Dalam kamus hidup orang yang tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat, tidak ada istilah pahala atau dosa, neraka ataupun syurga. Hidupnya akan didominasi sepenuhnya oleh sifat materialisme, hedominasi dan individualistik. Dia hanya memberi jika mendapat balasan yang lebih baik dan banyak. Apabila manusia hanya fokus untuk menerima semata-mata, pecahlah ukhwah, terungkailah persaudaraan.
Oleh sebab itulah iman dan persaudaraan saling berkait rapat. Iman dan persaudaraan kerap digandingkan dalam al-Quran dan hadis. Firman Allah S.W.T yang bermaksud : " Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara." (Surah al-Hujurat, 49:10).
Rasulullah S.A.W pula bersabda, maksudnya : "Tidak saudaranya sepertimana dia mencintai untuk dirinya sendiri (daripada kebaikan)." ( Riwayat al-Bukhari). Dalam pertalian antara iman (percaya kepada Allah), persaudaraan sesama Muslim dan kurniaan syurga itu sangat berkait rapat. Perhatikan maksud hadis ini : "Demi zat yang diriku berada dalam kekuasaan-Nya, tidak akan masuk syurga selagi kamu tidak beriman, tidak akan beriman selagi kamu tidak saling mencintai."
Apabila kamu ingin aku khabarkan mengenai amalan yang apabila dilakukan pasti membuatkan kamu saling mencintai ?
Sahabat menjawab teruja : "Sudah tentu, wahai Rasulullah." Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud : " Sebarkanlah salam sesama kalian." (Riwayat Muslim)
Orang yang layak masuk syurga pada umumnya ialah orang yang kuat imanya, kukuh persaudaraannya dan banyak amal kebaikannya kepada Allah dan manusia lain. Allah berfirman yang bermaksud : "Dan didekatkan syurga itu kepada orang yang bertakwa pada tempat yang tiada jauh (daripada mereka). Inilah yang dijanjikan kepadamu (iaitu) kepada setiap hamba yang selalu kembali (kepada Allah) lagi memelihara (semua peraturan-Nya). (iaitu) orang yang takut kepada Tuhan yang Maha Pemurah sedang Dia tidak kelihatan (olehnya) dan dia datang dengan hati yang bertaubat. Masuklah syurga itu dengan aman, itulah hari kekekalan." (Surah Qaf 50:31-34)
# hamba_Allah
# pid 13178
Tiada ulasan:
Catat Ulasan