GEGARAN IMAN
Kemudian Ustaz Mursyid Umar Tilmasani membentangkan kepada kami dasar-dasar fiqh dalam membantras fitnah. Dia lantas berbicara:
Di antara neraca-neraca mahkamah dalam membantras fitnah atau tindakan qiadah dan lajnah terhadap fitnah ialah bertindak pantas menamatkannya, kerana bertangguh memutuskan hukuman atau melambatkan proses pembaikan akan membuka pintu-pintu syaitan, meransang penderhakaan. Membiarkan bukanlah suatu yang betul. Tindakan bertangguh-tangguh yang tidak disenghajakan disana mungkin mendatangkan mudarat. Boleh bertangguh seketika bagi keperluan tahqiq (siasatan), atau memberi tempoh kesuatu masa yang kita andaikan jiwa-jiwa cenderong kepada suasana bertenang atau untuk memberi peluang kepada pihak penentang mengamati pengertian taubat. Ia dianggap tindakan memberi peluang, bukan menangguh-nangguhkan, menghulurkan tali bukan membiarkannya berlarutan.
Neraca-neraca lain dalam isu ini ialah kita tidak menuntut keadilan dan hak semata-mata, malah kita juga menuntut sifat rahmat. Rahmat mengatasi keadilan, pesalah sangat memerlukan rahmat, Baginda rasulullah saw dimaki hamun dan disakiti namun Baginda berlembut. Mereka yang dipecat Ustaz Hasan al-Hudzaibi tidak dipecat selepas melakukam satu kesalahan atau dua kesalahan, malah setelah mereka melakukannya banyak kali. Isu ini tertakluk kepada penilaian terhadap maslahah dan mafsadah, bukan setakat menghukum dengan syurga atau neraka. Kita perlu barijtihad sungguh-sungguh.
Apa sekalipun, pemimpin tidak sepatutnya dibebankan dengan suasana yang gawat. Pemecatan adalah satu keadaan terpaksa yang terpaksa kita lakukan. Di sana terdapat mereka yang memiliki kecenderungan bertindak sendiri, tabiat semulajadi mereka tidak mahu terikat dengan arahan-arahan. Jika dia diletakkan dalam saf dia akan membawa fitnah tanpa disedarinya. Rahmat dalam stiwasi seperti ini ialah dengan kita tidak memberikannya tugas dan tanggungjawab demi menjaga imannya, selain dari kewujudannya dalam saf akan menyebabkan keresahan.
Semua ini adalah nilai-nilai yang menjadi tarbiyah kepada kita semua, ia juga merupakan isu tanzim. Membekukan masuliyah seseorang atau memindahkannya dari kedudukannya merupakan satu ujian dari satu sudut, dari sudut lain ia merupakan tafsiran kepada kaedah jama`iyah, yakni kaedah yang mengatakan: semua pendakwah adalan tentera, dia bekerja di mana sahaja dia ditempatkan. Adalah suatu yang mengabaikan kepentingan dakwah paling tinggi bahawa kita menganggap perintah melakukan sesetengah perubahan sebagai tindakbalas terhadap pendirian peribadi, hasad dengki atau kerana persaingan. Ini kerana keserasian adalah suatu yang dituntut, semua orang akan mendapat pahalanya sendiri. Mungkin seseorang punya kelayakan namun ikhwahnya tidak serasi dengannya.
Neraca lain, beberapa kerosakan dan kemudaratan berhimpun pada satu masa, sama ada berpunca dari pihak musuh atau dari sebahagian du`at yang berfikiran cetek, ia membuatkan kita berada dalam kepayahan, terlalu penat dan tidak mampu lagi menanggung kepenatan yang timbul dari perselisihan kelompok yang bertelagah. Dalam keadaan ini tindakan tegas dalam membentras fitnah adalah dianggap rahmat kepada dakwah, ia lebih rajah/ utama (patut didahulukan) dari bersikap rahmat terhadap individu.
Begitu juga kita tidak menolak kemungkinan akh tertentu dihormati atas sebab lain dari kedudukannnya dalam pentadbiran, seperti kelebihan ilmunya di bidang syariat atau latar belakangnya. Sebab-sebab kecenderungan untuk memaafkan orang alim yang melakukan kesalahan adalah berganda. Namun demikian mesti dibezakan antara pemaafan hak-hak peribadi dengan pemaafan hak-hak dakwah ammah. Ruang keampunan lebih luas pada memaafkan hak-hak peribadi, sekalipun kepada jiwa ia amat sukar , tetapi lebih sempit dalam memaafkan hak-hak dakwah.
Kaedah-kaedah lain: banyak membincangkan isu khilaf bagi tujuan mematangkan pandangan untuk menyelesaikannya, tanpa tergesa-gesa atau bertindak sendiri, namun berlarutan membincangkan isu khilaf semasa fitnah akan menambah fitnah dan derita, buruk sangka kadang-kadang merupakan ketegasan daripada saorang masul, seperti yang dinisbahkan kepada Umar radialLah anhu.
Begitulah, hukuman dan pendirian dalam isu-isu khilaf berlaku dalam suasana sorong tarik antara berbagai-bagai pertimbangan, satu pertimbangan membuat anda cenderung kepada rahmah, pertimbangan lain membuat anda cenderung kepada ketegasan. Setiap peristiwa ada sitiuasi-situasi tersendiri yang memenangkan salah satu pendirian; rahmah atau tegas. Setiap kejadian ada cakap-cakap mengenainya, namun hakim-hakim dan pemimpin-pemimpin mesti ada waktu berkhulwah (bersendirian) untuk mengingat nilai-nilai dan neraca-neraca ini. Mereka perlu membiarkan hati mereka terapong suatu ketika antara kanan neraca-neraca dan kirinya. Kemudian mereka menggegarkannya dengan gegaran iman untuk ia merasa tenang membuat keputusan.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atasnya (al-murshid Umar al-Talamsani), berapa banyak gegarannya yang penuh simpati (keadilan)….
Dalam isu khilaf dapat diperhatikan bahawa setiap kali fikrah kita jelas dan kaedah pentadbiran kita juga jelas, khilaf hanya sedikit berlaku. Setiap kali ia umum/ tidak menentu, tidak jelas akan banyak penafsiran berlaku, setiap orang akan mendakwa tafsirannyalah yang benar.
Kejelasan, Ketentuan maksud-maksud merupakan jaminan yang pasti dapat melawan fitnah.
Alangkah manisnya ungkapan-ungkapan umum dan luas ruang lingkupnya di saat-saat suasana penuh kasih sayang, namun di saat khilaf memuncak ungkapan umum ini akan menjadi punca kepenatan dan berlaku banyak penafsiran.
Anda punya penafsiran baginya dan saya juga punya penafsiran, khilaf akan semakin meruncing, dengan itu berlakukah pembekuan amal.
Kita boleh mengatakan bahawa suasana-suasana luar biasa dan suasana fitnah membuatkan tindakan mematuhi teks organisasi secara harfiyah adalah tidak patut didahulukan Keluar dari tuntutan nas dibolehkan demi memastikan maslahat, tetapi ia tidak boleh dilakukan individu berdasarkan ijtihadnya, ia juga tidak boleh dilakukan kumpulan kecil. Ia hanya boleh dilakukan jamaah sebulat suara atau melalui keputusan syura.
Hati orang yang ikhlas akan merasa pahit dan getir apabila dia tidak menemui di hadapannya satu cara untuk mengelakkan dakwah daripada bahaya fitnah kecuali merujuk kepada hukuman Nabi Sulaiman dalam kes dua orang ibu; seorang ibu sebenar dan seorang ibu palsu. Dimana ibu sebenar telah berkorban semata-mata kerana takut anaknya akan di potong kepada dua bahagian. Lantas berlakunya penanggungan keadaan paling teruk demi memelihara dakwah daripada berpecah dua. Di antara mereka yang membela orang yang bersalah ialah gulongan yang baik-baik, yang membuat pendirian berdasarkan zahir. Kerahsiaan membuatkan orang yang ikhlas (yang tahu hakikat sebenar: pent) membisu, tidak mahu mendedahkannya, Kalau dia dedahkan nescaya banyak jiwa yang akan tenteram, hati akan tenang, tapi, itulah (keadaan dalam) kerahsian….
Perasaan getir akan berganda apabila orang yang hukuman menyebelahinya merasakan mereka berada di pehak yang benar, merasakan mereka telah memenangi kes, dengan itu mereka merasa punya kekuatan. Mereka tidak sedar bahawa sad al-zariah (menutup lorong kerosakan)lah yang telah melepaskan mereka daripada hukuman.
Pendatang baru dakwah tidak buat silap kecuali apabila sebahagian golongan senior buat kesilapan. Di antara tabiat jiwa manusia ialah meniru. Siapa yang memulakan sunnah (perkara) yang buruk dia akan menanggung dosanya dan dosa mereka yang melakukannya hinggalah ke hari kiamat.
Seorang tsiqah telah berbicara dengan kami, dia berkata:
Kedukaan hati terhadap perbuatan yang menyakitkan hati adalah fitrah. Dalam ucapan takziah Allah kepada Nabi Muhammad saw satu pengajaran. Allah berfirman:
قد نعلم أنه ليحزنك الذين يقولون ، فإنهم لا يكذبونك ، ولكن الظالمين بآيات الله يجحدون (الأنعام 33)
“Sesungguhnya kami mengeta hui bahawa apa yang mereka katakana itu menyedihkan hatimu, (janganlah kamu bersedih hati) kerana mereka sebenarnya bukan mendustakan kamu, tetapi orang-orang zalim itu menginkari ayat-ayat Allah”.
Bagaimana dengan orang yang lebih rendah kedudukannya (daripada Rasulullah saw:pent) seperti kita?.
Bagaimana jika tindakan jahat itu bukan datang dari orang kafir yang tabiatnya melakukan kejahatan, malah datang dari muslim sendiri, malah dari seorang saudaramu dalam saf?.
Sifat takwa mengajak kita mengunci lidah, kemudian kita berdoa semoga Allah membuat kita lupa dan menghakis dari ingatan kita kejahatan yang ditujukan kepada kita, semoga dengan itu hati kita akan sejuk dan kemarahannya tidak berpanjangan.
Kita tidak berbicara kecuali sesuatu yang menepati kebenaran, mendekatinya dan diredai Allah. Ada pun, sesuatu yang memecah-belahkan dan menimbulkan permusuhan. Maka kita tidak akan membicarainya. Bahkan kita akan diam, lidah kita tidak akan bergerak-gerak kecuali mengatakan sesuatu yang baik. Taqwa mengikat kita berganda-ganda di saat hati-hati kita mendidih marah.
Tindakan jahat orang kafir terhadap kita akan memperkuatkan kita. Tindakan jahat muslim menyakitkan kita.
Golongan thoghut membantu kita, kerana mereka menzalimi kita, akibatnya kerinduan tehadap kebebasan menguasai manusia …. Dari derita kezaliman dan ujian-ujian pahit sesuatu bangsa belajar erti mardeka, tetapi fitnah-fitnah, menghancurkan jiwa-jiwa dan melemahkan keazaman-keazaman.
Ujian-ujian pahit merupakan ketentuan-ketentuan dari Allah, ia wajar dihadapi dengan sabar semuga dengan izin Allah ia bertukar kepada kebaikan untuk kita, ia merupakan pengalaman-pengalaman yang membimbing. Kezaliman akan tumpas pada hari di mana hati-hati kita bersatu.
Ada pon sebab-sebab dalaman, ia menyakitkan kita. Binaan jamaah tidak runtuh oleh sebab-sebab dari luarnya, tetapi ia runtuh kerana kereputan/ korekan dalaman.
PEMALANG HATI.......
PID13121..........
Tiada ulasan:
Catat Ulasan