Isnin, 31 Ogos 2015

HIKMAH BERDOA


1. Doa adalah sebagai pelindung dan senjata kepada setiap orang mukmin dari godaan dan hasutan syaitan serta dari kejahatan manusia.

2. Dengan berdoa akan meningkatkan lagi ketaqwaan dan kekuatan iman seseorang mukmin.

3. Allah amat mengasihi dan menyukai akan hamba-hambaNya yang selalu berdoa dan meminta sesuatu kepada-Nya.

4. Dengan berdoa akan mententeramkan jiwa kita, menjadi penawar dan penenang kepada hati yang bersedih. Firman Allah, 'Ketahuilah, dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang'. (surah Ar-Ra'du ayat 28).

5. Berdoa adalah ubat penyembuh bagi segala jenis penyakit yang ada pada diri manusia sama ada penyakit zahiriah mahupun penyakit batiniah.

6. Doa merupakan tali penghubung di antara anak dengan kedua ibu bapa yang telah meninggal dunia maka doa dari anak-anaknya yang soleh amatlah dinantikan untuk mendoakan kesejahteraan mereka di dalam kubur. Bersabda Rasulullah, 'Apabila anak Adam meninggal dunia, maka putuslah semua amalannya melainkan 3 perkara iaitu, sedekah jariah, ilmu yang manfaat dan anak yang soleh yang (setiasa) mendoakannya'. (H.R.Bukhari dan Muslim)

7. Dengan berdoa Allah akan membukakan pintu rahmat-Nya kepada manusia. Bersabda Rasulullah, 'Doa itu adalah anak kunci kepada pintu rahmat'. (H.R.Ad-Dailami)

8. Doa adalah penghubung dan pengikat tali persaudaraan dan kasih sayang di antara sesama mukmin. Bersabda Rasulullah, 'Doa seseorang mukmin terhadap saudaranya (mukmin) secara diam-diam, pasti diperkenankan oleh Allah. (H.R.Muslim)

MUHAMAD FAIZ BIN SHAHARUDIN
PID13271

HUKUM MENCUKUR DAN MENYIMPAN JANGGUT


Berikut kita rumuskan empat madzhab mengenai hukum mencukur janggut (bagi mereka yang ada hormon dan berupaya menyimpan rambut pada dagunya):
Hanbali & Maliki: haram hukum mencukur janggut;
Hanafi: Makruh Tahrim
Syafi'iy: Makruh (Qadhi 'Iyadh (fuqaha' Syafi'iy) berpendapat makruh dalam madzhab Syafi'iy ialah tidak dikenakan sebarang hukuman atau celaan).
(Lihat: Prof Dr Wahbah Zuhaili, Fiqh Islami, Jld 1; Prof Dr Abd Karim Z, al Mufassal)
alQardhawi (Fatawa Mu'asirat; `Awaamil as Sa'at wal Murunah fi asSyari'at alIslamiyah; Bagaimana kita berinteraksi dengan asSunnah; Fiqh al Awlawiyat) berpendapat Kesunnahan menyimpan janggut ini termasuk sunnah peringkat kamaliat (kesempurnaan ummat dan rupadiri umat Islam yang unik dan unggul di mata dunia); sunnah ini ditekan oleh Nabi ketika mana umat Islam telah melaksanakan kesemua sunnah yang dharuriat (asas) dan hajiat (keperluan); yang menjadi masalah sekarang ialah umat Islam kini mereka hanya nampak hanya sunnah yang kamaliat dan meninggalkan sunnah-sunnah yang asas dan bersifat wajib dilaksanakan terlebih dahulu untuk membina sebuah umat yang kuat dan berwibawa. Sunnah sejenis dengan menyimpan dan menjaga janggut-misai termasuklahlah dlm urusan memilih jenis pakaian, warna pakaian, tutup kepala, sunnah alfitrah (sikat rambut, potong kuku, mencukur bulu kemaluan, cara makan-minum, adab ke tandas, dsbnya)
Syaikh Mahmud Syaltut (Fatwa Syaltut) mengklaskan sunnah sebagai sunnah bersifat tasyri'at (perundangan) dan sunnah yang bersifat bukan tasyri' (bukan perundangan atau peraturan); maka soal menyimpan atau mencukur janggut bukanlah sunnah yang bersifat peraturan atau perundangan yang wajib dilaksanakan.
alQardhawi (Awamil as Sa'at) menjelaskan lagi, apa yang difatwakan di zaman silam tidak semestinya kekal begitu selama-lamanya bila berlaku perubahan pada zaman dan tempat. Percanggahan pendapat ulama' dalam persoalan janggut banyak ditentukan oleh faktur ulama' itu sendiri, masa dan tempat. Misalnya RasuluLlah saw dan Abu Bakar memberi zakat kepada mu'allaf (saudara baru), bila tiba zaman Umar alKhattab, beliau memansuhkan atas alasan umat Islam telah kuat dan menjadi kuasa dunia, maka tidak perlu diberi wang zakat kepada mu'allaf kerana illat (tujuan) pemberian pada asalnya ialah untuk menjinakkan hati saudara baru. Fuqaha' juga sentiasa berselisih pendapat dalm maksud hadis-hadis ; apakah ia bermaksud perintah dari Nabi saw atau hanya nasihat atau petunjuk sahaja.
Misalnya dalam isu apakah suami boleh berasmara dengan isterinya disiang hari di bulan Ramadhan? Nabi saw memberi banyak version; ada hadis yang melarang, ada hadis yang Nabi saw tidak melarang seseorang mencumbui isteri di siang hari bulan Ramadhan. Begitu juga hadis-hadis mengenai penentuan Ramadhan, hadis-hadisnya boleh ditakwil sebagai wajib secara hilal, dan ada ulama yang berpendapat zaman telah berubah, penentuan secara falak lebih tepat daripada hilal. Maka janggut termasuk dalamisu-isu yang boleh berubah disebabkan oleh faktur ia bukan tasyri', faktur ulama', faktur zaman, uruf, dan tempat atau bangsa itu (misalnya penganut Islam berbangsa Cina, Jepun dan Melayu yang kurang bulu di mukanya).
Kesimpulan: Buat masa ini di mana Islam dan umatnya sedang tenat dan gawat dengan pelbagai masalah yang kronik, Soal mencukur janggut tidak dapat lagi dikaitkan dengan dosa-pahala; perbahasan dosa-pahala hanya releven bila sunnah-sunnah yang bersifat wajib telah berjaya ditegakkan oleh umat Islam dalam kehidupan individu, masyarakat dan negara. Bahkan Umar alKhattab ra biasa melakukan sesuatu yang lebih dahsyat dari ini, ketika berlakunya tahun kelaparan dan kemarau yang dikenali tahun Ramadah, Umar telah menangguhkan pungutan zakat ternakan dan tanaman; Umar juga telah menangguhkan hukum hudud pemotongan tangan bagi yang mencuri di tahun ramadah. Ini suatu yang lebih besar dari urusan mencukur dan menyimpan janggut. oleh itu janganlah kita terlalu memikirkan urusan umat Islam yang mencukur janggut mereka buat masa ini; kita menghadapi isu-isu mega yang lebih utama untuk dilaksanakan sebelum berdepan dengan isu janggut dan misai. Namun, mereka yang ingin melaksanakan sunnah menjaga janggut dan mengandam misai adalah terpuji pada syara'. Ini tidak ada khilaf lagi.



PID 13233
KEDUDUKAN DI SISI ALLAH



قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : من أراد أن يعلم منزلته عند الله فلينظر كيف منزلة الله من قلبه فإن الله عزوجل ينزل العبد حيث أنزله العبد من نفسه
"Sesiapa yang hendak mengetahui kedudukannya di sisi Allah SWT , maka lihatlah kedudukan Allah SWT di dalam hatinya . Sesungguhnya Allah SWT meletakkan kedudukan hambanya di sisiNya sebagaimana hamba meletakkaNya di dalam dirinya ."


Nurul Hananie Binti Mohd Effendi
PID13211

Hukum Mencarut, Memaki dan Mengeji dalam Islam

Sekadar Hiasan
 
HUKUM mencarut, maki hamun dan mengeji dijelaskan dalam nas-nas & hadith sohih:

1-Barang siapa yang menetapkan niat nya dalam bulan-bulan tersebut untuk mengerjakan haji, maka janganlah ia bercakap lucah (rafath), melakukan kerja fasiq (fusuq), & bergaduh dalam masa mengerjakan haji" [ Al-Baqarah :197 ]
  
2-Menurut Ibnu Umar "rafath" bermaksud bersetubuh & bercakap mengenainya. "Ata' Bin Abi Rabah pula berpendapat, "Rafath ialah bersetubuh & bercakap lucah.  Hukumnya adalah haram". "Fusuq" pula, Ibnu Abbas mentafsirkan sebagai, "Semua bentuk maksiat".  Manakala Ibnu Umar mengatakan, "Fusuq ialah maki". Al-Dahhak pula mentafsirkannya dengan, "Menggelarkan seseorang dengan gelaran yang keji"

3-"Hendaklah kamu menjauhkan diri daripada menutur kata2 yang keji, kerana Allah tidak suka kata-kata yang keji dan perbuatan menyebarkan kekejian" (al-Hakim dan Ibnu Hibban)

4-"Bukanlah mukmin (yang baik) itu: Pencela, pelaknat, penutur kata2 yang keji dan orang yang lucah percakapannya" (al-Hakim dan al-Darqutni);

5-"Syurga adalah haram dimasuki oleh orang yang keji percakapannya" (Ibnu Abi al-Dunya dan Abu Naim);

6-"Wahai Aisyah! Kalaulah kata-kata yang keji itu seorang lelaki, maka ia adalah lelaki yang jahat" (Ibnu Abi al-Dunya);

7-"Kata-kata yang lucah dan perbuatan mendedahkan perkara yang tidak harus didedahkan itu adalah dua cabang daripada sifat-sifat munafik" (al-Tirmizi).

8-"Diriwayatkan bahawa orang yang keji percakapannya dan suka menyebarkan kekejian akan didatangkan pada hari kiamat dalam bentuk anjing atau dalam usus anjing"(Ibrahim Bin Maisarah)

Kepada pencarut, pemaki & pengeji yang bekerja secara full time or part time, bertaubatlah. Bukan kah memperbanyakkan sebut kalimah Allah itu lebih baik.


PID 13089

3 Kelebihan Amalan Salam


Salam Untuk Semua Pembaca Blog Santai,

 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiB9nNZDsuUNla1zwVo8sgrodwmkhlpzEA-x3pfzuo8QVZ1LicPIHj7dfvCQbz1-yIuRcDEwfZtb2qwdy5Idg4eEtULu9vzo9qxFsKs4EU6XODVPEAgY8P9VJMtwSMHRWObe8uhuufRjEFk/s400/3585668329_7a76826672.jpg
 Kelebihan Memberi Salam

Amalan Salam Dalam Islam


Amalan memberi dan menjawab salam berada pada posisi yang sangat istimewa dalam kehidupan umat Islam.
Rasulullah SAW pernah menyatakan hal ini melalui sebuah hadis riwayat Abdullah bin Salam yang bermaksud: €œWahai manusia, sebarkanlah salam, berilah makan, hubungkanlah silaturrahim dan bangunlah solat malam pada masa manusia sedang nyenyak tidur, nescaya kamu akan masuk syurga dengan selamatnya.

Hukum Memberi Salam


Hukum memberi salam adalah sunat, manakala menjawabnya adalah wajib. Seseorang Islam yang tidak menjawab salam dianggap sebagai satu penghinaan kepada orang yang memberi salam. Menjauhkan diri daripada perbuatan hina adalah wajib di sisi Allah SWT.

  

Kebaikan Memberi Salam


Orang-orang yang memberi dan menjawab salam akan diberi pahala dan kebajikan daripada Allah swt.

Bukan saja pahala kebajikan, malah rahmat pun dapat.
"Dua orang bertemu dan masing-masing memberi salam kepada temannya serta berjabat tangan, nescaya diturunkan di antara kedua-duanya seratus rahmat. Bagi yang memulai mendapat sembilan puluh dan bagi yang berjabat tangan sepuluh" (Hadith riwayat al-Bazzar, Al Kharaithi dan al Baihaqi)

Tak cukup dengan tu, Malaikat pulak mendoakan bagi mereka yang memberi dan membalas salam sebanyak 70 kali!

"Apabila seseorang Islam itu memberi salam kepada orang Islam lalu salam itu dibalasnya, maka berdoalah para malaikat untuknya 70 kali" (Hadith riwayat Sahibul Firdaus daripada Abu Hurairah)

Bukan saja malaikat yang mendoakan mereka yang memberi dan menjawab salam, bahkanAllah juga mengampunkan dosa-dosa mereka sebelum mereka berpisah!
"Tiadalah daripada dua orang Islam yang bertemu lalu bersalam-salam melainkan dosa kedua-duanya diampunkan sebelum mereka berpisah." (Riwayat Abu Daud, at-Tarmizi dan Ibnu Majah)

Begitu besarnya, fadhilat salam. Hanya sekadar memberi dan menjawab salam, pelbagai keistimewaan yang Allah bagi pad kita. So jom semua kita sama-sama meringankan mulut untuk memberi dan menjawab salam. Semoga hidup kita akan lebih berkat dan sempurna. Aminnnn!!!!



PI 13150

MENSYUKURI NIKMAT ALLAH SWT



Assalamualaikum.

Alhamdulilah hirabil alamin wasalatu wasalamu alla asrafil anbiya iwal mursalin waala alii wasahbihi ajmain ama ba'du,

Pertama sekali marilah kita panjatkan puji serta syukur kehadrat Allah SWT yang telah memberikan nikmatnya. Kemudian selawat serta salam kita curahkan kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW.

Perkenankanlah saya menyampaikan dakwah yang berjudul : Mensyukuri Nikmat Allah

Sesungguhnya Allah telah menganugerahkan kepada kita nikmat yang sangat banyak. Bahkan kita tidak dapat menghitung berapa jumlah nikmat yang telah Allah SWT berikan kepada kita. Jika kita menggunakan jari tangan kita untuk mengira, pasti sangat kurang. Andai kita mencuba menuliskan nikmat Allah SWT yang telah diberikan kepada kita, pasti kita tidak akan mampu menuliskan kembali nikmat tersebut.

Allah SWT berfirman dalam surat Al-Kausar ayat 1-3 sebagai berikut :

1. Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak.

2. Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu; dan berkorbanlah[1605].

3. Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu Dialah yang terputus[1606].

[1605] Yang dimaksudkan berkorban di sini ialah menyembelih haiwan Qurban dan mensyukuri nikmat Allah.

[1606] Maksudnya terputus di sini ialah terputus dari rahmat Allah.

Apa bukti bahwa nikmat Allah sangat banyak ?

Pertama : Bumi tempat tinggal

Allah telah memberikan makhluk-Nya termasuk manusia tempatt tinggal yang luas dan dengan sumber alam yang sangat melimpah. Di bumi ini kita dapat menghirup oksigen dan mendapat air. Bayangkan saja jika tidak dapat mendapat keduanya, kita tidak akan selesa untuk aktiviti harian. Dan di bumi inilah kita diberikan rezeki yang cukup.

Kedua : Manusia diberikan akal untuk berfikir

Dengan akal yang diberikan Allah inilah, kita dapat beribadah dan melakukan amal yang baik dengan sempurna. Dengan akal kita berfikir dan bercita-cita serta belajar untuk masa depan dan menjadi insan yang baik.

Ketiga : Dianugerahi sebagai makhluk yang indah

Di dalam surat At-Tin dijelaskan bahwa manusia dicipatakan dengan seindah-indahnya. dan diberikan indera yang baik. Sebagaiman Allah SWT berfirman :

4. Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang seindah-indahnya .

Itulah beberapa nikmat Allah yang telah diberikannya kepada kita. Dari banyaknya nikmat yang telah diberikan oleh Allah itu, haruslah kita bersyukur dan bertaqwa kepada Allah SWT. Lalu bagaimanakah cara kita mensyukuri nikmat Allah ?

1. sebagaimana ciptaan Allah yang wajib beribadah, kita wajib mendirikan solat, ikhlas kerana Allah. Melalui solat inilah kita dapat mendekatkan diri kepada Allah dan dapat pula menjadikn kita makhluk yang baik akhlaknya.

2. Mengorbankan sebahagian harta rezeki kita untuk kepentingan agama Islam seperti berzakat, sedekah, membantu saudara kita yang kekurangan serta berkorban.


Seperti yang sudah dijelaskan Allah dalam firman-Nya di Surat Al-Kausar ayat 2 :

2. Maka dirikanlah solat karena Tuhanmu; dan berkorbanlah.

Kesimpulannya, manusia wajib mensyukuri nikmat Allah SWT yang telah diberikan kepada kita dengan mendirikan solat dan berkorban untuk kepentingan agama Islam.

Marilah kita berusaha mensyukuri nikmat Allah SWT dengan sebaik-baiknya, mengerjakan perintah dan menjauhi larangan-Nya serta berusaha meningkatkan iman dan taqwa kita kepada Allah SWT.

Demikian dakwah yang dapat saya sampaikan. Segala tutur kata dan kesalahan yang kurang berkenan mohon dimaafkan. Semoga kita dapat menjadi insan yang mensyukuri nikmat Allah dan tidak tergolong orang yang rugi. Amin.

Wassalam.

Nur Syaira Azlin Binti Tamizi
PID 13134
DAKWAH DAN PENGURUSAN
KUMPULAN2
SEMESTER 5

CALON PENGHUNI SYURGA

hadith :-
abu sa'id  al-khudri radiallahu'anhu meriwayatkan rasullulah s.a.w bersabda : Wahai tuhan ku. ajarkan kepadaku sesuatu untuk aku mengingati Mu dan berdoa kepada Mu dengannya.
Allah menjawab : Wahai musa , sebutlah : tiada tuhan yang di sembah selain allah
: Musa mwnjawab sesungguhnya aku mahukan sesuatu yang khusus untuk diri ku. Allah menjawab : wahai Musa , seandainya penghuni tujuh petala langit dan bumi yang berhak di sembah selain Allah diletakkan pada timbangan , nescaya kalimah tiada tuhan yang berhak disembah selain Allah adalah lebih berat daripada mereka.
(Sahih Ibn Hibban, Kitab At- Tarikh,)

Mailahhubby
-pid13073-

HUKUM MAKAN HIDANGAN KENDURI KAHWIN WALhAL TIDAK DIJEMPUT....

Assalamualaikum w.b.t ..
semoga kita sentiasa berada dalam lindungannye ...aminn... 
saya ingin berkongsikan sedikit perkongsian iaitu berkaitan dengan hukum makan hidangan kenduri kahwin padahal tidak dijemput .... boleyh kah kita mkan ?? Dalam kitab-kitab fiqah yang besar dalam bab walimah ada disebut tentang perkara ini, iaitu sesiapa yang tidak dijemput hukumnya haram dia makan makanan pada majlis kenduri itu. Sekiranya dia tidak dijemput, tetapi dia datang, hukumnya tidak haram, yang menjadi haram adalah kerana makan makanan kenduri itu. Ada juga disebut dalam kitab fiqah, sesiapa y mkan mkanan kenduri tanpa dijemput wajib bertaubat dan memulangkan semula makanan itu kepada tuannya. Sekiranya makanan itu sedah ditelan, maka wajib dia jumpe dengan tuan empunya kenduri dan membayar mengikut nilai harga makanan y dimakan. Islam melarang kita memakan harta sesama saudara kita secara batil.... semoga ia memberi manfaat kepada kita semua .. mudah- mudahan ... :) aminn ... wasalam ... 


Dakwah dan pengurusan
(Pid 13184)
Kumpulan 2
Semester 5



" 'M E R D E K A' K A H K I T A ??

              Negara telah mencapai 52 tahun merdeka, sehingga kini kita dapat melihat penjajahan minda masih berterusan dan dominan dalam pemikiran anak-anak muda. Tidak hairanlah kalau kita melihat anak-anak muda berpeluk, bercium ditempat-tempat terbuka dan khalayak ramai, berpesta dengan minuman keras dan bercampur antara lelaki dan perempuan, samseng jalanan dan sebagainya. Apakah ini dikatakan “kebebasan” atau “kemerdekaan” ? Kemerdekaan yang boleh merosakkan diri, agama, masyarakat dan negara. Tidak sayukah hati kita melihat kegilaan ini ? Yes. Negara Merdeka !! Tetapi anak-anak muda (bukan semua) HANCUR!!! Erti kemerdekaan bagi generasi muda kini sebenarnya sudah luntur dan lusuh di jiwa mereka serta tidak dihargai lagi. Ini terbukti apabila berlakunya kes-kes jenayah yang membabitkan golongan ini sepertimana disebut di atas. Apa yang mereka tahu pada 31 Ogos setiap tahun adalah cuti umum kemerdekaan.
Di zaman teknologi ini, penjajahan datang dalam pelbagai warna, bentuk dan saiz walaupun sebelum ini mereka datang dengan kapal dan senjata. Sekarang mereka masuk menerusi wayar kuprum, fiber optik serta satelit dan dengan adanya globalisasi dan dunia tanpa sempadan, lebih mudah untuk mereka mempengaruhi dan mengawal kuasa politik, ekonomi dan sistem sosial kita.
Oleh itu marilah kita menghayati kemerdekaan yang sebenar menurut Islam sepertimana yang terkandung di dalam kata-kata Rub’ie bin A’mir ketika bertemu panglima tentera rom yang bernama Rustum:
Maksudnya: Allah mengutuskan kami (orang-orang islam), untuk kami merdekakan manusia, daripada mengabdikan diri sesama manusia kepada mengabdikan diri kepada Allah, daripada kezaliman agama kepada keadilan Islam dan daripada kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat.Rub’ie bin Amir menyimpulkan kefahaman Islam yang diperolehinya daripada pentarbiyahan Nabi SAW bahawa penjajahan bukan sahaja boleh berlaku melalui penguasaan bangsa asing terhadap sesuatu kaum, tetapi ia juga boleh berlaku melalui penguasaan bangsa sendiri.
-PID 13180 
#koiorangTemerloh

PESANAN CINTA DARIKU

Dulu masa saya kecik, saya selalu dapat nombor 1 dalam kelas tadika dan sekolah rendah. Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya. . . Dulu saya dapat 5A dalam UPSR. Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya. Dulu saya dapat tawaran masuk MRSM. Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya. Dulu saya dapat 8A dalam PMR. Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan puji saya. Dulu saya dapat tawaran buat kursus medic di Indonesia. Semua orang gembira dan ibu saya akan gembira dan puji saya.

Tapi, saya buang semua keduniaan itu dan berikrar untuk turut berjuang menjadi kebanggaan Rasulullah SAW, saya bawa beg dan merantau ke seluruh dunia. Saya berhenti di Afrika untuk belajar ilmu agama dan balik ke Malaysia dengan kesan-kesan sunnah Rasulullah di badan saya.

Semua orang mencemuh dan memandang rendah kepada saya... " Adakah patut buduk lulusan MRSM masuk pondok ? Dah lah sijil x diiktiraf, belajar jauh-jauh sampai Afrika pulak tu ? Nanti nak makan apa ? Bodohnya... Memalukan makbapak, peluang besar jadi orang besar dilepaskan pulak "

Tapi...

Pada suatu subuh, saya pergi ke masjid bersama ibu saya di mana saya merupakan imam di masjid itu, saya bacakan surah abasa... dan sebak ketika sampai ayat " Yaumayafirul mar'umin akhih.. wa ummihi.. wa abih..

selpas solat, semasa perjalanan pulang .. ibu bertanya kenapa saya sebak ketika sampai di ayat itu? saya jelaskan.. ayat itu menceritakan tentang huru-hara masha sehinggakan seseorang insan itu akan lari daripada saudaranya..

ibunyaaa..
ayahnyaa...
isterinya..
anak-anaknya..

saya katakan ... didunia ini bila kita jadi kaya , orang puji, kononya kita berjaya.. bila kita gunakan dunia untuk mengejar akhirat, orang akan kata kita gila.. sedangkan di mahsyar nanti, semua "kata-kata orang" itu langsung tidak bernilai kerana ibu, bapa, anak, isteri, saudara yang di dunia ini sangat rapat dengan kita, kelak di padang mahshar meraka akan saling melarikan diri daripada berjumpa kerana takut dituntut..

Maka saya sebak kerana risaukan apa keadaan saya di mahsyar kelak.. pujian orang ramai selama berbelas-belas tahun tu langsung tak bagi manfaat pada saya.. kajian selama-lama bertahun kerana mengorbakn dunia demi agama juga tidak bagi mudarat pada saya.. lalu kenapa manusia masih mnegejar pujian orang ramai dan takut dengan celaan meraka..?

ibu sekali lagi memeluk saya.. tersenyum sambil menangis dan berkata..
"sejuk perut mak dapata anak macm kamu".. maka itulah kali pertama dalam hidup saya berasa sangat gembira akan puijian yang dapat dari ibuku.. pelbagai pencapaian yang saya dapat dulu, sya tak pernah merasa gembira seperti ini walaupun dulu juga saya dipeluk dan dicium oleh ibu... apa sebenarnya yang kalian kejar..?? apa pula sebenarmya yang kejar kalian..??

mengapa kalian masih mengejar pujian dari manusia... sedangkan malaikat maut pula tidak pernah lelah mengejar kalian..?? mengapa kalian masihh mengeja pujian sia-sia manusia ..??

apa kalian sedar nafas kalian hanya berbaki beberapa hari lagi,,??  sebelum lubang kubur akan di gali..?? apa yang aku dan kalian ada.. untuk allah dan rasul bangga..??

*selft-reminder*
masalah KITA yamg masih bernyawa ni.. dah ambiik beakl kah sebelum mati kelak..?? atau masih di kelilingi dengan menda lain..??

bak kata kalam saidina alii r.a..
"hidup di dunia ini ramai yang tterlena, akhirat nanti baru terjaga". jangan kita masuk golongan yang ramai tu... sebab yang ramai kononny "nromallah" di akhir zaman ni.. masuklah dalm golongan yag sedikit.. sbab yang sedikit ini akan masuk ke syurga.. selama-lamanya...

wallahualam... ^_^

->muhammad amir fiqri bin mohammed iza
PID 13110

PERJUANGAN BELUM BERAKHIR

" Engkau menginginkan kemuliaan sementara engkau tidur. Engkau inginkan kenikmatan sementara engkau tidak kerja. Ketahuilah bahawa orang yang menginginkan mutiara harus tenggelam terlebih dahulu. Jika tidak tenggelam di lautan, bagaimana dia mampu berhasil mendapatkan mutiara ? "  SELAMAT BERJUANG :)



#PID13070

Ahad, 30 Ogos 2015

KEINDAHAN PEREMPUAN



       Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan saudari perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu. Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam. Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah. Terkadang bila melayari weblog-weblog rakan, menjelajah ke dalam dunia maya bagi manusia yang memayakan diri mereka, saya merasa hairan melihat sesetengah weblog muslimah, yang bertudung, yang menutup aurat, tidak segan silu pula untuk memaparkan gambar masing-masing. Namun, kita harus akui, bahawa di kalangan jutaan orang itu, ada yang hatinya sakit, ada yang jiwanya perit menanggung kesakitan akibat terlihat wajah-wajah kamu biarpun kamu bertudung litup. Muslimahku, Kalau kita lihat dunia gambar bukan main maju lagi. Dahulu, cuma setakat kamera yang perlu dicuci gambarnya. Kini, telefon juga menjadi kamera. Kamera pula lebih dahsyat, lebih instant, sesegera mee segera yang sama kerosakan yang dibawanya, penyakit hati. Alangkah malangnya, kalau wajah-wajah anda yang terpamer itu, mengundang gejolak rasa di jiwa insan bernama lelaki, yang beriman akan beristighfar dan memujuk hati, manakala yang sakit jiwanya, akan mula mengganggu anda. Mula memburu anda dengan SMS, telefon, hatta mungkin mendekati anda, dengan tujuan memiliki anda…. Ingat, wajah anda, anugerah Allah. Anugerah Allah itu hanya layak dilihat berkali-kali oleh yang layak sahaja... Wallahu A’lam...




"Cinta Syurga"
~Pid 13275~

HIKMAH SABAR..

Image result for kata kata hikmah sabar

#INSANSABAR
#PID 13096


Kita adalah Daie

Sedar atau tidak kita adalah daie di muka bumi ini. Sejak kita dilahirkan lagi telah tertulis oleh Allah bahawa kita adalah seorang daie. Bermula nya kita menjadi seorang daie adalah untuk menyampaikan dakwah dan menjadi khalifah di muka bumi ini. Mad'u utama kita adalah keluarga kita dan menjadi tanggungjawab kita untuk menegur dan membetulkan apa yang salah. Kita mesti inginkan satu keluarga yang bahagia di Dunia mahupun Akhirat. Semoga kita semua dapat melaksanakan tugas kita walaupun hanya kita dan Allah sahaja yang mengetahui nya.

-PID13113-

NOTA UNTUK DA'I

                                                     





                                                        Nota Untuk Da’i

“Apabila kita sendiri diuji dengan apa yang kita serin g dakwahkan, itu petanda Allah sedang mendidik kita agar melaksanakan apa yang kita perkatakan. Bersyukurlah kerana Allah masih sudi mengingati kita dalam usaha kita mengingatkan manusia!”


#NOTAHATI
#PID13206

Khamis, 27 Ogos 2015

WARNA WARNI IKATAN DAMAI FI SABILILLAH


بسم الله الرحمان الرحيم
..السلام عليكم ورحمت الله وبركاته..

TERUSKAN LANGKAH WALAUPUN ACAP KALI TERSANGKUT DI BAHU JALAN

 "Temui Allah di hati, Insya-Allah bahagia untuk selama-lamanya.."

Allah sediakan kekuatan.
Allah sediakan perjalanan.
Allah sediakan pilihan.
Allah sediakan pengorbanan.
Allah sediakan belas kasihan.
Allah sediakan keunggulan.
Allah sediakan kestabilan.

Namun, tugas kita?

Teruskan langkah. Biarlah terluka.
DIA tahu kita mampu terus untuk hadapinya.
DIA tidak akan uji jika kita tidak mampu hadapi.
Kerana, kau janji untuk terus setia.
Setia di jalan-NYA.

Biarlah sedih itu untuk Allah.
Biarlah sakit itu untuk Allah.
Biarlah perit itu untuk Allah.
Biarlah duka itu untuk Allah.
Biarlah senyuman itu untuk Allah.
Biarlah gembira itu untuk Allah.
Biarlah hati itu rindu untuk Allah. 

Korban Keinginan Demi Illahi

Setiap pengorbanan yang kita lakukan dalam hidup, tiada satupun yang rugi di SISI Allah. Mungkin ianya rugi di SISI manusia. Namun ianya berbaloi di SISI Allah. Kenapa perlunya engkau meratap jauh pemergian mereka yang kau cintai? Sedangkan kita tahu mereka milik Allah. Mengapa tidak kau titipkan sahaja doa, agar Allah berikan kehidupan yang terbaik buat mereka? Jika sayang, jika cinta, jika setia, letakkan mereka di dalam doa agar Allah sentiasa dekat di hati mereka. 

Bagaimana cintanya kita kepada Allah, begitulah perlunya doa itu untuk mereka yang kita sayang turut merasai cinta Allah. Cinta Allah bukan hanya untuk diri sendiri. Tetapi cinta Allah itu untuk semua. Sebagaimana kita sanggup berdoa kepada Allah agar mereka yang kita sayang itu lebih mencintai Allah. Itulah yang terbaik dalam hidup kita. Tiada yang sia-sia. Sebab kita percaya, Allah akan berikan yang terbaik buat kita walau tidak di dunia, PASTI di Syurga.

Setia Bukan Hanya Kerana Syurga

Sedih. Kecewa. Cemburu. Gembira. Pelbagai rasa yang bergabung di dalam satu hati. Kita sedih, bila kita lihat kesilapan kita di masa lalu membawa balasan di dalam kehidupan kita sekarang. Lebih sedih apabila sikap kita yang mudah mendengar setiap lisan-lisan yang mengatakan hidup kita tiada keberkatan apa yang kita alami sekarang adalah puncanya. Kita kecewa apabila balasan itu telah menarik satu persatu kebahagiaan yang sepatutnya kita kecapi tetapi telah didatangi dengan satu dugaan yang memeritkan. 

Kita cemburu dengan kebahagiaan yang sepatutnya kita turut rasai tetapi kebahagiaan itu telah datang di dalam hidup mereka yang pernah menyakitkan kita. Malah timbul sedikit rasa yang tidak mahu bersyukur di atas nikmat itu yang sapatutnya kita sendiri juga perlu rasai. Kita gembira dan bahagia untuk seketika apabila kebahagiaan itu datang untuk sementara di dalam hidup kita apabila Allah hadirkan keluarga, sahabat, teman dan para muallim serta muallimah dalam menjadi kekuatan untuk kita meneruskan kehidupan. Kita gembira apabila ada seseorang yang kita hargai dan sayangi turut mengecapi kebahagiaan. 

Positif Terhadap-NYA

Membuatkan hati sedikit tenang dan air mata menitis dengan rasa syukur di hati. Setiap ujian itu bukan untuk menyeksa kita walaupunn kita terseksa. Setiap ujian itu bukan untuk mendera kita walaupun kita berasa terdera. Setiap ujian itu bukanlah untuk sedih setiap masa walaupun kita sentiasa sedih setiap hari. Senyuman diberikan namun hati terhiris dan mengalirkan darah yang tiada henti. Tetapi kenapa perlu kita memberontak kerana ujian yang menimpa kita. Sedangkan Allah izin malah Allah redha dengan ujian yang DIA berikan itu untuk kita. 

Mengapa tidak kita memikirkan positif apa sebab sebenarnya Allah hadirkan ujian itu? Tetapi kita racuni fikiran dengan mendengar setiap tohmahan dan cacian manusia terhadap kita yang sering menghadapi ujian. Sedangkan ujian itu sebenarnya penghapus dosa. Sedangkan tohmahan dan cacian manusia juga adalah ujian untuk kita. Untuk hati kita kuat. Untuk dosa-dosa kita yang lalu dihapuskan demi memudahkan jalan kita untuk ke Syurga Allah. Walaupun Syurga itu bukan satu penyebab kita untuk berbuat kebaikan di dunia hanya kerana Syurga. Tetapi tujuan kita adalah untuk meraih cinta Illahi. 

Abaikan keburukan, Dekati Kebaikan

Kita tertunduk lesu. Kita tertunduk suram. Kita tertunduk kesedihan di sebabkan ujian yang hadir di dalam hidup tanpa henti. Kita kecewa seketika dengan ujian yang datang. Kita jatuh seketika kerana kita putus asa dan buntu, tiadanya jalan keluar. Sedangkan semua kemurungan kita itu ada ubatnya dan ubat itu ada di hadapan mata kita. Allah. Itulah ubatnya. Kita beragama Islam dan kita ada Allah yang sentiasa setia dengan kita walaupun kesetiaan-NYA tiada tandingan jika hendak dibandingkan kesetiaan kita terhadap-NYA jauh sekali. Menyebut tentang kesetiaan terhadap manusia.

Kita sentiasa menginginkan kesetiaan daripada orang yang kita sayang dan cinta. Namun, kesetiaan kita terhadap Allah sendiri tidak tertunai. Allah menjanjikan pelbagai kenikmatan kepada kita apabila kita mngerjakan kebaikan. Sedangkan kita tidak menunaikan janji sebagai hamba Allah seperti yang Allah janjikan. Sibuk dengan keduniaan. Sibuk dengan kata-kata manusia. Sibuk dengan mengejar harta, pangkat, kecantikan dan sebagainya. Mungkin kita ada sebab tersendiri dan mungkin juga sebabnya itu kerana ingin menarik mereka di jalan Allah. Namun, itu hanya "sebab". Dan bukanlah alasan sebenar dalam kehidupan ini.

Kita Terpaksa Untuk Allah

Kita manusia biasa yang tidak akan lari daripada sifat mazmumah. Jika hati berkata tidakpun namun lisan tetap berkata "ya". Sentiasa kita terdengar ayat ini, "Lebih baik diam daripada berkata-kata." Namun, jika hanya berdiam dan berserah tanpa matlamat adakah kita juga akan perolehi kejayaan untuk ujian kita di dunia ini? Sedangkan Allah menyediakan jalan daripada akal fikiran kita supaya berfikir dalam mencari penyelesaian. Setiap manusia mempunyai kemahuan walaupun sedikit. Sedangkan mereka yang kurang upaya juga mempunyai kemahuan di dalam dunia ini. Apatah lagi kita yang normal. Apabila kita berkata-kata, jangan berkata-kata seolah kita tiada ikatan dengan Allah. 

Setiap ikatan itu adalah janji kita di jalan Allah. Sabarlah. Sabarlah. Sabaralah untuk Allah yang Maha Berkuasa. Walau apapun di dalam dunia ini yang kita mahukan atau lakukan. Namun, apa yang pasti. ujian itu tidak sia-sia dan ianya adalah tanda ikat janji kita di jalan Illahi. Biarlah air mata itu mengalir untuk DIA. Walau terlalu banyak luka di jiwa. Tetapi luka itu akan terubat jika ingatan tentang ikatan janji itu kuat. Dan mampu melenturkan hati yang keras menjadi selembut-lembutnya. Apa yang pasti biarkan apa yang kita buat itu adalah kerana Allah walaupun kita terpaksa. Tetapi jika ianya untuk jalan kebaikan. Lakukanlah. Walaupun dengan jalan perpisahan atau kehilangan.

"Sahabat yang sebenar sentiasa mengambil berat tentang kita ke arah akhirat."

Kisah Pendek:
Kisah Dua sahabat
"Ini Ujian Allah!"

Sahabat (1) : 
Kenapa awak sanggup buat macam ni? Sedangkan awak dah pernah alami kesakitan perpisahan tu sebelum ni, Tapi, kenapa awak masih lagi boleh cakap macam ni? Awak tak rasa sakit ke dengan apa yang awak katakan ni? Kalau saya sendiri, Saya rasa kecewa dan sakit sangat. Saya tahu keputusan awak ni sebab awak nak tebus dosa awak masa lalu dan awak takut setelah apa yang pernah berlaku dalam keluarga awak sebelum ni kan? Tapi tak semestinya benda tu akan berlaku pada awak balik. Awak fikirlah balik.. Awak tak menyesalkan ke dengan apa yang awak buat ni? Pertemuan awak dengan dia ni bukan pertemuan awak kali pertama tau dengan dia. Sepatutnya inilah satu langkah untuk awak perbaiki balik kesilapan yang pernah awak lakukan masa pertemuan awak dengan orang lain sebelum ni. 

Pertemuan kita dengan seseorang bukannya kebetulan awak tau tak? Semua tu pasti ada sebabnya. Kita bukan tahu aturan Allah tu macam mana.. Saya tahu awak takut.. Saya tahu awak bimbang awak akan kecewa.. Tapi inilah ujian untuk awak. Kenapa mesti awak sanggup pisahkan persahabatan awak dengan dia semata-mata kerana kisah silam awak. Dan akhirnya di hati dia ada orang lain. Awak nak cakap apa bila dah jadi gini? Sedangkan dulu dia selalu follow awak tanpa awak sedar. Awak tahukan? Saya betul-betul tak faham apa yang ada dalam fikiran awak sekarang. Saya tahulah dulu dalam hati awak ada orang lain. Tapi itu dulu. Lupakanlah kekecewaan lama tu. Jangan bawak dalam persahabatan awak sekarang. Sekarang ni awak suka dekat dia tapi awak nak pisahkan persahabatan awak dengan dia. Cuba awak ceritakan apa sebabnya..

Sahabat (2) :
Mustahil saya tak rasa sakit dengan apa yang saya katakan. Saya kena berdepan dengan pelbagai persepsi manusia termasuk dia sendiri. Persepsi dia sendiri terhadap saya, saya ni tak pernah berpijak di bumi yang nyata dan hanya mengharapkan bulan jatuh ke riba. Masa dia kata macam tupun hati saya rasa remuk sangat dah. Awak tahu tak kenapa saya nak berpisah dengan dia? Nak pisahkan persahabatan kami ni. Saya dah lama tau tunggu. Sebab saya tak nak hati saya penuh dengan cinta manusia. Saya sepatutnya belajar dari apa yang pernah berlaku dalam hidup saya sebelum ni. Saya selalu fikir, kalau saya mengadu dan ceritakan pada orangpun walaupun orang yang rapat dengan saya, saya takkan dapat jawapannya melainkan jalannya saya perlu mengadu dengan Allah. Sebab pertemuan saya dengan dia tu Allah yang aturkan dan saya tak pernah mintapun dipertemukan dengan dia malah tak pernah kenalpun sebelum ni. Tak pernah masuk dalam hatipun. Tapi saya tahu hati saya lemah dan rapuh. Saya tahu diri saya macam mana. 

Adakalanya saya ego dengan diri sendiri. Saya taknak mengaku banyak benda walaupun terhadap diri sendiri. Tapi saya tahu. Saya tak boleh nafikan di hadapan Allah. Saya manusia biasa. Ada masa saya lemah sangat dan ada masa saya kuat sangat. Tapi saya tak pernah rasa nak ngadu dekat orang sebab dulupun saya ngadu dekat orangpun, Tak ada kesan. Tapi kali kedua pertemuan ni berlaku, saya banyak simpan dalam hati dan ngadu dekat Allah. Saya kena jaga hati ramai orang dan adakalanya saya sendiripun tak mampu nak jaga hati orang lain apatah lagi hati sendiri. Selebihnya biarlah terus jadi rahsia saya dengan Allah. Antara sebab-sebab yang membuatkan saya tak mahu berlakunya persahabatan ni sebab kami bukan muhrim. Satunya persahabatan kami rapat dan boleh menimbulkan bait-bait cinta yang sepatutnya saya simpan untuk bakal suami saya (jodoh) satu hari nanti. Bukan untuk orang yang saya sendiri tak pasti sejauh mana perhubungan tu walaupun hanya sekadar sahabat. Saya terasa buang masa. Mungkin bagi dia semua tu mudah sebab dia lelaki tetapi bagi saya, saya perempuan. 

Sukar untuk saya hadapi walaupun saya tahu ini ujian Allah. Saya sayangkan mak dan ayah saya. Saya tak kisah walaupun masa silam saya macam mana tapi lama kelamaan perkara macam ni tak mustahil akan buat saya jauh dari Allah dan tak mustahil buat saya jauh dari ibu bapa. Nasihat dan ingatan manusia saya selalu ingat. Namun tak mustahil satu hari nanti kalau nak jadi ujian Allah, saya mungkin akan lakukan perkara-perkara yang tak baik. Saya ini perempuan dan bukan isteri dia. Saya kena fikir jauh. Saya kena fikir juga untuk diri dia. Dia lelaki dan tanggungjawab dia besar. Saya tak suka hubungan yang sia-sia dan saya bukan di tapuk lama seperti dulu. Sebab itu saya selalu kata, walau sedalam manapun cinta saya pada dia, kalau itu adalah sesuatu yang terbaik buat saya, Saya akan korbankan perasaan saya sendiri demi kebaikan saya dan dia. Saya tahu, saya sendiri tahu, sejak saya kawan dengan dia saya rasa satu benda yang baik banyak berlaku dalam hidup saya. Tapi sebab saya banyak fikirkan masa depan sendiri yang belum pasti bagaimana. 

Saya nak penuhkan masa saya untuk "jalan Allah". Saya nak penuhkan masa saya dengan mak dan ayah saya. Saya tak nak saya menyesal akan datang. Kisah silam saya biar Allah sahaja yang tahu. Dia dan orang lain tak perlu tahu. Kalau dia tahupun itu antara dia dengan Allah. Saya tak nak kerana perasaan ni, hati saya mula rasa bosan dengan semua ni dan hati saya semakin tawar. Saya nak simpan hati saya untuk suami saya satu hari nanti jika ada jodoh. Saya nak simpan hati ini untuk Allah. Semua ini bukan mudah untuk saya. *Menangis. Bukan mudah.. Saya berharap sangat kalau satu hari nanti dia tak faham sangatpun sekurang-kurangnya dia faham sedikit. Saya tahu, silap saya sebab kenal dia dan jatuh cinta dekat dia. Tapi saya tahu tak terlambat lagi untuk saya cuba betulkan semua tu. Walaupunn sikit. Sebab Allah tahu apa yang ada dalam hati hamba-NYA dan Allah tahu setiap apa yang DIA takdirkan. Saya nak jadi kuat untuk Allah dan juga mak ayah. Saya tahu, semua ini ujian DIA sebab saya tinggalkan segala dosa-dosa lama. Inilah peluang untuk dosa-dosa lama itu terhapus. 

Saya tahu saya perlukan dia. Tapi, sebab saya banyak fikirkan kesilapan lalu saya. Saya banyak fikrkan keluarga saya, pelajaran, pekerjaan dan matlamat saya. Saya terpaksa korbankan semua perasaan saya terhadap dia tu. Walau sakit sekalipun saya tetap akan hadapi dan cari ikhtiar apa yang patut saya lakukan demi kebaikan diri saya, keluarga saya dan diri dia. Apa-apapun, saya bersyukur, sebab dia kuat untuk hadapi semua ujian ni. Dia semakin matang dalam menempuh ujian Allah. Saya tahu, dia tak perlukan sayapun dan dia perlukan Allah selalu. Saya tak nak dia bersama dengan orang seperti saya. Perjalanan saya terlalu jauh dan saya banyak pengalaman pahit. Saya ada matlamat sendiri walaupun saya tak tahu apakah perancangan Allah yang terbaik dalam hidup saya, saya tetap akan merancang untuk mencapai matlamat saya satu hari nanti. Saya nak dia bersama dengan orang yang boleh ingatkan dia terhadap Allah setiap masa dan boleh jaga dia. Saya tahu dari dulu lagi, saya tak layak untuk dia. Dia perlu ditemukan dengan orang yang lebih baik. Masa masih panjang. Allah tahu segala-galanya. Allah Maha Mengetahui. Allah Maha Adil.

*Maaf kerana ambil kisah cinta. Ianya sesuai dengan remaja masa kini.

Walaupun tidaklah sependek mana kisah ini, namun ambillah ibrah (pengajaran) daripada kisah hidup seorang gadis ini. Setiap kesulitan pasti ada jalan keluar, dengan izin dan redha-NYA. Sekurang-kurangnya gadis ini usaha untuk cari jalan keluar daripada kesulitan hidupnya walaupun rahsia yang selebihnya itu hanya menjadi rahsianya dengan Allah. Dia sanggup berdepan dengan kesulitan dan rasa malu kerana Allah. Sebab dia tahu apa yang Allah bagi tidak pernah sia-sia untuk seorang manusia. Biarpun tiada yang memahami melainkan Allah SWT. Jika kita berdepan dengan pelbagai ujian sekalipun, jangan sesekali kufur dan lupa pada Allah. Setiap ujian tiada yang sia-sia. Wallahualam. 

Kita Daie Kitalah Pencinta Illahi!!
Jangan Berputus Asa!!
Teruskan Usaha Dakwah Kita!!
Cinta Allah, Cintai Rasulullah!!

Keluarga Adalah Segalanya.. Allah Juga Segalanya..(^_^)
Salam Ukhwah Fillah Daripada Saya
Maaf Atas Salah Silap Sepanjang Perkenalan
Halalkan Makan Minum Saya
Jika Ada Hutang Bolehlah Tuntut
Saya Hanya Manusia Biasa Dan Takkan Pernah Sempurna
Maafkan Saya, Jika Inginkan Yang Sempurna, Carilah Allah
DIA Sangat Sempurna Untuk Kita Semua

Terima Kasih Kerana Membaca Coretan Serta Nukilan Dari Saya
Maaf Sekiranya Terlalu Banyak Kekurangan
"Biasakan Yang Betul, Betulkan yang Biasa"
(P.U. Lokman)

_Nukilan Daieyah_
~*Gadis Bunga Cengkih*~
(PID13155)

"Tiada Tuhan Melainkan Allah Nabi Muhammad Pesuruh Allah."

"Allah, Aku Cintakan Kau. Kuatkanlah Aku Untuk Kau."

10 MUWASAFAT TARBIYYAH







Muslim yang ingin mempersiapkan diri dalam perjuangan Islam perlu memperbaiki dirinya agar sentiasa terkehadapan dari manusia lain. Risalah Islam yang syumul ini hendaklah difahami dengan membentuk diri yang syumul juga. Maka hendaklah diteliti di sini tentang aspek-aspek seorang daie Muslim dalam rangkanya untuk menjadi seorang Muslim yang sempurna.


Sifat-sifat yang perlu ada pada diri duah ialah:
1. Kuat tubuh badan (Qawiyyal Jism)
· Dakwah berat tanggungjawab dan tugas – perlukan badan yang sihat dan kuat.
· Rasulullah saw menitikberatkan soal ini. Maksud Hadis : Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan.
· Pesanan al-Banna:
· Memeriksa kesihatan diri,mengamalkan riyadhah dan tidak memakan/minum suatu yang merosakkan badan.
2. Akhlak yang mantap (Matinul Khuluq)
· Akhlak kita ialah Al-Quran dan ditunjukkan oleh Nabi saw.
· Dijelaskan beberapa unsur oleh Imam Al-Banna dalam kewajipan dai iaitu sensitif, tawadhu, benar dalam perkataan dan perbuatan, tegas, menunai janji, berani, serius, menjauhi teman buruk dll.
3.Fikiran yang berpengetahuan (Mutsaqqafal Fikri)
· Perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu menceritakan kepada orang lain.
· Perlu bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadis dan diterangkan oleh ulama yang thiqah.
· Pesan Imam Banna: Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi.
· Mampu membaca Al-Quran dengan baik, tadabbur, mempelajari seerah, kesah salaf dan kaedah serta rahsia hukum yang penting.
4. Mampu berusaha (Qadiran ala Kasbi)
· Walaupun kaya, perlu bekerja.
· Tidak terlalu mengejar jawatan dalam kerajaan/rasmi.
· Meletakkan jawatan dan tempat kerja mengikut keperluan dakwah lebih utama dari gaji dan pendapatan.
· Melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya (ihsan).
· Menjauhi riba dalam semua lapangan.
· Menyimpan untuk waktu kesempitan.
· Menjauhi segala bentuk kemewahan apatahlagi pembaziran.
· Memastikan setiap sen yang dibelanja tidak jatuh ke tangan bukan Islam.

5. Akidah yang sejahtera (Salimul Aqidah)
· Redha Allah sebagai tuhan, Islam sebagai Agama dan Muhammad saw sebagai Nabi.
· Sentiasa muraqabah Allah dan mengingati akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikir.
· Menjaga kebersihan hati, bertaubat, istighfar, menjauhi dosa dan syubhat.

6. Ibadah yang betul (Sahihul Ibadah)
· Perlu melakukan ibadat yang meninggikan roh dan jiwanya.
· Perlu belajar untuk membetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram.
· Tidak melampau atau berkurang (pertengahan).

7. Mampu melawan nafsu (Mujahadah ala Nafsi)
· Perlu azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsunya dan mengikut kehendak Islam.
· Tidak menghiraukan apa orang kata dalam mempraktikkan Islam.
· Dai mungkin melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh orang yang tidak biasa dengan kesusahan.

8. Menjaga waktu (Haarithun ala Waqtihi)
· Waktu lebih mahal dari emas, waktu adalah kehidupan yang tidak akan kembali semula.
· Sahabat sentiasa berdoa agar diberkati waktu yang ada pada mereka.
· ..Aku adalah makhluk baru.. menjadi saksi kepada manusia.

9. Tersusun dalam urusan (Munazzamun fi syu’unihi)
· Untuk manfaatkan waktu dengan baik.. perlu penyusunan dalam segala urusan.
· Gunakan segala masa dan tenaga tersusun untuk manfaat Islam dan dakwah.

10. Berguna untuk orang lain. (Nafi’un li ghairihi)
· Dai umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh orang lain.
· Dai adalah penggerak dakwah dan Islam. Masa depan Islam, hidup mati Islam bergantung kepada dai.
· Amal Islam ialah untuk menyelamatkan orang lain dari kesesatan.
· Dai merasa gembira bila dapat membantu orang lain. Paling indah dalam hidupnya ialah bila dapat mengajak seorang manusia ke jalan Allah.

# PID 13171
# by: ansarullah