"Sekiranya semasa di dunia, kita hidup mengikut kehendak Allah SWT, maka di akhirat nanti Allah SWT akan 'ikut' apa yang kita hendak."
(Bayan Maulana Zubair rahmatullahiala ih)
1. Kehidupan di dunia hanya sementara namun ia menentukan kehidupan di akhirat yang selama-lamanya.
2. Kita tidak boleh hidup mengikut kehendak nafsu kerana orang yang 'bertuhankan' nafsu, kehidupan akhiratnya akan binasa. Namun di syurga, lampiaskanlah nafsu sesuka hati, tiada lagi dosa pahala.
3. Bagi mengajar manusia hidup mengikut kehendak Allah SWT, maka Dia telah hantar para anbiya. Lalu anbiya datang memberikan peringatan akan dunia yang sementara dan akhirat yang selama-lamanya. Lalu para anbiya mengajar umat manusia bagaimana mahu selamat di dunia dan di akhirat.
4. Dunia ini macam bayang-bayang sedangkan akhirat itu bagaikan cahaya. Jika kita berlari ke arah cahaya, bayang-bayang akan ikut kita. Tapi, jika kita berlari mengejar bayang-bayang, kita akan semakin jauh dari cahaya. Bahkan bayang-bayang pun tak dapat.
5. Cara paling mudah untuk kita amalkan kehidupan yang 100% mengikut kehendak Allah adalah dengan buat dakwah cara Nabi. Dengan menjadikan dakwah sebagai kerja, secara langsung kehidupan kita menuju kesempurnaan. "Katakanlah (wahai Muhammad), 'Inilah jalanku iaitu mengajak manusia kepada Allah dengan basiroh. Jalanku dan jalan mereka yang mengikutiku."
6. Agama akan sempurna dengan dakwah, bukan dengan cara ahli ibadah. Ini kerana, ahli dakwah akan berfikir bagaimana seluruh manusia dapat diselamatkan dari neraka. Maka, apabila fikirnya bukan hanya untuk diri sendiri bahkan untuk orang lain, maka sudah tentu Allah SWT akan membuka jalan hidayah untuknya.
Ini janji Allah, "Barangsiapa bermujahadah di jalan-Ku, maka akan dibukakan kepada mereka jalan hidayah."
7. Syarat datangnya hidayat adalah dengan mujahadah. Orang yang bermujahadah start enjin motor pergi jumpa tok guru, dia akan dapat ilmu yang berkat. Orang yang susah payah tekan nafsu tahan lapar, dia akan rasa nikmat kenyang. Begitu juga dengan orang yang dalam susah atau senang meninggalkan anak isteri, rumah, kerja (untuk sementara waktu) untuk belajar kerja dakwah, dia akan dapat memahami maksud kehidupan.
8. Bagi masa untuk belajar kerja dakwah adalah satu perbuatan yang praktikal. Takkan dapat di mana-mana universiti atau sekolah. Teori dan praktikal perlu jalan sekali, barulah hidayat akan datang dalam diri sendiri.
9. Oleh itu, berilah masa untuk belajar kerja ini. Mudah. Semua orang boleh buat. Tak lama, 3 hari paling mininum. Setahun ada 365 hari. Takkan 3 hari pun kedekut
#pid 13198
Tiada ulasan:
Catat Ulasan