TAMAN SYURGA DI DUNIA
SUNAT hukumnya duduk di dalam majlis zikir. Zikir bukan sahaja dilakukan dengan HATI malah ia juga turut dilakukan dengan LIDAH. Bahkan kata sesetengah ulama jalan yang terbaik adalah dengan kaedah kedua-duanya yakni berzikir dengan lidah dalam masa yang sama dengan hati. Terdapat satu hadis ;
Diriwayatkan dari ibnu umar r.a bahawa dia berkata, Rasulullah S.A.W bersabda :
"Apabila kamu melalui taman syurga, maka mengembalalah ! mereka bertanya, ' Apa itu taman syurga wahai Rasulullah ?' '' Baginda menjawab Majlis zikir, Allah memiliki malaikat-malaikat yang berjalan di muka bumi mencari majlis zikir. Apabila sudah menemuinya mereka duduk mengelilinginya. "
Jadi kesimpulannya, selagi kita berstatus seorang HAMBA, sentiasalah membasahkan bibir kita dengan zikrullah kerna melalui berzikir, hati pasti akan tenang dan memperoleh pahala yang besar di sisi-Nya.
-Wallahu'alam-
- Kitab Al Azkar, Karya Imam An Nawawi
-K.A- Pid 13269
-13 Ogos 2015 @ 28 Syawal 1436 H
Tiada ulasan:
Catat Ulasan