Rabu, 30 September 2015
KELEBIHAN BERWUDHU'
Wuduk hendaklah disempurnakan ketika hendak mendirikan solat. Allah berfirman di dalam al-Qur’an yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat, basuhlah muka kamu dan kedua tangan kamu sampai ke siku. Sapulah kepala kamu dan basuhlah kedua belah kaki kamu sehingga ke buku lali...(Surah al-Maidah:6). Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud : “ Allah tidak menerima solat salah seorang antara kamu sekiranya ia berhadas hingga berwuduk terlebih dahulu.”. Di sini jelas, bahawa amalan berwuduk adalah perintah Allah yang terdapat di dalam al-Qur’an dan juga Sunnah baginda Rasulullah s.a.w. Sudah tentu amalan ini mempunyai kelebihan tertentu dan hikmah tersembunyi. Amalan berwuduk akan memberikan manfaat kepada kita di dunia dan juga akhirat.
Di dalam Kitab- Fiqhus Sunnah dinyatakan amalan berwuduk membawa beberapa kelebihan antaranya ialah;
1) Meggugurkan dosa. Ini berlaku apabila kita berwuduk bersama aliran air itulah maka berguguran dosa kita.
2) Berwuduk akan mengangkat darjat dan;
3) Orang berwuduk akan datang diakhirat dalam keadaan bahagia dan bersinar-sinar wajahnya.
PID13271
DP2
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan