Ahad, 16 Ogos 2015

Gerakan Islam Zaman Awal

Gerakan Islam Zaman Awal

   Asalamualaikum kepada teman seperjuangan yang masih  meneruskan usaha dakwah di atas muka bumi Allah ini. Sebenarnya usaha dakwah kepada semua orang tidak pernah hilang daripada umat Islam. Usaha ini merupakan satu perintah Allah kepada hamba-hambanya yang dikasihi. Baginda, Rasulullah S.A.W pun menjalankan kegiatan dakwah  kepada umatnya, dan diteruskan pula golongan para sahabat , dan generasi seterusnya


   Baginda Rasulullah S.A.W menghadapi dua zaman yang jelas berbeza iaitu zaman Jahiliah dan zaman Islam. Malahan Baginda adalah diutuskan Allah untuk mengubah segala sesuatu yang berlaku dalam zaman jahiliah yang mengugat manusia dan kehidupan kemanusiaan dan kerohanian . Dalam usaha mengubah akidah dan sistem hidup masyarakat Jahiliah .

   Zaman Jahiliah tidak mengenali wujudnya struktur pemerintahan yang teratur kerana ia terletak di atas pemerintahan kaum dan kabilah . Masyarakat berdasarkan kaum dan kabilah tentunya tidak mengenali sistem masyarakat dan pemerintah madani. Pada masa itu tidak ada undang-undang bertulis , jauh sekali satu perlembagaan yang mengawal segala tata laku dan sistem hidup mereka.

   Perubahan zaman dan pemindahan sejarah yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W dalam membentuk wajah baru dunia Islam berbanding wajah lama jahiliyyah seharusnya dapat memberikan inspirasi kepada baru dan zaman baru tidak lama lagi.

    Perubahan pemikiran orang -orang Islam mengubah pandangan sejagat (world-view) orang-orang Islam terhadap isu sosial -ekonomi dan politik negara  baru Islam di Madinah. Di antara persediaan yang harus wujud dalam merencanakan kemantapan umat Islam , termasuk perancangan dakwah dan aktiviti Islam ialah:


  • Membangun kemampuan umat dalam rangka menghadapai segala macam cabaran , ancaman , tentangan dan gangguan baik dari dalam atau dari luar
  • Menjamin keamanan dan kesepaduan umat Islam dalam mempertahankan kekuatan negara dan ummah serta maruah diri.
  • Seluruh masyarakat Islam haruslah bersiap sedia sepanjang masa dari segi mental dan fizikal kuat.
  • Mempertingkatkan ilmu pengetahuan dan teknologi semasa yang bersaing dengan dunia lain.

  Al-Quran telah menyebut dalam Surah al -Nisa' 4:71
" Wahai orang - orang yang beriman , bersiap sedialah kamu, majulah secara berkelompok atau majulah bersama-sama"

    Musuh dalam selimut dan golongan munafik dan lemah iman ini tidak mungkin dapat membentuk angkatan kuat dalam masyarakat Islam untuk benar-benar memperjuangkan Islam dalam semua aspek aktiviti dan pembangunannya . Allah S.W.T dalam konteks yang sama juga berfirman dalam surah sama ayat 73:

Maksudnya : Dan sekiranya kamu beroleh kemenangan (kurniaan) daripada Allah , tentulah dia akan mengeluarkan perkataan ( yang menggambarkan) seolah-olah tidak pernah wujud hubungan kasih sayang antara kamu dengan dia (iaitu katanya) " Wahai kiranya aku ada bersama-sama mereka tentulah aku mendapat kemenangan yang besar (pula).

Sampai sini sahaja yang dapat saya kongsikan dengan ilmu tidak seberapa pada diri ini. Yang hebat datang daripada Allah , yang selemahnya datang daripada kita  . Wassalam..

#Hambamu Allah
# ( PID 13163)
# Dakwah Kumpulan 2

Tiada ulasan:

Catat Ulasan