Selasa, 29 September 2015
SURATAN ILAHI
Mungkin kau tak tahu di mana rezekimu..
Tapi rezekimu tahu di mana dirimu..
Dari lautan, bumi, gunung dan laut biru..
Allah memerintahkannya menujumu..
Allah menjamin rezekimu sejak 3 bulan kau dalam kandungan ibumu..
Amatlah keliru bila bertawakal rezeki dimaknai dari hasil bekerja...
Kerana bekerja adalah ibadah..
Sedang rezeki itu urusanNya..
Melalaikan kebenaran demi menghawatirkan apa yang dijaminNya..
Adalah kekeliruan berganda...
Manusia membanting tulang demi angka simpanan gaji...
Yang mungkin esok akan ditinggal mati...
Mereka lupa bahwa hakikat rezeki bukan apa yang tertulis dalam angka..
Tapi apa yang
telah dinikmatinya..
Rezeki tak selalu terletak pada pekerjaan kita..
Allah menaruh sekehendakNya..
Siti Hajar berlari anak sebanyak tujuh kali dari shafa dan marwa..
Tapi zam zam justeru terbit dari kaki bayinya.
Ikhtiar itu perbuatan..
Rezeki itu kejutan..
Dan jangan lupa..
Tiap hakikat rezeki akan ditanya..
"Dari mana dan untuk rezeki
Kerana rezeki adalah "hak pakai".
Halalnya dihisab..
Haramnya diazab..
Maka jangan kau iri pada rezeki orang lain.
Bila kau iri pada rezekinya, kau juga harus iri pada takdir matinya..
Kerana Allah membagikan rezeki, jodoh dan usia umatnya...
Tanpa dapat tertukar satu dan lainnya...
Jadi, Yakinlah bahawa semua adalah kehendakNya..
(PID 13202)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan