Selasa, 29 September 2015

PERKONGSIAN FIQH WANITQ

πŸ“Œ Perkongsian Fiqh Wanita...

Alhamdulillah. Allah perkenankan pertemuan kita buat kali yang kedua.

InsyaAllah kita akan membincangkan tentang 

πŸ’•Aurat wanita dengan non muslim.

🌴 Terdapat 3 khilaf mengenai batas aurat muslimah di hadapan wanita non muslim.

🌴 Khilaf itu berdasarkan tafsiran berbeza ayat 31 Surah Al-Nur.  Perbahasan secara ilmiah mengenainya sudah banyak dibicarakan di laman-laman web.

1⃣ Majoriti fuqaha’ mengatakan aurat muslimah di hadapan wanita non muslim sama seperti aurat di hadapan lelaki ajnabi.

2⃣ Pendapat kedua ialah yang mengatakan muslimah boleh berpakaian seperti pakaian biasa yang dipakai di dalam rumah. Pakaian yang biasa dipakai di dalam rumah ialah baju berlengan pendek, skirt labuh melepasi lutut, seluar panjang (bukan ketat), gaun labuh berlengan pendek dan seumpamanya.

3⃣ Pandangan ketiga ialah yang mengatakan sama seperti aurat sesama wanita muslimah yakni selain antara pusat hingga lutut.

Bagaimana cara kita memilih antara 3 pendapat di atas ❓

🌴 Untuk membuat keputusan terbaik buat diri kita ialah dengan melihat objektif menutup aurat itu sendiri yakni menjaga maruah dan kesopanan wanita Islam.

🌴 Oleh itu perlu dilihat kepada akhlak wanita non muslim itu sendiri. Jika dia seorang yang menjaga kesopanan dan menghormati kita, maka pendapat kedua adalah baik diamalkan agar terangkat perkara yang menyusahkan dari diri kita.
Jika wanita non muslim itu seorang yang tidak baik dan sentiasa mencari kelemahan muslimah untuk disebarkan kepada orang lain, maka wajiblah menutup aurat seperti biasa.

🌴 Apabila menyebut tentang akhlak, isu ini turut terbuka kepada sesama muslimah dan kanak-kanak sekali pun.  Jika wanita Islam atau kanak-kanak sama ada lelaki atau perempuan yang tidak baik, maka tetap wajib menutup aurat seperti biasa di hadapan mereka.  

🌴 Dibimbangi mereka bercerita tentang aurat kita di hadapan lelaki ajnabi.
Lebih-lebih lagi di zaman ‘handphone’ berkamera ini, foto mudah dicuri dan disebarkan kepada orang lain.  Justeru berhati-hati adalah lebih baik.  Namun usah terlalu risau kerana negara kita mempunyai undang-undang yang menjaga kepentingan (maruah) individu.  Ikhlaskan niat berhijab semata-mata kerana Allah, insya Allah, Allah akan sentiasa menjaga kita.

🌴 Khusus untuk menjawab persoalan ini, saya bertanya pandangan seorang muslimah yang revert dari agama Kristian mengenai persepsinya terhadap aurat wanita muslimah sebelum memeluk Islam.  Ini petikan jawapan yang diberikan dalam Facebook,

"Melihat kepada orang sekeliling ingatkan aurat wanita Islam hanyalah rambut..sebab itu kalau nampak orang pakai tudung tapi pakai seksi dan badan terdedah terlintas dalam fikiran “teruknya Islam ni, sangat pentingkan tutup rambut tapi bahagian lain tidak. lebih baik tidak pakai tudung tapi tidak pakai seksi dan tidak dedah badan (sebab orang bukan Islam pun ada juga pakaian “lebih baik” daripada orang Islamudung, rambut bau semacam..)"

🌴 Melihat kepada pandangan yang dikemukakan di atas, rasional untuk memperhatikan moral yang baik di kalangan wanita non muslim adalah relevan sebelum memilih mengamalkan pendapat kedua.

πŸ’• Kesimpulannya ialah dalam situasi yang dihadapi kebanyakan pelajar sekarang di Malaysia, harus (yakni dibolehkan) bagi pelajar muslimah berpakaian biasa (sebagaimana yang sudah dihuraikan pada point kedua berkenaan apa yang dimaksudkan  ‘pakaian biasa’) di dalam kawasan asrama di hadapan pelajar non muslim KECUALI didapati secara jelas bahawa mereka tidak amanah dalam menjaga maruah pelajar muslimah.

Wallahua'lam.

🌴 Harap2 penjelasan tentang aurat wanita dengan non muslim ini dapat menambah ilmu di dada insyaAllah :) 

🌴 Semoga berjumpa lagi di perkongsian yang ketiga. Ilalliqa'! ☺

*rujukan perkongsian kali ini saya ambil juga dari satu web yang sangat jelas penjelasannya. Semoga penulis artikel ini diberi rahmat oleh Allah 😊



🌹 Tanpa Tarbiyyah Kita Rebah 
#mrs.salt.. pid13218❤

Tiada ulasan:

Catat Ulasan