USRAH DAN SOLAT
Perkongsian cerita Si Fulanah bintu 'Abdillah.
بسم الله الرحمان الرحيم..
الله اكبر 2x
اشهد ان لا اله الا الله
اشهد ان محمد رسول الله
حي على الصلاة ٢x
حي على الفلاح ٢x
قد قامة الصلاة ٢x
الله اكبر ٢x
لا اله الا الله..
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Zaman Sek. Rendah
<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<
"Solat itu tiang agama, jadi.. adik-adik, bila mana kita umpamakan rumah yang tidak ada padanya tiang, maka akan runtuh ia..itulah perumpamaan bagi diri kita..jika diri kita, tubuh badan kita ini, tidak dihiasi dengan keimanan,tidak diajari dengan taat perintahNya, maknanya kita juga akan mudah jatuh, goyah imannya, dan jauh dari landasan syariatNya..oleh yang demikian, adik-adik ingatlah akan Allah Swt selalu dan TAATILAH perintah Allah swt..dan ana kasihi adik-adik ana semuanya.."
Bicara manis, urutan kata-kata halus diucap, seorang ukhti yang si fulanah panggil "naqibah".
*naqibah- insan yang mengetuai suatu bulatan usrah bagi perkongsian ilmu serta menjalinkan ukhwah sebagai sebuah keluarga
Bermulanya si fulanah mendekatkan diri dengan "group poyo" itu.
Pada masa itu, "group poyo" telah diistilahkan oleh rakan-rakan kerana tanggapan mereka itu bahawa orang- orang yang ber'usrah' ini terlalu extreme dalam mengajak orang berbuat baik dan ber'pura-pura' menjadi baik.
Disitulah si fulanah belajar bagaimana segala yang kita kecapi, segala yang ingin kita lakukan, tidak semuanya orang suka. Dan juga tidak semua orang benci.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Zaman Sek. MEN.
<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<
"ala ... hang tu bukan baik sangat.. konon nak jadi naqibah.. nak ajak kami.. tengok ceqemin dulu la weyh.."
Kata-kata yang membuat si fulanah jatuh, hampir putus asa, dan hampir ingin mencapai kata putus untuk berhenti sekolah.
Tetapi.. Allah takdirkan mengikuti Kem Kepimpinan (gabungan sekolah-sekolah agama di negeri ......... ) pada hujung minggu.
Salah seorang ahli kumpulan si fulanah pernah berucap:
"Yakin lah ukhti-ukhti yang ana kasihi, biar kita dipijak, biar kita dimaki, biar kita dicaci.. TETAPLAH !! TEGUHLAH HATI !!! BANGUN KEMBALI !!!.. tetapi ingat.. jangan pernah ada rasa takabur dan bangga dengan orang-orang sekeliling..dan jangan sesekali kita meninggalkan Solat , kerana ia merupakan jalan dan cara bagaimana kita mahu selesaikan segala masalah..."
Deep..
Tersentuh, terasa ingin bangun kembali. Waktu itu si fulanah bernekad untuk meneruskan jalan Dakwah Ini.
Solat dan Usrah tiada pisahnya.
Satu persatu aura untuk bangkit datang menyapa diri.
Itulah "si fulanah' di zaman sekolah.
Setiap dugaan Allah hadirkan adalah untuk MENGUATKAN.
Kini..
Dia terus mengharungi..walau kekadang ADA JUGA JATUH.
Dan Allah Tahu Kenapa Dia "DI SINI".
Dan Allah Tahu Kenapa Dia "DI SINI".
Dan Allah Tahu Kenapa Dia "DI SINI".
P/s:
Sahabat- sahabat..
Di mana sahaja kita berada, yakinlah dengan peraturan dan ketetapan dariNya.
Jaga diri sahabat baik-baik.
Sayang sahabat kerana Allah swt.
Sirru ala barakatillah.
#SuaraHati
#Pid13128
Tiada ulasan:
Catat Ulasan