10 isu PERKARA YANG MEROSAKKAN OTAK...
1) TIDAK MENGAMBIL SARAPAN PAGI
Otak merupakan organ yang paling banyak menggunakan tenaga, iaitu sebanyak 25% daripada keperluan tenaga badan. Tidak mengambil sarapan pagi menyebabka paras gula dalam darah menjadi rendah dan mengurangkan tenaga nutrisi pada otak. Banyak sel otak akan mati dan keseluruhan otak akan kurang aktif pada hari tersebut.
2) TERLEBIH MAKAN
Tidak bermakna makan berlebihan menyebabkan otak menjadi semakin baik. Makan berlebihan menyebabkan banyak darah dialirkan kepada perut dan usus untuk tujuan pencernaan, menyebabkan kekurangan darah yang sampai kepada otak. Ini mengakibatkan mengantuk, malas, dan hilang daya fokus.
3) MEROKOK
Asap rokok sangat merbahaya kerana mengandungi pelbagai racun dan boleh membunuh banyak sel-sel otak.
4) MENGAMBIL GULA BERLEBIHAN
Gula yang berlebihan dalam badan boleh menganggu penyerapan protein dan nutrisi. Ia juga boleh mengganggu perkembangan otak yang sihat.
5) MENGHIDU UDARA YANG TERCEMAR
Otak merupakan punggung oksigen terbesar dalam badan manusia. Menghidu udara tercemar menyebabkan kerosakan sel-sel otak. Berkawan dengan perokok juga mendedahkan kita kepada asap rokok yang sangat berbahaya kepada otak.
6) TIDUR YANG BERLEBIHAN
Tidur adalah baik untuk kesihatan otak kita. Namun tidur yang berlebihan menyebabkan otak kurang aktif dan melemahkan daya berfikir seseorang.
7) TIDUR DENGAN MENUTUP MUKA
Tidur sambil meniarap dan menekup mukake bantal atau menutup dengan buku atau lengan boleh menyebabkan banyak gas karbon dioksida terperap dan disedur semula semasa bernafas. Ini boleh menyebabkan otak kekurangan oksigen.
8) KURANG BERIMAGINASI
Berfikir merupakan satu cara yang terbaik untuk mengasah otak kita. Kurang berimaginasi menyebabkan tahap kecerdasan otak menurun.
9) JARANG BERFIKIR
Jarang berfikir menyebabkan otak kita menjadi lembap dan tidak aktif. Maka, selalu berfiikir akan melatih otak kita bekerja dan meningkatkan keupayaan otak kita.
10) TIDAK MEMBACA AL-QURAN
Al-Quran merupakan kalimah-kalimah Allah S.W.T.. Membacanya akan memberi banyak manfaat kepada badan kita termasuklah mengaktifkan otak kita dan mengelakkannya daripada rosak. Tidak membaca al-Quran menyebabkan otak kita menjadi dungu dan dangkal.
( PID 13223)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan