T E R C I C I R D A R I M E D A N D A K W A H
_____________________________________
Apa yang dimaksudkan tercicir dari medan dakwah?
dari sejarah islam telah disebut ketika mana seorang sahabat baginda s.a.w iaitu Kaab Bin Malik R.A telah tercicir dari medan peperangan. Beliau bukan malas untuk pergi berperang tetapi beliau lalai untuk menyegerakan diri untuk menyertai peprangan. Lalu di pendekkan cerita, Kaab Bin Malik dipulau oleh sahabat selama 40 hari sehingga mendapat pengampunan dari Allah swt.
Begitulah tamparan yang dikenakan oleh Kaab Bin Malik dek kerana tidak turun di dalam kerja agama. Ibrah yang kita dapat ambil dari kisah Kaab Bin Malik ini ialah bagaimana kita selaku umat islam perlu menyegerakan diri kita dalam menyebarkan kalimah Allah, Kita lihat bagaimana Azab jika jika meninggalkan perjuangan dakwah yang dibawa oleh Rasulullah SAW.
Kita Lihat Orang Dahulu Bermati-matian untuk sampai islam kepada mereka , tapi kita?
jadi buatlah yang terbaik selama mana hidup di atas bumi Allah, Jadilah Musafir yang benar-benar berkelana mengharap Redha Allah SWT.
_______________________________
-iBnu Yusof
-Ini Dakwahku, Ini jalan ku
PID 13289
Tiada ulasan:
Catat Ulasan