Ya, memang tidak di nafikan langsung bahawa cinta itu fitrah bagi
manusia. Rasulullah S.A.W. sendiri pun pernah bercinta dengan Khadijah R.A. Islam memang tidak menolak fitrah, apatah pula menentang
fitrah. Tetapi Islam mengajar macam mana hendak menguruskan fitrah sesuai
dengan kehendak syariat Islam.
Tetapi masalah timbul bila kita tak uruskan fitrah tu dengan
sebaiknya. Hari ini kalau dapat lihat, ramai pemuda hari ni hanyut dengan cinta
sebelum kahwin yang belum tentu nak kahwin atau dengan istilah bajet moden,
“COUPLE”.
Buktinya?
Tak payah pergi jauh-jauh, kita dapat tengok sendiri di Facebook
atau twitter, ada segelintir mungkin
juga sebahagian besar kawan-kawan kita yang post tentang cintan cintun
ni yang kadang-kadang sangat tak releven dengan umur.
“Papa, mama miss you co much.” Kata seorang budak sekolah
tingkatan 2 kepada pakwenya tingkatan 3.
Lol.
Malah lagi teruk, dekat profile siap ada “In Relationship” atau
“Married”. Itu tak cukup dahsyat, lagi dahsyat adalah siap
bergambar bersama sambil berpeluk bagai.
Halamak.
Ini dah satu masalah yang membarah sampai ketumbuhan level 10. Tetapi
ada lagi satu masalah yang lagi besar apabila pemuda atau belia yang FAHAM
Islam atau pendakwah-pendakwah muda ni pun hanyut juga dengan cinta sebelum
kahwin yang belum tentu nak kahwin.
Tetapi hubungan tu tak di gelar dengan gelaran “COUPLE”. Mungkin sebab dah
terlalu common. Jadi nak rare sikit. Apa dia?
“Couple Islamik.”
Haiya….
Golongan ini pun tak terlepas juga dari post tentang cintan
cintun ni, cumanya dalam versi bajet islamik.
Saya tak kata salah dan berdosa besar post tentang cinta,
tentang calon suami soleh / isteri solehah la,
atau tentang alam perkahwinan la,
pesanan untuk bakal suami / isteri la,
kata-kata semangat untuk para mujahid / mujahidah impian la,
atau apa-apa la.
Tetapi kena dengan situasi sendiri la seperti dah nak kahwin, atau paling tidak pun jangan lah post perkara-perkara ni kerap sangat.
Ini baru dalam Facebook yang open, belum lagi yang personal inbox (PM) atau
sms.
Pesanan saya kepada sesiapa yang terasa atau tengah terlibat dalam
dunia rekaan sendiri ni, terutama sekali kepada golongan yang “so called
islamik” ataupun yang faham Islam, utamakan perkara yang utama. Atau bahasa
mudahnya,
“priority is priority”.
Sekarang apabila berada di jalan dakwah tarbiah, Syaitan pun akan
melipat gandakan usaha untuk hanyutkan kita. Maka akan di hantar tentera yang
berpangkat tinggi untuk hasut kita. Macam-macam cara mereka cuba, dan antaranya
adalah CINTA dan WANITA.
Kalau cinta untuk bertahajud, atau tenggelam dalam cinta dakwah
ini takpe juga, malah saya respek sangat.
Ini sebaliknya pula.
Maka sesiapa yang merasakan dia di jalan dakwah tarbiah ini, maka mereka kena ingat yang kita
akan hadapi antara 4 tentangan besar,
1) Syaitan
2) Wanita
3) Hawa nafsu
4) Masa
Kalau nak mujahadah dengan ikhtilat pun dah tewas, macam mana
nak tegakkan Islam yang Syumul (menyeluruh) yang memerlukan mujahadah
lagi dahsyat?
Kena sentiasa ingat bahawa kerja dakwah ini takkan pernah
terhenti, dan kerja ini sangat banyak hingga sepatutnya tak sempat nak bercinta bagai (baca pesanan Imam Hassan al Banna
tentang dakwah).
Kalau orang yang betul-betul memahami dan menjiwai jalan dakwah
tarbiah ini, tiada masa untuknya berfikir banyak kali siapa yang perlu jadi
sayap kiri atau bakal isterinya. Apatah lagi nak berikhtilat bagai. Kalau hendak bernikah sekalipun, cukuplah
bakal isterinya faham tugas dakwah tarbiah yang dia lakukan dan dapat membantu
dia.
Dan saya juga tak kata yang tak boleh bercinta.
Kalau nak bercinta tu, kahwin la dulu.
Kalau tak mampu, tahan.
Kalau tak tahan, puasa.
Kalau puasa tak tak boleh juga?
Korang cari duit dan kahwin la cepat.
Lastly
Kena faham bahawa golongan pendakwah ini, mereka bawa “LOGO AGAMA”.
Kalau korang nak tahu, secara umumnya, semua orang melayu muslim
sangat menghormati dan tsiqah (percaya) pada golongan asatizah/ustaz atau golongan
yang faham Islam. Cumanya sebahagiannya ego dan tak mahu tunjukkan penghormatan mereka dengan
tindakan.
Jadi, segala perbuatan atau tindak tanduk pendakwah ini akan
sentiasa DIPERHATIKAN oleh orang sebegini yang ada di sekelilingnya. Kerana pendakwah ini ibarat
“role model” dalam senyap untuk mereka. Mereka secara tidak langsung ingin
serba sedikit meniru atau mengikut jejak langkah pendakwah ini secara
senyap-senyap.
Serius!
Tetapi kalau pendakwah ini hanyut, maka hilanglah penghormatan
mereka dan mereka pun dengan dunia mereka.
Moga kita semua selamat dari fitnah dunia.
Moga Allah redha.
Wallahua’lam...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan