pernah biarkan hati menguasai fikiran. Tajamkan iman, asahkan hati menjadi setajam bilahan pedang yang mampu membelah segala kejahatan. Agar kita mampu terus beriman dan menguatkan iman dan mencintai Allah sedalam-dalam hati kita. Kuatkan hati untuk DIA Yang Maha Berkuasa.
Setiap manusia mempunyai pelbagai keingginan. Itu adalah lumrah. Itu adalah fitrah. Tidak ada manusia yang tidak inginkan keingginan yang pelbagai dalam kehidupan. Namun, setiap keingginan itu semuanya bermula dari hati yang menjadikan otak kita berfikir. Apakah keingginan kita yang sebenar? Bagaimanakah cara untuk kita mendapatkan keingginan itu? Di manakah sepatutnya kita laksanakan keingginan itu? Apakah keingginan itu hanya dilakukan demi kehendak nafsu dan perasaan semata-mata? Tidakkah hati kita inginkan sesuatu keingginan ke arah ukhrawi. Fikirkan dan renungkan sedalam-dalam hati kita. Walau lisan sentiasa menipu namun sedalam manapun hati bersembunyi, ianya tetap tidak akan mampu menipu diri sendiri. Sebab, hatilah "kebenaran" yang sebenar.
"Persahabatan kita semua adalah untuk Allah dunia dan akhirat.."
Ujian Untuk Manusia
Seringkali juga kita tertanya-tanya, mengapakah ujian yang sama sering diulang-ulang dalam kehidupan. Mengapa tidak yang lain? Mengapa kita didatangi ujian seperti itu? Atau ujian seperti ini? Sedangkan kita seharusnya selesa hidup di dunia tanpa ujian. Bergembira setiap masa dengan teman dan sahabat. Bergembira dengan ahli keluarga dengan penuh rasa bahagia. Mengapa Allah datangkan ujian yang sangat menyakitkan hati dan perasaan kita? Adakah Allah tidak menyayangi kita sebagai hamba-Nya? Allah bencikan kitakah? Sedangkan Allah tahu kita berada di pihak kebenaran atau kejahatan. Mengapa Allah datangkan juga kesakitan itu?
Sedangkan Allah tahu kita sebagai manusia hamba yang lemah. Hamba yag tidak kuat untuk hadapi ujian. Tidak kira ujian keluarga, ujian percintaan, ujian kesakitan, ujian kehilangan, ujian persahabatan ataupun apa-apa sahaja jenis ujian yang melibatkan insan sekeliling yang banyak membuatkan hati kita bagaikan serpihan kaca yang telah pecah dan dicantumkan semula dan kembali pecah berderai bila dihentak dengan kuat. Hakikatnya itulah yang dinamakan sebagai ujian kasih sayang daripada Allah. Walaupun sakit, usahalah untuk bersabar. Walaupun puluhan juta kali air mata telah mengalir, teruskan hadapi ujian itu. Allah tidak pernah datangkan ujian sekiranya kita tidak mampu hadapi.
Jika hidup ini tiada langsung kesakitan, masakan bila kita akan rasai kenikmatan di sebalik susah payah, perit getir kita menempuh ujian itu dengan hadiah istimewa daripada Allah. Yang sentiasa menjadi rahsia Allah terhadap setiap insan di muka bumi ini. Allah sentiasa tahu dan sememangnya tahu perjalanan kehidupan kita semua di dunia ini sejak dari dahulu, kini dan akan datang. Namun, Allah tidak mahu kita sentiasa bergembira kerana satu saat nanti kita pasti akan melupai-Nya dan hanya mencintai isi dunia. DIA sayang, sebab itu DIA uji. Jangan terlalu kecewa dengan ujian Allah sehingga menyebabkan kita melakukan sesuatu yang melanggar syarak dan melanggar hukum di dalam Islam.

"Hidupan lain di dunia ini merupakan satu pelengkap dalam kehidupan kita.."
Hargai Manusia
Jalanilah ujian itu walaupun ianya sentiasa beulang. Kerana bumi ini hanya berpusing di tempat yang sama. Oleh sebab itu juga ujian terhadap kita berpusing di arah yang sama walau berbeza situasi. Jangan lupa, jika kita kurang menghadapi ujian, sedarlah sentiasa, mereka disekeliling kita juga adalah ujian untuk kita. Jangan terlalu merasa senang dengan nikmat duniawi, kerana kelak segala amalan dan perbuatan kita akan dihisab di hari akhirat nanti. Hormati dan sayangi mereka yang berdepan dengan ujian. Kemungkinan besar mereka itu sentiasa hampir dengan Allah dan doa mereka sentiasa termakbul biarpun lambat ditunaikan. DIA tahu yang mana adil untuk hamba-Nya.
Kerana jika kita selalu mengingatinya dan selalu berfikir, kita akan tahu sendiri bahawasanya Allah itu sememangnya Maha Adil Lagi Bijaksana. Tiada satupun yang kurang melalui penciptaan-Nya. Walaupun di pandangan zahir kita selalu inginkan kecantikan dan kenikmatan. Yang buruk dipinggirkan dan dibuang bagaikan sampah. Sedarkah kita? Tidak mustahil yang buruk lagi hodoh ciptaan itu sebenarnya ciptaan yang paling penting di sisi Allah. Kerana Allah mencipta rupa mereka di pandangan zahir manusia untuk memberi ujian kepada mereka. Ujian yang memberikan peluang luas untuk mereka menghidu bau wangi-wangian Syurga Allah. Siapakah kita untuk mengutuknya? Mencacinya? Membencinya?
Sedangkan peluang mereka sentiasa terbuka luas di hadapan Illahi untuk menikmati nikmatnya Syurga Allah di akhirat kelak. Sedangkan diri kita yang dianggap sempurna di dunia ini belum tentu lagi akan menjadi hamba Allah yang bersyukur. Belajar untuk bersyukur sentiasa dan menghormati ciptaan Allah. Bukan "menghina" ciptaan Allah. Mereka yang penuh ujian sebenarnya adalah orang-orang yang terpilih oleh Allah untuk mencintai Allah dengan lebih mendalam. Jangan pernah menghalangi mereka, jika mereka memilih Allah daripada memilih manusia. Biarpun mereka terpaksa berdepan dengan ujian dan hidup sengsara. Kerana Allah dengar segala rintihan mereka. Bersyukurlah kita sebelum kita hampir dengan pengakhiran nyawa.

"Hargailah mereka yang bergelar sahabat kita yang pernah bersusah-payah,
dan pernah berada di sisi kita walaupun untuk sementara.."
Cinta Itu Satu Ujian Dari Allah
Cinta. Bagi yang belajar dan mengetahui ilmu agama tidak sah dan juga tidak lari dari menghadapi rasa cinta. Cinta antara manusia. Fitrah. Satu fitrah buat manusia dan jangan pernah menghina mereka yang pernah jatuh cinta. Namun cara kita untuk mengendalikan rasa cinta itu. Samada ke arah yang lebih baik ataupun ke arah yang lebih buruk. Mengapa kita terlalu menginginkan jodoh sedangkan jodoh itu rahsia Allah dan salah satu hadiah istimewa daripada Allah untuk kita sebagai hamba-Nya. Sedangkan kita terlalu mengejar manusia yang bukan jodoh kita. Akhirnya kita disatukan dengan mereka yang mungkin tidak pernah berada di hati kita. Sabarlah. DIA tahu jodoh kita siapa. DIA tahu segala-galanya. Janganlah meminta. Tetapi berdoa yang terbaik. Walaupun kita tidak tahu persekitaran hidup dan dugaan yang akan melanda ketika kita sudah mendirikan rumah tangga. Cinta tidak pernah salah. Yang salah adalah cara kita yang mengendalikan rasa cinta.
Bagi kita yang sedang bercinta ataupun yang menyimpan cinta tanpa diketahui oleh mereka yang kita cinta, hadapilah rasa cinta itu dengan tenang. Walaupun mungkin menyakitkan. Berdoa pada Allah setiap masa, setiap kali hati kita ingin memberontak di sebabkan cinta yang tidak kesampaian. Jikalau kita kuat dan sanggup melepaskan cinta itu demi Illahi, lepaskanlah. Tiada salah dan silapnya jika ianya untuk Allah. Kita tahu pelbagai kekurangan diri kita. Kita tahu kelemahan kita. Kita tahu salah silap kita dengan Allah juga manusia. Jika ingin meletakkan ruang cinta terhadap manusia itu dengan ruang cinta kita terhadap Allah. Biarlah penuhkan ruang cinta itu untuk Allah. Seperti doa ini untuk diri sendiri, "Ya Allah, sekiranya ini yang terbaik buatku, sekiranya ini cara terbaik untuk aku menebuskan kembali dosa-dosaku, tolonglah aku Ya Allah. Lepaskan dia jauh dari hatiku. Jika itu yang mampu menambahkan rasa cintaku terhadap-Mu.."
"..Sedangkan sepatutnya di waktu ini, aku berbakti kepada ibu dan ayah. Menjalankan tanggungjawab sebagai anak dan pelajar. Aku rela lepaskan rasa cinta terhadap hamba-Mu itu walaupun sangat menyakitkan. Dan membuatkan air mataku mengalir setiap kali hati ini dirundum kegelisahan. Namun, itulah yang terbaik. Sebab, aku sayangkan Kau Ya Allah. Berikanlah kehidupan yang terbaik untuk dirinya. Dekatkan dia selalu dengan-Mu. Jangan biarkan dia berputus asa terhadap ujian-Mu. Aku lepaskan dia, demi jodoh yang telah Engkau rahsiakan. Jika dia jodohku, satukanlah hatinya dengan hatiku dengan ikatan yang halal. Aku sayang dia, Aku lepaskan dia di jalan-Mu Ya Allah. Kuatkan aku untuk terus mencintai-Mu Ya Allah. Kuatkanlah aku walaupun aku terpaksa kehilangan mereka yang aku cintai."[Doa Untuk Kita Bersama]

"Jadikan ia peneman setia kita walau kemana jua kita berada.."
Belajarlah Untuk Sabar
Begitulah antara salah satu ujian yang menyedihkan. Namun itulah bukti-bukti hati kita sentiasa terikat dengan Allah. Itulah bait-bait cinta antara kita dengan Allah. Biarkanlah jika hati lebih ingin cintakan Allah daripada manusia. Kerana DIA tahu sesuatu yang terbaik buat kita. Sabarlah untuk Allah. Teruskan jalani kehidupan kita seperti biasa walaupun kita berdepan dengan pelbagai ujian. Sabar. Allah sentiasa melihat kita. DIA tahu rintihan hati kita walaupun lisan tidak berbunyi. Simpanlah kesetiaan kita pada DIA. Insya-Allah kita akan bahagia untuk DIA selama-lamanya. Bila hati rindu titipkanlah doa untuk-NYA. Bila hati sunyi alunkanlah ayat-ayat-NYA. Bila hati sedih, istighfarlah untuk-NYA. Bila hati gembira ucapkanlah syukur pada-NYA. Bila hati suram, suluhkanlah dengan cahaya zikir terhadap-NYA. Bila hati inginkan kasih sayang, penuhkanlah ibadah terhadap-NYA. Jangan biarkan hati sunyi dengan sesuatu yang sia-sia. Kelak nanti akan gelap dan sukar untuk mendapatkan cahaya kembali.
"Gembiralah untuk Allah selagi hayat dikandung badan.
Untuk Allah, tiada kerugian dalam hidup kita.."
Kita Daie Kitalah Pencinta Illahi!!
Jangan Berputus Asa!!
Teruskan Usaha Dakwah Kita!!
Cinta Allah, Cintai Rasulullah!!
Keluarga Adalah Segalanya.. Allah Juga Segalanya..(^_^)
Salam Ukhwah Fillah Daripada Saya
Maaf Atas Salah Silap Sepanjang Perkenalan
Halalkan Makan Minum Saya
Jika Ada Hutang Bolehlah Tuntut
Saya Hanya Manusia Biasa Dan Takkan Pernah Sempurna
Maafkan Saya, Jika Inginkan Yang Sempurna, Carilah Allah
DIA Sangat Sempurna Untuk Kita Semua
Terima Kasih Kerana Membaca Coretan Serta Nukilan Dari Saya
Maaf Sekiranya Terlalu Banyak Kekurangan
"Biasakan Yang Betul, Betulkan yang Biasa"
(P.U. Lokman)
_Nukilan Daieyah_
~*Gadis Bunga Cengkih*~
(PID13155)
"Allah, Aku Cintakan Kau. Kuatkanlah Aku Untuk Kau."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan