Isnin, 7 September 2015

Para Sahabat R.hum Generasi Mulia

                        
Para sahabat sudah diangkat martabat mereka kepada satu tahap yang sangat tinggi. Mereka benar-benar mengikuti apa jalan yang Nabi SAW ajarkan pada mereka berdasarkan al-Quran dan al-Hadis. Martabat mereka bukan sahaja ditinggikan kerana akhlak, perjuangan, serta ilmu mereka sahaja, bahkan al-Quran dan al-Hadis telah mengiktiraf para sahabat ini, maka kita tidak perlu risau dalam masalah khilaf di antara sahabat kerana walaupun mereka berbeza, mereka akan tetap mengikut jalan al-Quran dan as-Sunnah dalam berijtihad. Allah Swt berfirman yang bermaksud:

Nabi Muhammad SAW ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaanNya. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang soleh) terdapat muka mereka – dari kesan sujud (dan ibadat mereka yang ikhlas). Demikianlah sifat mereka yang tersebut di dalam Kitab Taurat; dan sifat mereka di dalam Kitab Injil pula ialah: (bahawa mereka diibaratkan) sebagai pokok tanaman yang mengeluarkan anak dan tunasnya, lalu anak dan tunasnya itu menyuburkannya, sehingga ia menjadi kuat, lalu ia tegap berdiri di atas (pangkal) batangnya dengan keadaan yang mengkagumkan orang-orang yang menanamnya. (Allah menjadikan sahabat-sahabat Nabi Muhammad, s.a.w dan pengikut-pengikutnya kembang biak serta kuat gagah sedemikian itu) kerana Ia hendak menjadikan orang-orang kafir merana dengan perasaan marah dan hasad dengki – dengan kembang biaknya umat Islam itu. (Dan selain itu) Allah telah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari mereka, keampunan dan pahala yang besar.” (Surah Al-Fath: 29)

orang-orang yang bersama dengannya” yang disebut dalam ayat di atas, telah ditafsirkan oleh ahli mufasirin (ulama tafsir) sebagai membawa maksud "para sahabat Baginda saw", (An-Nasafi,Tafsir An-Nasafi, jil.4,hlm.163)


Jasa dan pengurbanan mereka terhadap agama Islam adalah tersangat besar.Mereka telah membawa cahaya-cahaya Islam menerangi alam,Mereka telah menunjukan contoh yang terbaik buat kita dalam kehidupan beragama.Perjuangan mereka dalam agama memang tiada tolok bandingannya.Walaupun,memang di akui ada diantara mereka,ada yang berselisih pendapat,tetapi perselisihan itu dianggap sebagai keluasan yang ada di dalam Islam.Rahmat bagi sekalian alam,tetapi hal itu tidak menjadikan kita semua untuk tidak memulia dan mengikuti mereka.Ya Allah jadikan kami seperti mereka.

--makhluk hina--
--PID13260--

Tiada ulasan:

Catat Ulasan