Allah menciptakan manusia Allah s.w.t mengkabarkan kepada para malaikat. ketika dia mengkhabarkn kepada para malaikat pekara tersebut, Allah s.w.t tidak menyatakan bahawa dia hendak menciptakan satu makhluk bernama manusia, tetapi apa yang Allah nyatakan adalah Dia hendaj menciptakan khalifah atau pentadbir di muka bumi.
Ya Allah dengan misi kita, dan besarnya misi itu sehimhha Allah s.w.t menyebut secara jelas pada saat dia hendak menciptakan manusia. Dalam surah Al Baqarah ayat 30
Dan ingatlah ketika tuhan kamu menyatakan kepada malaikat sesungguhnya aku hendak menciptakan untuk bumi itu khalifah
mentadbir bumi ke arah apa??
ke arah yang Allah s.w.t redhai, iaitu dengan menjadi rahmat kepada alam ini,, memakmurkan, menjaganya dengan baik dan semua itu akan mampu dicapai dengan tunduk serta patuh kepada Allah. Antara tugas besar khalifah adalah membawa manusia mengabdikan diri kepada Allah.
kita juga sedar bahawa khalifah itu tidak semistinya kita semua perlu berjawatan. sebuah negara hanya memerlukan seorang perdana menteri dan barisan kabinet menteri pun ada bilangan yang terhad. ,maka mustahil untuk kita memegang jawatan sebagai pemimpin
kerana itu khalifah yang dimaksudkan ini tidak terhad kepada jawatan kepinpinan. tetapi juga merangkumi tangungjawab memimpin diri keluarga rakan-rakan dan orang sekeling semampu kita. apa yang penting, apa pun yang kita boleh pinpin di sana tergalas tangungjawab membawanya kepada keredhaan Allah.
pid13236
Tiada ulasan:
Catat Ulasan