Rabu, 30 September 2015

Kepentingan solat khusyuk

bagi seseorang mukmin itu tidak dapat dinafikan lagi. Firman Allah SWT:
Telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yangkhusyuk dalam sembahyangnya” (Al-Mukminuun: 1-2)
Peliharalah segala sembahyangmu dan peliharalah sembahyang utama (Asar, Subuh) dan berdirilah untuk Allah (melalui solatmu) dengankhusyuk” (Al-Baqarah: 238)
Maka kecelakaanlah bagi orang-orang solat, (iaitu) orang-orang yanglalai dari solatnya.” (Al-Ma'un: 4-5)
Jadikanlah Sabar dan Solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. (Yakni) orang-orang yang meyakini, bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya” (Al-Baqarah: 45-46)
HAKIKAT SOLAT
Kesedaran dan pemahaman akan hakikat solat yang sebenarnya dan kepentingannya adalah merupakan faktor utama jika kita hendak mendapat solat yang khusyuk. Apakah itu solat? Apakah pengertian solat buat anda?Adakah pemahaman anda terhenti pada solat itu sekadar satu ibadah yang wajib ditunaikan? Di sini saya tidak berhasrat untuk mengolah mengenai pengertian solat dari sudut fiqh yang telah pun kita pelajari sejak kecil tetapi lebih kepada menghuraikan apa yang kita faham mengenai hakikat solat dari sudut ruhaninya.

MENGAPA SUKAR MERASAKAN KHUSYUK?
Bagi yang merasa sukar untuk solat dengan khusyuk, dan merasa bahawa Allah berada di satu tempat yang saaaaaangat jauh dan sukar untuk dihubungi, ketahuilah bahawasanya yang jauh itu bukan Allah tetapi hati kita yang sudah dihinggap penyakit cintakan dunia.
Untuk dapat merasakan Allah itu dekat, syaratnya ialah mestilah orang itu beriman dengan sebenar-benarnya, yakni percaya dengan sepenuh keyakinan terhadap kewujudan dan keagungan Allah SWT. Jikaimannya telah lemah kerana sudah dibahagikan sebahagian besar hatinya kepada cinta dunia, mustahil ia akan dapat merasakan kedekatan Allah.
Antara sebab mengapa sukar untuk meraih khusyuk di dalam solat adalah kerana banyaknya maksiat yang telah dilakukan yang melanggari perintah Allah. Apabila banyak maksiat yang dilakukan dan hati mulai menjadi hitam, maka sukar untuk kita menerima bisikan nurani dari Allah SWT. Sebaliknya bisikan syaitan yang melalaikan kita pula yang kita dengari. Hati yang keras membatu akibat terlalu mencintai dunia dan diselubungikejumudan nafsu adalah mustahil untuk disirami dan dibasahi dengan siraman Nur hidayah-Nya.
Hanya ada satu sahaja jalan yang tinggal, iaitujalan pulang menuju kepadaNya denganbertaubat. Jika anda melakukan dosa besar seperti meninggalkan solat fardhu atau berzina, maka hendaklah segera bertaubat dan meninggalkan terus perbuatan itu kerana kita tidak tahu bilakah waktu akan berakhir buat kita. Jika ada melakukan kezaliman dan penganiayaan terhadap seseorang, maka segeralah mencari kemaafan dan eratkan silaturrahim. Ini kerana, semua dosa dan kesalahan ini akan menjadi hijab yang menutup dan menghalang perhubungan spiritual kita dengan Allah. Maka, segeralah kembali kepada Allah jika anda sudah tersasar dan janganlah berputus asa dari rahmat-Nya.
Allah SWT berfirman:
“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), “Aku itu dekat”. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo’a apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.”
(Al-Baqarah: 186)

PID13099

Tiada ulasan:

Catat Ulasan