Peringatan Ikhlas
Daripada Amirul Mukminin Abu Hafs Umar bin al- Khattab r.a. , aku mendengarNabi s.a.w. bersabda : " Sesungguhnya semua amalan perbuatan adalah dinilai mengikut niat. Setiap orang dinilai dengan niatnya. Sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya maka hijrahnya dinilai mengikut niatnya menuju kepada Allah dan Rasul-Nya. Sesiapa yang berhijrah untuk mendapatkan dunia atau wanita untuk dikahwininya maka hijrah dinilai mengikut tujuan hijrah itu ."
Kejayaan , Kemenangan dan Kebahagiaan bukannya datang dari satu kumpulan atau indvidu,
bukannya datang dari Kepintaran seseorang ,
bukannya dari Kehebatan dan Ketokohan manusia.
Kejayaan, Kemenangan dan Kebahagiaan datang dari Allah s.w.t. .
Berserah dan Yakinlah denganNya.
Berusahalah mengikut jalan Allah,
kerana dia pemilik segala kejayaan ,
kemenangan dan kebahagiaan kita semua..
pid 13010
Tiada ulasan:
Catat Ulasan