Selasa, 29 September 2015

KESILAPAN ATAU KEBENARAN



KESILAPAN ATAU KEBENARAN

Kita selalu mencari sebab, kenapa Allah ciptakan pertemuan jika akhirnya nanti tetap ada perpisahan. Tetapi kita selalu juga lupa bahawa perpisahan ini tidak lama. Kita masih ada hidup yang kedua. ‘Semoga berteman lagi di syurga.’

Oleh itu, jangan pernah salahkan sesiapa dalam hidup kita .

KERANA Orang yang baik memberi kebahagiaan.
                 Orang yang jahat memberi pengalaman.  
                 Orang yang buruk memberi pengajaran.
                  Orang yang terbaik memberi memori…..

Allah s.w.t. datangkan seseorang dalam hidup kita ada hikmahnya, dan jika Allah menarik seorang itu dari kita , ia tidak bermakna Allah tidak kasih kepada kita tetapi kerana Allah telah menyediakan lebih ramai lagi untuk berada disisi kita.
Most of the time , Allah telah datangkan kepada kita peristiwa untuk kita “pause” hidup kita dan muhasabah sejenak , maybe kita sudah jauh dari suruhanNya.
Biar ditampar kesilapan dari ditimpa kebenaran.
Kesilapan paling besar seseorang manusia itu adalah sibuk mencari kesilapan orang lain dalam kehidupannya.
Kesilapan adalah sesuatu perkara yang kita tidak mahu ia berulang kembali dalam hidup ini.
Kebenaran pula merupakan sesuatu yang betul dan tepat mengenai sesuatu perkara yang kita ingin tahu serta berlaku dalam hidup ini.
First of all, dalam setiap semua kesilapan yang kita telah lakukan.. terselit suatu kebenaran yang sebenar-benarnya. Sama ada ia menyakitkan atau menyenangkan pada sesuatu kebenaran itu. From our perception, kesalahan dan kesilapan merupakan sesuatu yang sukar untuk kita lupakan, ia seperti menjadi sebahagian dari pengalaman dan pengajaran dalam kehidupan kita.
From Islamic view, sewaktu berlaku kesilapan tersebut, Allah membersihkan hati kita supaya kita membuat sesuatu itu adalah untuk mendapatkan redhaNya semata-mata bukan untuk mendapat balasan dari manusia. Kebenaran juga muncul bagi memberi kesedaran dan teguran khusus untuk kita supaya lebih positif dalam menghadapi segala yang berlaku dalam hidup kita ini.
Lastly, kesilapan dan kebenaran itu adalah selari dengan perjalanan hidup kita, kerana ia membantu dalam proses memperbaiki diri seseorang manusia itu. Dimana ada kesilapan , disitu akan terpancar kebenaran disebalik perkara yang menjadi kesalahan tersebut.
Kita mengeluh, “ aku telah berlaku jahat, aku banyak melakukan kesilapan terhadap diri dan orang sekeliling serta aku tidak pernah mengambil endah terhadap kemaslahatan masyarakat Islam.”

INGATLAH  Allah berfirman: “ siapa yang mengerjakan kebaikan sebesar biji zarah sekalipun, nescaya ia akan melihat balasannya.” ( surah al-zalzalah: 7)

Kembalilah bertaubat dan berpegang janji yang kukuh dengan Allah s.w.t…
Kita hanya manusia yang lemah, tidak berdaya, kerdil , tidak mempunyai apa-apa dan merupakan makhluk yang diciptakan oleh Allah s.w.t. untuk menjadi khalifah di muka bumi ini serta untuk beribadah kepadaNya.
Fikirkan semula, renungi diri, melihat semula kesilapan yang telah dilakukan, analisis kebenaran yang jelas sudah, dan merujuk kembali kepada Allah s.w.t. Yang Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui segala sesuatu.
“mereka yang telah berjaya adalah mereka yang belajar dengan pantas dan bangkit dari kesilapan pada diri dan orang lain. Lebih berkeyakinan menghadapi kebenaran yang telah ditakdirkan oleh Allah s.w.t kepadanya.”
PID 13224 KUMPULAN 1

Tiada ulasan:

Catat Ulasan