Khamis, 1 Oktober 2015

TEGURAN DATANG DARI ALLAH




Kadang kita tidak sedar. Terlalu berkecil hati dengan manusia tanpa tentu arah. Menonong berdebu hati menangis bila ditegur.

Lupa dia yang menggerakkan hati manusia. Allah menggerakkan hati manusia kerana Sayang dan cintanya Dia pada kita.

Lantaran berpuak-puak menjadi musuh bila  ditegur sedikit.

Bila ditegur ada yang akan melenting.
Menyindir kembali bila ditegur.
Tidak kisahlah siapa yang menegur atau caranya menegur. Terima.

Jika iman kita masih ada kita akan berlapang dada, kalau masih merungut dan membalas kembali bila ditegur, tepuk dada tanya diri .

Masih adakah iman didalam diri kita ?

Orang yang masih punya iman dia akan berlapang dada dan menerima setiap teguran dengan hati yang terbuka.

Allah masih sayang.
Ingatlah

Nasihat itu cinta dan cinta datangnya dari Allah.

Pemilik segala Cinta yang maha Agung dimuka bumi ini.

Terimalah cinta itu dengan sebaik- baik sambutan dan berbahagialah kamu dengan cintaNya.

-PID 13036- Lutfa-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan