DALAM kehidupan seharian, kita tidak akan dapat lari dari menjadi sama ada pemimpin atau orang yang dipimpin, hatta kepada wanita dan hamba sekalipun, tidak kira di mana-mana peringkat bermula dari keluarga, organisasi kerja, masyarakat, daerah, negeri sehinggalah kepada kepimpinan negara, sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim:
“Ketahuilah bahawa setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap kamu akan bertanggungjawab dan ditanya (di akhirat kelak) tentang kepimpinannya. Seorang pemimpin yang memimpin masyarakat, dia bertanggungjawab dan ditanya (di akhirat kelak) tentang kepimpinannya terhadap mereka.
Seorang suami menjadi pemimpin ke atas ahli keluarganya, dia bertanggungjawab dan ditanya (di akhirat kelak) tentang kepimpinannya terhadap mereka.
Seorang isteri menjadi pemimpin di atas urusan rumah tangga suaminya dan anak-anaknya, dan dia akan ditanya (di akhirat kelak) tentang kepimpinannya dalam urusan tersebut.
Dan seorang hamba menjadi pemimpin terhadap harta tuannya, dan dia bertanggungjawab dan ditanya (dia akhirat kelak) terhadap kepimpinannya itu. Ketahuilah bahawa setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap kamu adalah bertanggungjawab dan ditanya (di akhirat kelak) berkenaan kepimpinannya”.
Dalam hal kepimpinan, soal ketaatan, kepatuhan, atau walak kepada pemimpin adalah persoalan yang sangat penting. ALLAH SWT berfirman dalam Surah an-Nisa’ ayat 59: “Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada ALLAH, dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu..”.
Namun begitu, seseorang pemimpin selain daripada Rasulullah SAW, bukanlah seorang yang maksum (yang terpelihara daripada melakukan dosa dan kesalahan). Mereka juga adalah manusia seperti kita yang tidak dapat lari daripada melakukan dosa dan kesalahan.
Justeru, dalam keghairahan kita menegur pemimpin, biarlah ia masih lagi dalam konteks dan landasan yang betul menurut apa yang telah digariskan oleh Islam.
Antaranya, teguran tersebut hendaklah dalam bentuk nasihat yang baik lagi membina, bahkan dengan cara yang lemah-lembut serta berhikmah, dan bukanlah dalam bentuk teguran yang kasar yang lebih kepada semata-mata mengkritik.
Dalam hal ini, ALLAH SWT berfirman dalam Surah Taha ayat 43 dan 44: “Pergilah kamu berdua kepada Firaun, sesungguhnya dia telah melampaui batas dalam kekufurannya. Kemudian hendaklah kamu berdua berkata kepadanya dengan kata-kata yang lemah lembut, semoga dia beringat atau takut (kepada azab ALLAH)”.
Ayat ini merupakan suruhan ALLAH kepada Nabi Musa as dan Nabi Harun as untuk bertemu dan menyampaikan dakwah kepada Firaun.
Walaupun Firaun seorang penguasa yang zalim, bahkan kufur kepada ALLAH, malah ALLAH Maha Mengetahui bahawa Firuan tetap tidak akan beriman sehingga akhir hayatnya, namun ALLAH SWT masih tetap menyuruh kedua-dua NabiNya itu berdakwah, menasihati dan berkata-kata dengan Firaun dengan kata-kata dan ucapan yang baik dan lemah lembut.
Justeru, jika Firaun yang kufur dan zalim itu masih lagi ALLAH perintahkan NabiNya untuk berkata-kata dengan baik dan lemah lembut, apatah lagi dengan pemimpin-pemimpin Islam pada hari ini yang penulis kira tidak sampai kepada tahap kezaliman dan kekufuran Firaun.
Nasihat yang baik ini jugalah yang ditekankan oleh Rasulullah SAW, malah menjadi tonggak dan mercu tanda dalam agama Islam, sebagaimana hadis sahih diriwayatkan oleh Muslim: “Agama (Islam) itu adalah nasihat”. Para sahabat bertanya: “Kepada siapa (wahai Rasulullah)?”.
Baginda bersabda: “Kepada ALLAH, kepada kitabNya, kepada RasulNya, dan kepada para pemimpin kaum Muslimin dan kepada orang-orang Islam keseluruhannya”.
Seterusnya, antara adab dan pendekatan dalam menegur dan menasihati pemimpin adalah dengan cara bersendirian, tertutup dan bukan di khalayak ramai. Dalam hal ini Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa yang ingin menasihati seseorang pemimpin dalam sesuatu perkara, janganlah dia nyatakan nasihat itu secara terang-terangan, tetapi hendaklah dia bersama-sama pemimpin itu dan bersendirian dengannya (kemudian dia sampaikan nasihatnya itu).
Jika pemimpin itu menerima nasihatnya, maka itulah (yang terbaik), dan jika pemimpin itu tidak menerima nasihatnya, maka dia telah menunaikan tanggungjawabnya terhadap pemimpin tersebut (dalam menasihatinya)”. Hadis sahih riwayat Imam Ahmad.
Justeru, dalam menegur pemimpin, hendaklah dijaga adab-adab dan pendekatannya, bukan dengan teguran keras, apatah lagi menghina mahupun memberontak terhadap pemimpin.
pid13208
zur husna

Tiada ulasan:
Catat Ulasan