HUKUM DIRI KITA
Saya nak sangat berkongsi
pada semua orang tentang perkara ni. Cara ni adalah antara kaedah yang terbaik
untuk kita baiki diri kita dan cara yang terbaik untuk membuatkan kita tak lagi
teringin membuat maksiat. Cara ini saya namakan:”Cara nak memanipulasi syaitan”.
Dengan cara ini,
seakan-akan syaitan sendiri akan “hasut” kita untuk tinggalkan
maksiat(konon-kononnya). Caranya ialah dengan KITA MENGHUKUM DIRI KITA setelah
buat maksiat dan dosa!
Kita pun tahu, syaitan akan
suruh kita buat benda yang merugikan diri kita, dan menguntungkan dia. So, bila
kita buat maksiat, ia merugikan diri kita dan menggembirakan syaitan! Tetapi,
bila kita mengHUKUM diri kita, ia sangat efektif! Mari saya terangkan satu-satu
cara nak memanipulasikan syiatn ni supaya boleh faham:
1)Kita berazam, setiap kali
kita buat sesuatu dosa, kita akan hukum diri kita dengan sesuatu AMAL SOLEH.
Contohnya, kita target:
”Setiap kali
aku hisap rokok, aku akan hukum diri aku dengan baca quran 1 juzuk!”
“Kalau aku
tengok video tak elok, aku akan sedekahkan RM50 kat surau, and then aku akan
puasa 3 hari!!”
“Kalau aku
tak pergi solat Jemaah subuh kat surau, aku akan denda diri aku dengan baca
buku agama sebanyak 100 muka!”
2)Bila kita hukum diri
kita, maka syaitan akan mula ragu-ragu, samada nak suruh kita buat maksiat atau
tak. Sebab kalau dia goda kita untuk hisap rokok, dia tahu yang kita akan hukum
diri kita dengan abca quran 1 juzuk, yang mana baca quran 1 juzuk tu amat
merugikan syaitan dan meningkatkan iman kita berganda-ganda!!
3)Kalau dalam bahasa arab,
cara ini di namakan “Iqob” yang bermaksud “denda”.
Itulah yang para sahabat buat! Saya akan cerita beberapa contoh IQOB yang
sahabat buat:
“Ada sorang
sahabat, time dia tengah solat sunat kat kebun, tiba-tiba time tengah solat tu,
dia ternampak burung dan burung tu menyebabkan dia tak khusyuk. Lepas habis
solat, sahabat tu perasan yang dia tak khusyuk dan dia menyesal. Lantas, dia
hukum diri dia dengan MENYEDEQAHKAN kebun itu kepada orang islam!!!!”
Dan banyak lagi. Takut
panjang, orang malas baca:)
4)Saya mahu kemukan bukti,
betapa efektifnya cara ini , sehingga syaitan sendiri akan hasut kita untuk
tinggalkan maksiat! Hayati dan fahami kisah ini, akan betapa berharganya bila
kita hukum diri kita setiap kali kita buat maksiat!
KISAH UMMU
MAKTUM NAK KE MASJID
Ada sorang sahabat nama dia
Ummu maktum, seorang yang BUTA. Dia nak pergi masjid untuk solat, dalam
perjalanan, dia terjatuh lantas bajunya kotor. Dia pun patah balik ke rumah,
bersihkan baju dan pergi semula ke masjid buat kali kedua. Tapi, sekali lagi
dia terjatuh, dan dia patah balik ke rumah untuk bersihkan pakaiannya.
Kemudian, dia pergi semula ke masjid buat kali ketiga. Dan, kali ketiga ni, dia
hampir terjatuh, tetapi ada seorang lelaki selamatkan dia dan usung dia sampai
ke masjid!
Setelah sampai kat masjid,
ummu maktum pun berterima kasih pada lelaki tu sebab bantu dia jalan hingga ke
masjid. Dan bila ummu maktum Tanya tentang siapakah lelaki itu, lantas lelaki
tu jawab:
“Aku IBLIS!”
Ummu maktum pun terkejut
dan bertanya:
“Kenapa kau
bantu aku pergi masjid sedangkan kau IBLIS??!”
Iblis jawab:
“Kerana time
kau jatuh kali pertama, Allah dah ampunkan semua dosa-dosa kau. Time kau jatuh
kali kedua pulak, Allah ampunkan dosa semua ahli keluarga kau. Aku takut kalau
kau jatuh kali ketiga, Allah akan ampunkan semua dosa penduduk madinah!! Habis
sia-sia aku goda mereka buat dosa selama ni! Sebab tu time kau nak jatuh kali
ketiga tu, aku tolong kau!!!
:)
KISAH ABDUL
QADIR ALJAILANI(ULAMA’ DAHULU KALA)
Ada sekali tu, time subuh,
ada orang kejut abdul qadir jailani untuk solat subuh. Bila abdul qadir jailani
Tanya, siapakah orang yang kejut dia, lantas orang tu jawab:
“Aku IBLIS!”
Pastu Abdul qadir jailani
Tanya balik:
“Kenapa kau
kejut aku subuh sedangkan kau iblis??!”
Iblis jawab:
“Sebab aku
tahu, kalau kau tak dapat solat subuh Jemaah, kau akan hukum diri kau dengan
kau pergi mengajar agama kat ribuan orang! Aku takut kalau kau mengajar ribuan
orang, mereka semua dapat hidayah dan susahlah kerja aku nanti!”
:)
~Senyum_selalu~
~PID 13245~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan