Rabu, 30 September 2015

cinta yang sebenarnya


CINTA YANG SEBENARNYA

Cinta yang sebenarnya akan sentiasa segar sepanjang zaman. kerana cinta adalah apa yang meneruskan kehidupan dunia ini. namun pada komuniti hari ini, cinta seakan didapalit dengan satu penjenamaan yang buruk. cinta dilihat merosakkan, melalaikan, membuat kita suka membazir, dan akan menghumban kita ke lembah penzinaan. saya percaya cinta adalah suci, bersih, meniup semangat positif memberikan kebahagian, dan membuatkan seseorang menjadi lebih kuat. cinta adalah ejen kebaikan dan cinta hakikatnya perlu dimanifestasikan dalam segenap kehidupaan.

dalam buku aku bernikah, saya ada menyatakan cinta itu sebenarnya adalah hendak bersama ke syurga dan apa yang membawa ke neraka itu tidak akan sesekali namanya cinta. cinta yang sebenarnya adalah universal. bukan terbatas antara lelaki dan perempuaan untuk perkahwinan semata semata. tetapi juga, cinta ibu bapa kepada anak, anak kepada ibu bapanya, individu kepada komunitinya, kita kepada islam dan semestinya cinta kepada Allah

Apabila ini yang difahamkan, maka nyatakan saya cintakan awak kerana Allah kepada sahabat sejenis kita, tidaklah dilihat sebagai gay ataupun lesbian. sebab cinta bukanlah bermaksud seks bukanlah bermaksud couple dan sebagainya.cinta bermaksud hendak bersama ke syurga


pid13236.
 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan