Tip Amalan Harian :
15 Sunnah Rasulullah SAW
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ
ٱلرَّحِيمِ
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى
سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
.
Berikut merupakan antara
amalan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad Shalallahu ‘alaihi wasalam dan
ia menjadi sunnah buat umatnya yang dikasihi. Amalan ini mampu menjadikan
seseorang itu mencintai baginda dan boleh membawa seseorang itu cenderung ke
arah ‘soleh wa musleh’.
.
1.
Senyuman
Abdullah bin Al-Harist
Radliyallahu’anhu menuturkan, yang artinya, “Tidak pernah aku
melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah Shalallahu
‘alaihi wasalam.”(Riwayat At-Tirmidzi)
.
2. Dahulukan
Kanan
Daripada Aisyah, katanya: “Rasulullah Shalallahu
‘alaihi wasalam lebih suka mendahulukan yang kanan dalam segala hal
(perbuatan) seperti memakai terompah, bersikat, berwuduk dan mandi.” (Hadis
riwayat Muslim)
.
3. Berpakaian
Ummu Salamah meriwayatkan: “Pakaian
yang paling disukai oleh Baginda Shalallahu ‘alaihi wasalam ialah
pakaian Qamis).” (Riwayat Tarmizi dan Abu Daud)
.
4. Bercelak
Ibnu Abbas meriwayatkan
bahawa Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam bersabda: “Hendaklah
kamu bercelak dengan menggunakan batu celak (Al-Itsmid) kerana celak dapat
memperjelaskan penglihatan dan menumbuhkan bulu (mata).” (Riwayat
Tarmizi dan Abu Daud)
.
5. Memakai
Cincin
Ali bin Abi Talib
meriwayatkan: “Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam memakai cincin di
jari tangan kanan Baginda.” (Riwayat Tarmizi, Abu Daud, Nasa’i dan
Ibnu Hibban.)
.
6. Makan
Ka’ab bin Malik r.a.
meriwayatkan: “Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam makan menggunakan
ketiga jari Baginda. Selepas makan Baginda menjilati ketiga-tiganya.” (Riwayat
Tarmizi, Muslim, Abu Daud dan Ahmad)
.
7. Minum
Ibnu Abbas r.a.
meriwayatkan: “Ketika Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam minum,
Baginda menarik nafas (menghela) dua kali.” (Riwayat Tarmizi dan
Abu Syaikh)
.
8. Bersilaturrahim
Rasulullah SAW
bersabda: “Tahukah kamu tentang sesuatu yang paling cepat mendatangkan
kebaikan ataupun keburukan? Sesuatu yang paling cepat mendatangkan kebaikan,
adalah balasan (pahala) orang yang berbuat kebaikan dan menghubungkan tali
silaturahmi, sedangkan yang paling cepat mendatangkan keburukan ialah balasan
bagi orang yang berbuat jahat dan yang memutuskan persaudaraan.”
(Riwayat Ibnu Majah).
.
9. Berjalan
Ali bin Abi Talib
meriwayatkan: “Apabila Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam berjalan,
tubuh Baginda tegak seperti sedang menuruni tanah yang landai.” (Riwayat
Tarmizi dan Hakim)
.
10. Berkata
Anas Ibnu Malik r.a.
meriwayatkan: “Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam mengulangi
perkataan Baginda tiga kali supaya lebih difahami (oleh pendengarnya).” (Riwayat
Tarmizi dan Hakim)
.
11. Tertawa
Abdullah bin Harith r.a.
meriwayatkan: “Tawa Nabi Muhammad Shalallahu ‘alaihi wasalamhanyalah
senyuman.” (Riwayat Tarmizi )
.
12. Bergurau
Anas bin Malik r.a.
meriwayatkan: “Betapa baiknya Nabi Shalallahu ‘alaihi wasalam menggauli
kami. Baginda berkata kepada saudaraku yang masih kecil, ‘Wahai Abu Umair, apa
yang sedang dilakukan oleh burung nughair?’” (Riwayat Tarmizi,
Bukhari, Abu Daud, Nasa’i dan Ahmad)
.
13. Tidur
Aisyah r.ha. meriwayatkan: “Setiap
kali hendak tidur pada malam hari, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam selalu
menadahkan kedua tapak tangan sambil membaca Surah al-Ikhlas, al-Falaq
dan an-Nas kemudian Baginda meniup kedua-dua tapak tangan tersebut. Setelah
itu, Baginda menyapu bahagian tubuh yang terjangkau, dimulai dari kepala, wajah
lalu bahagian depan tubuh Baginda. Hal itu Baginda lakukan sebanyak tiga kali.” (Riwayat
Tarmizi, Abu Daud, Ibnu Majah, Nasa’i dan Ahmad)
.
14. Membaca
al-Quran
Ya’la bin Mamlak bertanya
kepada Ummu Salamah tentang cara Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam membaca
al-Quran. Menurut Ummu Salamah, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalammembaca
al-Quran dengan sangat jelas kalimah demi kalimah. (Riwayat Tarmizi, Bukhari,
Abu Daud dan Nasa’i)
.
15. Ibadah
Abu Hurairah r.a.
meriwayatkan: “Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam melaksanakan solat
hingga kedua-dua kaki Baginda bengkak. Beliau bertanya, “Mengapa engkau
melakukan hal ini padahal engkau mengetahui bahawa Allah SWT telah mengampuni
dosamu yang telah berlalu dan akan datang?” Baginda Shalallahu ‘alaihi
wasalam menjawab, ‘Tidakkah aku menjadi hamba yang banyak bersyukur?’.” (Riwayat
Tarmizi dan Ibnu Khuzaimah)
.
.
والله أعلم بالصواب
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
.
.
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته
:PID13212
Tiada ulasan:
Catat Ulasan