Al-Quran Penawar Hati Kita
Assalamualaikum kepada pembaca - pembaca dalam blog Pena Daie Kontemporari. Baru sahaja bulan Haji berlalu pergi tetapi hadirnya pula kedatangan bulan Muharram kepada kita semua. Pada bulan Muharram ini yang penuh dengan barakah ini, saya ingin berkongsi ilmu dengan para-para pembaca mengenai kalam Allah iaitu kitab Al-Quran, Artikel ini ditulis oleh salah seorang pendakwah terkenal di negara ini iaitu Al-Fadhil Ustaz Umar Muhammad Noor.
Al-Quran yang kita baca hari ini adalah al-Quran yang sama dibaca oleh Rasulullah dan para sahabat Baginda . Tidak berbeza walaupun satu huruf . Tetapi hairannya, impak yang diberikan Al- Quran berbeza antara kita dan mereka.
Apabila mereka membaca Al-Quran, air mata tidak berhenti mengalir dengan kemerduan bacaan ayat Al-Quran. Keimanan mereka bertambah dan amal soleh meningkat. Itu sebabnya mereka berjaya menjadi generasi Islam maju dan berkuasa. Mari kita tanya hati kita: Apakah kesan Al-Quran pada sikap dan hidup kita? Sejauh mana ia menerangai langkah kita?
"Ibnu Mas'ud pernah berkata : " Nilailah diri kita dengan Al-Quran. Jika kita suka kepada-nya, maka kita benar-benar cinta kepada Allah dan Rasul-Nya."
Sampai di situ sahaja yang dapat saya kongsikan untuk tatapan semua pembaca. Semoga apa yang kita dapat ilmu pada hari ini dapat disampaikan pula kepada orang lain. Inshallah...
Hambamu Allah
(PID 13163)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan