CUIT-CUIT SEORANG DAIE MUDA
Kalau Si Dara bertemu Si Uda,
Hati berdebar bagai nak tercabut,
Kalau berbicara tanpa ilmu di dada,
Seperti orang alim Musang Berjanggut.
Ulamak ada bertausiyyah(berpesan) agar
mendalami ilmu agama(Tafaqquh Fiddin)
agar lebih memahami selok belok dan kaedah-kaedah agama
yang sebenar kerana dewasa ini ramai yang berminat untuk bercakap
hal agama khususnya di media sosial hari ini.
PENCERAHAN
Penulis perhatikan,ramai yang hanya merujuk hal-hal agama hanya
dengan bertanya kepada Sheikh Googleliyyah,.
Tidak pun kepada Al-Habib Whatsappiyyah,
Maulana Telegramiyyah,Sohibus Sahamah Mufti Facebookiyyah,
Ustaz Tuan Haji Instagramiyyah,Ustazah Twitteriyyah dan sebagainya.
Kadang-kadang yang langsung tiada asas agama juga ingin bersuara
seakan lidah ulama atau Hakim Mahkamah Syariah
yang menjatuhkan hukuman kepada seseorang
sehingga dibimbangi boleh menyesatkan umat
Islam dan mengkafirkan seseorang atau sesuatu golongan tanpa ilmu.
Kesimpulan:Menuntutlah ilmu dengan guru yang bertauliah
bukan hanya bergantung kepada buku atau Internet bin Google sahaja.
DAIE MUDA
#pid13049
#penaseorangdaie
Tiada ulasan:
Catat Ulasan