Isnin, 10 Ogos 2015

Solat Jama' dan Qasar

✒ Topik : Solat Jama' dan Qasar


✏ Pengertian Solat Jama' :

📝 Mengumpulkan dua solat dalam satu waktu

📝 Contohnya mengumpulkan waktu zohor kepada asar atau
✅ asar kepada zohor, maghrib kepada isyak atau isyak kepada maghrib.

✏ Pengertian Solat Qasar :

📝 Memendekkan solat daripada 4 rakaat menjadi 2 rakaat.

📝 Solat yang boleh dipendekkan menjadi 2 rakaat ialah :solat zuhur,asar dan✅ isyak.

❕*Solat jamak atau solat qasar diharuskan kepada sesiapa yang musafir lebih dari 2 marhalah (60 batu) atau lebih 90 KM.*


📣 Take Note :

Solat Jamak ada 2 pecahan :
✅ Jama'Takdim
✅ Jama' Takhir

🔴 Apa itu Jama' Takdim❔

✔ Jamak Taqdim ialah melakukan solat jamak pada waktu yang awal iaitu zuhur dan maghrib.

✔ Contohnya :
🔵 Solat zuhur dijamakkan dengan asar pada waktu zuhur
🔵 Solat maghrib dan isyak pada waktu maghrib

❕Maka ini dinamakan solat jamak taqdim.


🔴 Apakah Syarat Jama' Taqdim❔

✔ Solat pada waktunya yang awal seperti solat zuhur dan maghrib.

✔ Niat jamak pada waktu solat yang pertama.

✔ Berturut-turut antara solat yang pertama dan kedua dan tidak boleh diselangi dengan perbuatan lain dari solat.

✔ Diselangi dengan iqamah.

✔ Berkekalan musafirnya sehingga solat yang kedua.

🔴 Apakah Jama' Takhir❔

✔ Jamak Takhir ialah melakukan solat jamak pada waktu yang akhir iaitu asar dan isyak.

✔ Contohnya melaksanakan :
  Solat zuhur dan asar pada waktu asar,
🍥 Solat maghrib dan isyak pada waktu isyak.

❕Maka ini dinamakan solat jamak takhir.


🔴 Apakah Syarat Jama' Takhir❔

✔ Berniat untuk mentakhirkan solat yang pertama pada waktu kedua ketika masuk waktu solat pertama.

✔ Niat jamak pada waktu solat yang pertama.

✔ Berturut-turut antara solat yang pertama dan kedua dan tidak boleh diselangi dengan perbuatan lain dari solat.

✔ Diselangi dengan iqamah.

✔ Berkekalan musafir sehingga selesai kedua-dua solat.


Baik selesai mengenai jama' maka kita masuk ke bahagian seterusnya : qasar.

📇 Qasar bererti memendekkan maka boleh dikerjakan bersama-sama dengan Jama'

Terdapat beberapa syarat untuk mengerjakan Qasar.

Jom lihat.

⚫ Syarat Qasar

⚪ Musafir hendaklah tidak bertujuan maksiat.

⚪ Perjalanan tidak kurang dari dua marhalah.

⚪ Solat yang diqasarkan hendaklah :solat zuhur, asar dan
☑isyak sahaja.

⚪ Hendaklah diniatkan qasar dalam niat solat.

⚪ Tidak boleh berimam orang yang solat penuh (sempurna).

⚪ Berkekalan perjalanan sehingga sempurna solat.

⚪ Dia tahu orang musafir itu harus mengerjakan solat qasar.


❕Bacaan dalam solat ini tidak berbeza daripada solat fardhu.

❕Hanya niat sahaja yang sedikit berbeza. Apa perbezaannya❔

❕Ayuh kita pelajari.


⭕ Niat Solat Jamak dan Qasar

1⃣ Jamak Taqdim dan Qasar


✨ Contoh : Zuhur-Asar

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر أداء لله تعالى

“Sengaja aku solat fardhu zuhur dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya asar tunai kerana Allah Taala”.

أصلي فرض العصر ركعتين قصرا مجموعا إلي الظهر أداء لله تعالى

“Sengaja aku solat fardhu asar dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepada zuhur tunai kerana Allah Taala”.

✨ Selain zuhur-asar, boleh juga digantikan dengan :
💫 Maghrib-Isyak


2⃣ Jamak Takhir dan Qasar

✨ Contoh : Asar-Zuhur

أصلي فرض العصر ركعتين قصرا مجموعا إليه الظهر أداء لله تعالى

“Sengaja aku solat fardhu asar dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya zuhur tunai kerana Allah Taala”.

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلي العصر أداء لله تعالى

“Sengaja aku solat fardhu zuhur dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepada asar tunai kerana Allah Taala”.

✨ Selain Asar-Zuhur, boleh juga digantikan dengan :
💫 Isyak-Maghrib


Alhamdulillah kalau dah jelas semuanya boleh lah laksanakan solat ini.

Caranya : (sekadar contoh zuhur dan asar)

🔴 Bagi Jama' Takdim : Solat zuhur dan asar itu hendaklah dilakukan dalam waktu zuhur.

🔴 Bagi Jama' Takhir : Solat Asar-Zuhur hendaklah dilakukan dalam waktu asar.

✨✨✨

💟 Berdiri lurus mengadap kiblat.

💟 Berniat hendak mengerjakan solat zuhur secara jama
k taqdim dan qasar @ jamak takhir dan qasar.

💟 Setelah itu jika memilih jama' takdin maka kerjakan solat zuhur sebanyak dua rakaat di waktu zohor sehingga selesai memberi salam.

💟 Kemudian berdiri semula, iqamat sebelum mendirikan solat yang kedua iaitu asar.

💟 Jika berniat untuk mengerjakan solat asar secara jamak takhir maka kerjakanlah solat asar sebanyak dua rakaat sehingga selesa di waktu Asar.

💟 Kemudian disambung pula dengan solat zuhur selepas iqamat.

Nota kaki :
✅ Kalau qasar jamak taqdim atau jamak takhir antara solat maghrib dan isyak, maka hendaklah niatkan solat maghrib secara jamak takdim atau jamak takhir sahaja tanpa menyebut qasarnya.

Wallahualam.

Sumber : Blog Ustaz Nor Amin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan