TAHUKAH
ANDA TENTANG KEHEBATAN 9 SRIKANDI ISLAM YANG BOLEH DIJADIKAN IKUTAN BUAT SEMUA
MUSLIMAH?
Jomm....sama-sama mengenali insan terpilih
tersebut ^-^
1) Siti Khadijah
Beliau merupakan
isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak-anak Rasulullah, setia dan menyokong
Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh orang-orang kafir dan musyrik,
menghantarkan makanan kepada Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira’.
2) Siti Fatimah
Anak Rasulullah yg
tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu
wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kadang-kadang
berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah berkata aku takkan maafkan kamu
wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.
3) Siti Aishah
Beliau isteri
Rasulullah yang paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman
dengan Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum
menggunakan bekas yang sama.
4) Siti Hajar
Isteri Nabi Ibrahim yang patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup
ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang
mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorang ibu mithali).
5) Siti Mariam
Wanita suci yg memang pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg
tinggi sehingga rahimnya dipilih oleh Allah s.w.t untuk mengandungkan Nabi Isa.
6) Siti Asiah
Isteri Firaun yang tinggi
imannya dan tidak gentar dengan ujian yg dihadapinya daripada Firaun
Laknatullah.
7) Siti Aminah
Wanita mulia yang menjadi
ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.
8) Siti Muti’ah
Isteri yang patut dicontohi
dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kepada suami, menjaga
makan minum, menyediakan tongkat untuk dipukul oleh suaminya sekiranya
layanannya tidak memuaskan hati, berhias dengan cantik untuk tatapan suaminya
sahaja.
9 ) Siti Zubaidah
Wanita kaya dermawan yang
menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya
untuk membina terusan untuk kegunaan orang ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.
~ CinTa SyurgA ~
PID13275
Tiada ulasan:
Catat Ulasan