Bacaan -bacaan Surah Selepas Al- Fatihah semasa solat
Assalamualaikum kepada semua pembaca dalam blog pena daie kontemporari. Sekejap sahaja masa berlalu, sampai sudah penghujung bulan september sekarang. Masih lagi perlu kita pertingkatkan ilmu dalam hidup ini sebagai hamba Allah . Hari saya akan berkongsi mengenai ilmu mengenai bacaan surah selepas Al- Fatihah.
Salah satu contoh , kita melakukan solat sunat Witir ,bacaan selepas surah Al -Fatihah iaitu pada rakaat pertama bagi bacaan surah al-A'la . Pada rakaat kedua , bacaan surah Al- Kafirun dan rakaat ketiga, bacaan surah al-ikhlas , surah al-Falaq dan surah al- Nas.
Selain itu, sekarang musim panas sedang melanda di negara kita serta pencemaran jerebu . Kita bolehlah membuat solat Istisqa' iaitu solat untuk meminta hujan . Kaifiat sama seperti solat sunat lain tetapi niat sahaja berbeza. Kita sentuh cara bacaan pula , selepas bacaan Al- Fatihah , pada rakaat pertama kita akan membaca surah Qaf atau Surah al- A'la . Pada rakaat kedua bacaan surah al -Qamar atau al- Ghasyiyah. Bacaan surah-surah tersebut daripada pendapat ulama terkenal iaitu Syeikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al- Banjari.
Akhir kata,sampai disini sahaja yang dapat saya kongsi mengenai sedikit ilmu ini . Diharap di masa akan datang kita bertemu lagi dalam blog Pena Daie Kontemporari. Wasalam..
Hambamu Allah ( PID 13162) Kumpulan 2
Tiada ulasan:
Catat Ulasan