Khamis, 1 Oktober 2015
UJIAN TANDA ALLAH SAYANG
ALLAH akan UJI kita dengan benda yang PALING kita
LEMAH:
1)Mungkin kau bab-bab solat jemaah ni kau okay. Dapat pergi surau 5 waktu semua. Tapi, jangan ingat kau hebat.
Mungkin kau tak lemah bab solat jemaah, kau lemah bab tak boleh tahan nafsu dengan perempuan. Maka, Allah akan
uji kau dengan PEREMPUAN!
Sejauh mana kau boleh tahan dengan ujian tu? Ikhtilat,
cinta, couple, video lucah dan sebagainya? Selagi kau tak
settle bab tu, kau jangan rasa kau hebat dan jangan
sesekali puas!
2)Mungkin, bab-bab tutup aurat sempurna, pakai tudung
labuh semua, kau okay. Tapi, jangan ingat kau hebat.
Mungkin kau tak lemah bab-bab aurat. Tapi, kau lemah bab
obsess artis! Maka, Allah akan UJI kau dengan artis!
Sejauh mana kau boleh tahan dengan ujian tu? Kpop, Justin
Bieber, One direction, Lee Min Ho, drama korea jepun
bagai. Sebab tu, ramai je orang tudung labuh, tapi bab ni tak
settle. Selagi kau tak settle bab ni, jangan ingat kau hebat,
dan jengan sesekali puas!!
3)Mungkin, kau, bab-bab akhlak semua kau okay. Akhlak
kau baik, sopan, pemaaf, peramah dan sebagainya. Tapi,
bab aurat kau lemah. Maka, Allah akan uji kau bab aurat!
Sejauh mana kau boleh tutup aurat sempurna? Tudung
labuh tutup dada dan bahu, tiada sanggul, tak jarang,
warna tak menarik perhatian dan lain-lain?? So, jangan
mendabik dada dan puas dengan akhlak kau. Kerana tu
bukan kelemahan kau!
4)Mungkin kau ni lelaki yang langsung tak tergoda bila
tengok perempuan-perempuan seksi. Kau langsung tak
tertarik. Soleh la katakan. Tapi, seperti biasa, Allah akan uji
dengan benda yang kau lemah! Maka, Allah akan datangkan
perempuan yang bertudung labuh sempurna untuk
hancurkan kau!
Sebab tu wujud post-post kat FB dan twitter lelaki yang
bajet soleh, yang berbunyi:
"Subhanallah! Sejuknya mata memandang wanita
bertudung labuh. Moga kalian istiqomah!!"
"Seindah hiasan adalah wanita solehah. Tenang hati melihat
perempuan-perempuan bertudung labuh ni....."
Hancur! Tudung labuh ke tak, tunduk pandangan la kawan!
****
Banyak lagi contoh.
Tapi, masing-masing ada kelemahan masing-masing. At
one point, kita jangan rasa diri kita hebat dengan sesuatu
perkara dan merendahkan orang lain, kerana kita mampu
buat perkara itu kerana itu bukan kelemahan kita!
Orang yang beriman, adalah, dia mampu atasi segala ujian
yang Allah beri, termasuklah mengatasi ujian
menyelesaikan segala kelemahan-kelemahan yang kita ada.
Jangan pernah rasa hebat bila kita tak melakukan kesalahan seperti orang lain sebab itu bukan kelemahan. Jangan pernah rasa hebat sebab hakikatnya kita tak pernah sempurna.
Ingat, Allah akan uji kita dengan benda yang paling kita
lemah.
# notetoself..
#itu lah hakikat kita manusia LEMAH disana sini..
#INGAT YER!! ALLAH uji kita dengan benda yang kita lemah
#sekeliling kita adalah medan ujian HATTA diri kita sekali pun...
#UJIAN nampak pada orang yang melihat dengann matahati
#BUNGA QASEH#
#PID13012#
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan