Jumaat, 14 Ogos 2015

DAKWAH ITU LAWANNYA DI TENTANG


Pertama, saya nak nyatakan secara terus terang bahawa:

“Dakwah pasti dan pasti akan mendapat tentangan”.

Sungguh saya kata. Percayalah.

Tak percaya?

Korang mesti pernah dengar kisah nabi Nuh bukan? Macamana nabi Nuh dakwah pada umatnya, selama 950 tahun, tapi, umat nabi nuh bukan takat tak ikut nabi Nuh, tapi nabi Nuh di caci maki, di hina, di pulau, di boikot, di jauhi, di benci, di perkecilkan dan sebagainya. Dan lebih menyedihkan, isteri dan anak nabi Nuh pun turut sama menjauhi nabi Nuh!

Cuba korang bayangkan, rasa-rasa apa perasaan nabi Nuh?

Sungguh, nabi nuh rasa sedih, hatinya pedih, nabi nuh menangis, merintih, bahkan, kadang, nabi nuh rasa putus-asa. Cuba korang salami perasaan nabi Nuh, cuba korang amati luahan hati nabi nuh dalam surah Nuh. Hayati!

Nuh berkata:

قَالَ رَبِّ إِنِّي دَعَوْتُ قَوْمِي لَيْلا وَنَهَارًا
“Ya tuhanku, sesungguhnya, aku telah menyeru kaumku siang dan malam!”

فَلَمْ يَزِدْهُمْ دُعَائِي إِلاَّ فِرَارًا
“Tetapi, seruanku itu tidak menambahkan iman mereka, bahkan mereka lari dari kebenaran!”

وَإِنِّي كُلَّمَا دَعَوْتُهُمْ لِتَغْفِرَ لَهُمْ جَعَلُوا أَصَابِعَهُمْ فِي آذَانِهِمْ وَاسْتَغْشَوْا ثِيَابَهُمْ وَأَصَرُّوا وَاسْتَكْبَرُوا اسْتِكْبَارًا
“Dan, sesungguhnya, setiap kali aku menyeru mereka untuk beriman agar Engkau mengampuni mereka, mereka memasukkan anak jari mereka ke telinganya(tutup telinga), dan menutup mukanya dengan baju, dan mereka mengingkari serta menyombongkan diri….”

(Nuh : 5 hingga 7)

Serius. Bila saya baca surah Nuh ni, saya agak sebak. Nabi Nuh dakwah 950 tahun kot, siang dan malam kot! Lepas tu kena kutuk gila-gila. Tapi, baginda tetap kuat, tetap teguh menyampaikan kebenaran! Kita, kena kutuk sikit, kita down. Kita terus rasa give up, tak nak dakwah. Kita rasa tak mampu, kita rasa geram dengan orang yang tak terima teguran kita.

Tapi, kenapa kita tak nak bandingkan diri kita dengan nabi Nuh? Kalau nabi Nuh mampu kuat, kenapa kita tak boleh?

Hmm..

Korang mesti pernah dengar kisah nabi Ibrahim kan? Macamana nabi Ibrahim usaha untuk memahamkan umatnya supaya tak sembah berhala, macam-macam cara baginda lakukan untuk menyeru umatnya. Akhirnya, nabi Ibrahim hancurkan berhala-berhala tersebut. Tahu apa jadi selepas itu?

Nabi Ibrahim kena marah dengan ayahnya sendiri, kena maki hamun dengan umat dia, dan nabi Ibrahim telah di bawa di khalayak ramai, dan telah di campakkan dalam API yang sangat besar, panas dan luas, sehingga mereka nak campak nabi Ibrahim kata pi tu, terpaksa kena guna lastik dari jauh, sebab bahang api tu terlalu panas!

Adakah nabi Ibrahim putus asa dan takut untuk terus sebarkan dakwah?

Tidak!

Kita ni, kena-kena kutuk pun, takdelah sampai kena campak dekat api. Paling-paling pun kena bantai, kena bash dengan haters. Kalau kita rasa nak down, cuba bandingkan diri dengan nabi Ibrahim. Kalau nabi Ibrahim mampu kuat, takkan kita tak boleh?

Huh..

Korang mesti pernah tahu, kisah Nabi Isa. Bagaimana kaumnya telah mengejar dan memburu nabi Isa untuk membunuh nabi Isa. Nabi Isa adalah nabi yang termiskin. Tiada rumah, hidup sebatang kara. Lantaran kemiskinan itu, kaumnya memandang rendah akan diri baginda. Mereka nak bunuh nabi Isa! Sehingga nabi Isa lari, lari dan lari, seterusnya menyorok di belakang pokok, menyelamatkan diri.

Kita ni, takdelah sampai orang kejar kita nak bunuh kita. Kalau kita rasa down, cuba bandingkan diri kita dengan nabi Isa. Bandingkan. Kalau nabi Isa mampu untuk kuat dan tak putus asa, mengapa tidak kita?

Huh…

Korang mesti pernah dengar kisah nabi Musa kan? Macamana nabi Musa dan pengikutnya di buru oleh Firaun, Firaun nak bunuh mereka! Di kejar habis-habisan, sampai pengikut nabi Musa dah ragu-ragu!

“Betul ke ajaran nabi Musa ni betul? Kalau betul, kenapa kita di benci sebegini teruk??’

Mereka di kejar oleh tentera Firaun, yang mana akhirnya, nabi Musa dan pengikuntnya tersekat di sebuah laut. Tiada jalan keluar, kalau nak mara ke hadapan, lemas di lautan. Kalau nak patah balik, mati di bunuh tentera Firaun yang lengkap bersenjata.

Tapi, akhirnya, Allah perintahkan nabi Musa untuk pukul laut tu dengan tongkat, lantas terbelah la laut tersebut, dan nabi Musa serta pengikutnya dapat laluinya dengan selamat!

Selepas peristiwa tu, nabi Musa pergi ke bukit tursina selama 40 hari. Setelah 40 hari, tika nabi Musa kembali ke halamannya, alangkah terkejutnya nabi Musa, pengikutnya semua telah murtad dan menyembah sapi betina!!! Nabi Musa sangat sedih, sangat marah. Mana taknya, Allah dah tunjukkan kebesaranNya dengan membelah laut, tapi, kaumnya masih boleh lagi berpaling dari Allah…

Agak-agak apa perasaan kita, bila kita dah dakwah seseorang, seseorang tu dah jadi baik, tiba-tiba, suatu hari, bila kita jumpa orang tu, dia jadi teruk semula dan lupakan segala kebaikan yang kita dah buat kat dia. Mesti kita pedih bukan??

Tapi, kalau nabi Musa boleh kuat, kenapa kita tak boleh?

Isk isk…

Korang mesti pernah dengar kisah Nabi Muhammad bukan? Time di fasa mekah, bagaimana awal-awal, nabi naj ajak penduduk mekah kepada Allah. Nabi Muhammad di pulau, di seksa, di cerca, di tuduh gila, di tuduh ahli sihir, di tuduh pemecah belah umat, di tuduh kena rasuk jin, di benci begitu sekali. Sehingga kaum quraisy ketika tu amat benci siapa-siapa yang ikut nabi Muhammad.

Sumayyah di sula sampai mati!

Keluarga Yasir di seksa sampai mati!

Bilal b Rabah di seksa di atas padang pasir yang panas, dan di letakkan batu yang besar di atas badannya!

Khabbab Al-Arat di pakaikan baju besi, kemudian di panggang di atas bara api, sehingga baju besi tersebut menjadi panas, menggelegak, sampai kulit daging beliau terkeluar, dan lemak-lemak dagingnya telah memadamkan bara api tersebut!

Abu Bakar di bantai, di pukul, sehingga mukanya tak dapat di cam oleh orang ramai lantaran bengkak, lebam, dan luka berdarah di seluruh tubuh badannya!


Kenapa saya cerita semula kisah-kisah ini?

Supaya kita sedar, bahawa asam garam dakwah ialah, kita akan mendapat tentangan. Maka, kalau mereka semua mampu untuk bertahan dan setia dengan kebenaran hingga saat akhir, mengapa kita tak boleh?

Saya yakin, kita semua mampu!

____________________________________
-UBAIDAH BIN NAZRI
-PID 13182

Tiada ulasan:

Catat Ulasan