Isnin, 10 Ogos 2015

Seperti Bintang

Pada waktu malam, kita pasti melihat bulan dan bintang di langit yang gelap. Bulan mengambang,bintang berkelipan,  menjadi kebiasaan menghiasi taman langit. Namun ada sesuatu disebalik keindahan dan kecantikan itu.

Bintang yang kecil.

Sebenarnya bintang adalah sejenis makhluk yang berasal dari gugusan-gugusan kecil dan tidak mempunyai cahaya serta mempunyai pelbagai jenis. Bintang dapat memancarkan cahayanya dengan bantuan matahari pada waktu malam. Sekecil, sehodoh , dan sehitam-hitam bintang, ia masih mampu bersinar dengan indahnya.
Bintang tidak menarik.
Jadi, apakah yang membuatkan kita semua terpukau dengan keindahan bintang?
Jawapannya : CAHAYA nya.

Pada hakikatnya, bintang adalah makhluk ciptaan Allah S.W.T. yang tidak sempurna. Bintang meminjam cahaya daripada matahari sama seperti bulan, cuma yang membezakan bulan dan  bintang adalah proses mendapatkan cahaya itu. Sekecil-kecil bintang yang kita lihat dilangit, mampu menerangi dan menyinari keindahan malam. Malah boleh menyenangkan dan melembutkan hati manusia .

Seperti bintang.

Kita adalah umat Islam yang Allah S.W.T. ciptakan dan diturunkan di muka bumi ini untuk menjadi khalifah serta diperintahkan untuk beribadat kepadaNya. Ketahuilah, kita manusia banyak kekurangan. Kenyataannya, kita lemah, hina dan sangat kerdil .

Tetapi ada sesuatu yang membuatkan kita menjadi insan yang benar-benar mulia.

ianya : ISLAM.

Mari kita lihat kisah Saidatina Fatimah, yang merupakan anak kepada Nabi Muhammad s.a.w. , beliau dibesarkan didalam keluarga yang serba sederhana,  seterusnya berkahwin dengan Saidina Ali r.a. yang juga berlatarbelakangkan keluarga yang miskin. Tetapi, Saidatina Fatimah menjadi tauladan dan menyenangkan masyarakat dan umat Islam. Mengapakah ini berlaku?

Jawapannya adalah akhlak beliau yang halus dan peribadi yang indah , hasil didikan Islam yang diterapkan dalam hidupnya.

Begitu jugalah Islam yang memberi cahaya dalam kehidupan kita. Menghiasi sepanjang kehidupan kita.
Namun, apakah kita jadikan Islam sebagai penyuluh dan cahaya dalam kehidupan ?

Lihat semula kepada bintang, jika tiada cahaya, bulan dan bintang hanya makhluk yang hodoh, buruk dan kosong sahaja. Maka, begitulah manusia, apabila tanpa Islam menerangi kehidupan, maka jadilah mereka dikalangan orang-orang yang rugi.

firman Allah S.W.T :
                            Sesiapa yang mencari jalan hidup selain Islam, maka tidak akan  diterima     segala amalannya , dan di akhirat kelak akan tergolong dalam kalangan orang yang rugi.
(ali Imran :85)

Marilah bersinar dihadapan Allah yang mempunyai Ar-Rahman. ^_^

Allah doesn't expect you to be perfect
He expects you to try your best to be as close as you can to perfection.

PID 13224

Tiada ulasan:

Catat Ulasan