~FAHAMI RAHSIA TAKDIR-NYA
" Jangan kamu menentang takdir Allah, ia adalah keputusan-Nya yang agung, tiada siapa yang boleh menahan atau membantah. Turun dan naiknya nafasmu itu adalah takdir Allah, kamu akan binasa jika menahannya. Terimalah takdir-Nya dengan keredhaan walaupun kamu buta untuk memahami kebaikannya. Ingatlah bahawa Dia tiada akan menzalimimu walau satu zarah sekalipun, tetapi engkau sebenarnya berpaling dari peraturan-Nya. Perbanyakkan wirid untuk memahami rahsia-Nya, hanya kekasih yang memahami bahasa kekasihnya, "Wahai orang yang mempunyai nafsu mutmainnah ( jiwa yang sentiasa tenang ), kembalilah kepada tuhanMu dengan keadaan engkau redha kepada-Nya, dan Dia redha kepadamu. Maka masuklah engkau ke dalam kumpulan hamba-hambaku, dan masuklah ke dalam syurgaku !
-HAMBA ILAHI-
~PID13178~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan