Rabu, 30 September 2015

Medan Dakwah?? jangan Sampai Tercicir?

T E R C I C I R  D A R I  M E D A N  D A K W A H
_____________________________________

 Apa yang dimaksudkan tercicir dari medan dakwah?

dari sejarah islam telah disebut ketika mana seorang sahabat baginda s.a.w iaitu Kaab Bin Malik R.A telah tercicir dari medan peperangan. Beliau bukan malas untuk pergi berperang tetapi beliau lalai untuk menyegerakan diri untuk menyertai peprangan. Lalu di pendekkan cerita, Kaab Bin Malik dipulau oleh sahabat selama 40 hari sehingga mendapat pengampunan dari Allah swt. 

Begitulah tamparan yang dikenakan oleh Kaab Bin Malik dek kerana tidak turun di dalam kerja agama. Ibrah yang kita dapat ambil dari kisah Kaab Bin Malik ini ialah bagaimana kita selaku umat islam perlu menyegerakan diri kita dalam menyebarkan kalimah Allah, Kita lihat bagaimana Azab jika jika meninggalkan perjuangan dakwah yang dibawa oleh Rasulullah SAW.

Kita Lihat Orang Dahulu Bermati-matian untuk sampai islam kepada mereka , tapi kita?
jadi buatlah yang terbaik selama mana hidup di atas bumi Allah, Jadilah Musafir yang benar-benar berkelana mengharap Redha Allah SWT.
_______________________________
-iBnu Yusof
-Ini Dakwahku, Ini jalan ku

PID 13289

SAHABAT IBARAT PEWANGI

Assalamualaikum semua sahabat ku..

Sahabat yang beriman itu ibarat mentari yang menyinar,
Sahabat yang setia ibarat pewangi yang mengharumkan.
Jangan sesekali burukkan sahabat kita dekat orang lain,
NANTI diakhirat, merangkak bawah panas terik
dan mencari semula sahabat yang kita burukkan..
Berat azab Allah..
Sama-sama kita renungkan..

~Hamba Allah~
PID 13242

KELEBIHAN BERWUDHU'


Wuduk hendaklah disempurnakan ketika hendak mendirikan solat. Allah berfirman di dalam al-Qur’an yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat, basuhlah muka kamu dan kedua tangan kamu sampai ke siku. Sapulah kepala kamu dan basuhlah kedua belah kaki kamu sehingga ke buku lali...(Surah al-Maidah:6). Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud : “ Allah tidak menerima solat salah seorang antara kamu sekiranya ia berhadas hingga berwuduk terlebih dahulu.”. Di sini jelas, bahawa amalan berwuduk adalah perintah Allah yang terdapat di dalam al-Qur’an dan juga Sunnah baginda Rasulullah s.a.w. Sudah tentu amalan ini mempunyai kelebihan tertentu dan hikmah tersembunyi. Amalan berwuduk akan memberikan manfaat kepada kita di dunia dan juga akhirat.


 Di dalam Kitab- Fiqhus Sunnah dinyatakan amalan berwuduk membawa beberapa kelebihan antaranya ialah;
 1)  Meggugurkan dosa. Ini berlaku apabila kita berwuduk bersama aliran air itulah maka berguguran dosa kita.
 2)  Berwuduk akan mengangkat darjat dan;
 3)  Orang berwuduk akan datang diakhirat dalam keadaan bahagia dan bersinar-sinar wajahnya. 
PID13271
DP2

kejayaan hanya ada dalam agama

 

kejayaan manusia hanya ada dalam agama , selagi kita taat perintah Allah maka
kita akan berjaya didunia dan di akhirat , tapi jika kita tidak taat pada perintah Allah walaupun kita memiliki maka itu bukan dipangil berjaya kerana Allah telah letakkan kejayaan hanya adalam AGAMA.
jika kitta ingin berjaya maka ikut lah perintah ALLAH . buat kebaikan cegah kemungkaran

PID13281
M.JOHARI
#BUNGALARANGAN

BIGS NEWZ

BIG NEWZ..
🌴🌴🌴🌴🌴🌴
فَالَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَهُمْ مَغْفِرَةٌ وَرِزْقٌ كَرِيمٌ
Maka orang-orang yang BERIMAN dan BERAMAL SALEH, bagi mereka AMPUNAN dan REZEKI yang MULIA.
(QS. Al-Hajj : 50)
🌴🌴🌴🌴🌴
Ya Allah jadikanlah kami menjadi sebaik-baiknya Hamba-Mu yang Beriman dan senantiasa Beramal saleh, karuniakanlah kami Ampunan dan rezeki yang mulia dengan Ridho-Mu.. Aamiin

Pencinta 165
PID13160
DARI KU KEPADA DAI'E

Di dalam dakwah kita sebagai dai'e perlu mengingati suatu perkara yaitu tidak semua orang  ( yakni mad'u) yang kita dakwah akan menerima apa yang kita nasihatkan ( yang kita dakwah kan ). Kita sememangnya tidak boleh mengubah seseorang. Akan tetapi kita bole memberi nasihat, samaada dia nak terima atau tidak itu hak dia, yang beri hidayah itu Allah, sesungguhnya hidayah itu milik Allah.
Ketahuilah bahwa sungguh pun hidayah itu mlik Allah, ia bukan sebab mengapa dan kenapa kita tidak mahu mendengar nasihat, jika anda tidak gemar mendengar nasihat, berhati hatilah, sedarlah dan ketahuilah bahwa hati mu itu sudahpun menjadi keras dan gelap, boleh jadi hati itu mati, jika hati itu mati maka berwaspadalah dan ketahuilah serta pohonlah pada ilahi moga moga diberi hati yang baru..

Bak kata Guru ku Maulana Johari Al-Jenderaki :

'' Dakwah itu bukan selebar atau sepanjang mana syarah yang diberi, Bole jadi dengan hanya sepatah ayat atau sepotong ayat mampu menjentik hati hati yang mati dan yang sering lalai dari ilahi.''

Waallu'alam.

- K.A- suhuf_Qulub-
-PID 13269-

PETUA IMAM SYAFIE




Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas
Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam
Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih
Empat perkara merosakan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat
Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama




Pid 13018

AURAT LELAKI KETIKA BERSAMA LELAKI

Aurat lelaki yang wajib ditutupnya daripada pandangan seorang lelaki lain ialah bahagian tubuh badan antara pusat dan lututnya. Ini bererti bahawa seorang lelaki tidak diharuskan melihat aurat lelaki lain pada bahagian yang terletak antara pusat dan lututnya.

Hukum ini dipersetujui oleh jumhur ulamak berdasarkan kepada beberapa buah Hadis Sahih, antaranya sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Ayyub r.a bermaksud:
Bahagian anggota yang terletak di atas dua lutut adalah termasuk aurat dan bahagian anggota yang terletak di bawah pusat adalah aurat juga.

Amru bin Shuib pula meriwayatkan daripada bapanya daripada datuknya bahawa baginda Rasulullah s.a.w bersamda maksudnya:
Apabila salah seorang di antara kamu mengahwinkan hamba wanitanya dengan hamba lelakinya ataupun orang upahannya maka dia (iaitu hamba wanitanya) dilarang sama sekali melihat auratnya kerana apa sahaja (bahagian anggota) yang terletak di bawah pusatnya hingga kepada dua lututnya adalah auratnya.

Selanjutnya Rasulullah s.a.w juga melarang melihat aurat itu sebagaimana sabda baginda bermaksud:
Seorang lelaki dilarang melihat aurat lelaki lain dan juga seorang wanita dilarang melihat aurat seorang wanita lain.

Hanya Imam Malik yang bercanggah pendapat dengan mengatakan bahawa paha bukanlah aurat. Bagaimanapun,
terdapat beberapa dalil yang mengukuhkan pendapat
jumhur ulamak di antaranya:

Sebuah Hadis riwayat Jurhud al-Aslami, beliau berkata bahawa suatu ketika Rasulullah s.a.w telah duduk bersama-sama kami, pada saat itu paha saya terdedah, lalu baginda bertanya saya: Apakah tidak kamu tahu bahawa paha itu aurat?

Diriwayatkan juga bahawa baginda s.a.w telah bersabda kepada Ali r.a :
Janganlah kamu dedahkan paha kamu dan jangan pula kamu melihat paha orang lain sama ada yang masih hidup ataupun yang sudah mati.

Malah Rasulullah s.a.w juga melarang kita mendedahkan aurat biarpun ketika bersendirian sebagaimana sabda baginda bermaksud :
Jauhilah daripada perbuatan berbogel, sesungguhnya ada bersama-sama kamu orang yang tidak berpisah denganmu, kecuali ketika membuang air (besar dan kecil) dan ketika seseorang lelaki itu bersetubuh dengan isterinya.
 


~IZZAT CREW~

PID13149

Apakah itu Tidur Hailulah , Qoilulah dan A'ilulah?



1- Hailulah ialah tidur selepas solat Subuh (org yg  tak bangun solat Subuh juga termasuk) Hailulah menyebabkan rezeki kita terhijab dan menjadi tidak murah rezeki.
2- Qoilulah ialah tidur sekejap sebelum solat Zohor sekadar 26 minit, ianya amat bermanfaat (sumber kekuatan solat mlm).
3- A'ilulah ialah tidur selepas solat Asar, ianya mengundang penyakit pd badan dan jiwa serta perasaan gundah gulana, kecewa dan gelisah.
Hantarkan kpd rakan taulan supaya sentiasa memperbaharui ingatan kita..


PID13282

Kepentingan solat khusyuk

bagi seseorang mukmin itu tidak dapat dinafikan lagi. Firman Allah SWT:
Telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yangkhusyuk dalam sembahyangnya” (Al-Mukminuun: 1-2)
Peliharalah segala sembahyangmu dan peliharalah sembahyang utama (Asar, Subuh) dan berdirilah untuk Allah (melalui solatmu) dengankhusyuk” (Al-Baqarah: 238)
Maka kecelakaanlah bagi orang-orang solat, (iaitu) orang-orang yanglalai dari solatnya.” (Al-Ma'un: 4-5)
Jadikanlah Sabar dan Solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. (Yakni) orang-orang yang meyakini, bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya” (Al-Baqarah: 45-46)
HAKIKAT SOLAT
Kesedaran dan pemahaman akan hakikat solat yang sebenarnya dan kepentingannya adalah merupakan faktor utama jika kita hendak mendapat solat yang khusyuk. Apakah itu solat? Apakah pengertian solat buat anda?Adakah pemahaman anda terhenti pada solat itu sekadar satu ibadah yang wajib ditunaikan? Di sini saya tidak berhasrat untuk mengolah mengenai pengertian solat dari sudut fiqh yang telah pun kita pelajari sejak kecil tetapi lebih kepada menghuraikan apa yang kita faham mengenai hakikat solat dari sudut ruhaninya.

MENGAPA SUKAR MERASAKAN KHUSYUK?
Bagi yang merasa sukar untuk solat dengan khusyuk, dan merasa bahawa Allah berada di satu tempat yang saaaaaangat jauh dan sukar untuk dihubungi, ketahuilah bahawasanya yang jauh itu bukan Allah tetapi hati kita yang sudah dihinggap penyakit cintakan dunia.
Untuk dapat merasakan Allah itu dekat, syaratnya ialah mestilah orang itu beriman dengan sebenar-benarnya, yakni percaya dengan sepenuh keyakinan terhadap kewujudan dan keagungan Allah SWT. Jikaimannya telah lemah kerana sudah dibahagikan sebahagian besar hatinya kepada cinta dunia, mustahil ia akan dapat merasakan kedekatan Allah.
Antara sebab mengapa sukar untuk meraih khusyuk di dalam solat adalah kerana banyaknya maksiat yang telah dilakukan yang melanggari perintah Allah. Apabila banyak maksiat yang dilakukan dan hati mulai menjadi hitam, maka sukar untuk kita menerima bisikan nurani dari Allah SWT. Sebaliknya bisikan syaitan yang melalaikan kita pula yang kita dengari. Hati yang keras membatu akibat terlalu mencintai dunia dan diselubungikejumudan nafsu adalah mustahil untuk disirami dan dibasahi dengan siraman Nur hidayah-Nya.
Hanya ada satu sahaja jalan yang tinggal, iaitujalan pulang menuju kepadaNya denganbertaubat. Jika anda melakukan dosa besar seperti meninggalkan solat fardhu atau berzina, maka hendaklah segera bertaubat dan meninggalkan terus perbuatan itu kerana kita tidak tahu bilakah waktu akan berakhir buat kita. Jika ada melakukan kezaliman dan penganiayaan terhadap seseorang, maka segeralah mencari kemaafan dan eratkan silaturrahim. Ini kerana, semua dosa dan kesalahan ini akan menjadi hijab yang menutup dan menghalang perhubungan spiritual kita dengan Allah. Maka, segeralah kembali kepada Allah jika anda sudah tersasar dan janganlah berputus asa dari rahmat-Nya.
Allah SWT berfirman:
“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), “Aku itu dekat”. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo’a apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.”
(Al-Baqarah: 186)

PID13099
KEBAIKAN MEMBACA AL QURAN

Al-Quran yang padat dengan wahyu Ilahi seumpama sinaran cahaya menerangi kehidupan manusia sejagat ke arah kesejahteraan hidup di dunia dan juga kebahagiaan di akhirat.

Ibnu Taimiyyah pernah menegaskan, sesiapa yang tidak membaca al-Quran bermakna dia telah meninggalkannya (menjauhkannya); begitu juga sesiapa yang membaca al-Quran tetapi tidak pula memahami maknanya, dia juga telah meninggalkan al-Quran; dan sesiapa yang membaca al-Quran dan telah memahami maknanya, tetapi tidak mengamalkannya pula, dia tetap juga telah meninggalkan al-Quran. 


Sehubungan itu, kehadiran Ramadan al Mubarak sewajarnya dijadikan momentum terbaik dan peluang keemasan Muslim untuk bermuhasabah mengenai kepentingan kitab suci al-Quran dalam kehidupan Muslim serta pelbagai hikmah diperoleh. 


Pertama, mendapat ganjaran pahala yang banyak, yang mana satu huruf diberi balasan sepuluh kebajikan seperti diriwayatkan Iman al-Tirmizi dalam hadis Rasulullah s.a.w.

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sebaik-baik kamu ialah orang yang mempelajari al-Quran (membaca dan memahami maknanya) dan mengajarkannya."
(Hadis riwayat Bukhari)

Perlu ditegaskan, membaca al-Quran bukan saja sangat digalakkan pada Ramadan, bahkan juga dianjurkan dalam bulan lain sepanjang tahun seumur hidup dalam kehidupan Muslim.

Walaupun begitu, Muslim digalakkan meningkatkan kuantiti dan kualiti pembacaan al-Quran pada Ramadan kerana Allah s.n.t. menyediakan ganjaran berlipat ganda kepada orang yang melakukan amalan soleh dalam bulan mulia ini. 

Di samping itu, adab dan peraturan membaca al-Quran perlu dipelihara di samping setiap Muslim dituntut memperelokkan bacaannya supaya termasuk dalam koleksi amalan soleh. Rasulullah s.a.w. sering bertadarus al-Quran bersama Jibril a.s. sepanjang malam di bulan Ramadan. 


Kedua, Allah s.n.t.  akan mengangkat darjat orang yang selalu membaca al-Quran, mempelajari isi kandungannya dan mengamalkannya dalam kehidupan sehari-hari mereka.

Sabda Rasulullah s.a.w.:" Sesungguhnya Allah s.n.t. mengangkat darjat sesuatu kaum dengan Kitab al-Quran dan Allah merendahkan kaum yang lainnya (yang tidak mahu membaca, mempelajari dan mengamalkan al-Quran)." 
(Riwayat Bukhari)

Orang yang membaca al-Quran selalu dekat dengan Allah s.n.t., bahkan membaca al-Quran adalah bermunajat secara langsung kepada Allah s.n.t.


Ketiga, mendapat ketenangan jiwa atau hati yang sangat luar biasa, di mana setiap ayat al-Quran yang dibaca akan menghasilkan ketenteraman.

Firman Allah s.n.t.:" Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari al-Quran ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) al-Quran tidak menambahkan orang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian juga." 
(Surah Al-Isra, ayat 82)


Keempat, mendapat syafa'at dan perlindungan Ilahi pada hari Kiamat. Hal ini dijelaskan dalam hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan Imam Muslim: "Bacalah al-Quran oleh kamu sekalian, kerana bacaan al-Quran yang dibaca ketika hidup di dunia ini, akan menjadi syafa'at dan penolong bagi para pembacanya di hari Kiamat nanti." 

Justeru, perbanyakkan membaca al-Quran kerana bacaan al-Quran akan menjadi syafa'at dan penolong pada hari Kiamat nanti, sedangkan manusia pada masa itu ramai yang sengsara dan menderita dengan kepayahan di hari perhimpunan agung di hadapan Allah s.n.t.


Kelima, orang yang rajin membaca al-Quran akan bebas daripada aduan Rasulullah s.a.w. pada hari Kiamat nanti, di mana ada beberapa manusia diadukan Rasulullah s.a.w. pada hari Kiamat di hadapan Allah s.n.t.

Munafa'atkan sisa-sisa kehidupan berbaki yang Allah s.n.t. berikan untuk menghayati dan mengamalkan ajaran al-Quran. Janganlah disia-siakan kesempatan yang tiada ternilai ini, kerana al-Quran akan menjadi teman setia Muslim ketika sakaratul maut dan kelak di dalam kubur.

Demikian lima keutamaan membaca al-Quran yang sewajarnya direbut setiap Muslim yang bertakwa, lebih-lebih lagi ketika berada di bawah naungan Ramadan al Mubarak yang penuh dengan keberkatan. Bersegeralah melakukan amalan kebaikan sepanjang Ramadan untuk meraih kedudukan terbaik di sisi Allah s.n.t.

Sesiapa berpegang teguh dengan segala ajaran terkandung di dalamnya, maka dia akan berbahagia, sebaliknya sesiapa yang menolak atau meninggalkan ajaran al-Quran, maka dia termasuk dalam kalangan manusia tersesat.


PID13231
Image result for kata hikmah kejayaan

SEMOGA KEJAYAAN KITA DIBERKATI OLEH ALLAH SWT DI DUNIA DAN AKHIRAT...USAHA YANG BERTERUSAN MENGHASILKAN KEJAYAAN YANG CEMERLANG IBARAT POKOK YANG SENANTIASA DI LETAKKAN BAJA PASTI AKAN MENGELUARKAN HASIL YANG BERLIPAT KALI GANDA...ILMU TANPA AMAL IBARAT MELAKUKAN SESUATU PERKARA DENGAN SIA-SIA...

                                                                                                     -SHEIKH FIKIRANKU
                                                                                -PID13180




Jangan Kita Mudah Tertipu Dengan Keselesaan Di Atas Dunia

6:00 am kita bangun solat subuh, kemudian kita bersiap-siap untuk ke tempat kerja, sampai offis jam 7:00 am, hari masih gelap...

Mungkin kita anggap hari nak hujan, jadi kita abaikan sahaja. Masuk offis, buat kerja apa yang patut, dan kita tengok jam 9:00 am, sudah tima masa untuk kita pergi sarapan pagi. Keluar pintu offis, suasana masih gelap, hitam pekat macam malam, mungkin masih boleh dianggap hari hendak hujan. Jadi abaikan...

Tapi kalau jam 12:00 pm pun masih lagi dalam keadaan gelap.. apakah petanda itu..?? keesokkan pun sama, buka tv semua orang dalam keadaan kelam kabut menceritakan bahawa dunia ini sudah tiada lagi siangnya.. dan bergitu juga dengan lusa.. masih tiada lagi matahari..

Tetapi pada hari yang ke-empat kita bangun pagi, kita dapat lihat matahari, tetapi jangan terkejut kerana matahri telah terbit dari sebelah barat.. kehebatan ahlu dunia akan mengatakan itu fenomena alam, tapi sedarkah kita bahawa itu adalah petanda besar yang paling awal sebelum tibanya hari KIAMAT...!!!

Maka tertutuplah pintu taubat bagi ssmua anak cucu adam.. yang bertaubat tapi Allah masih belum terima taubatnya juga akan ditutup pintu taubat.. 

Saat itu, kita akan lihat satu fenomena luar biasa di mana golongan kaya akan keluarkan semua harta untuk diinfakkan, golongan yang tidak pernah baca  al-quran, 24jam akan membaca quran, golongan yang yang tidak pernah solat berjemaah akan berlari-lari menunaikan solat secara berjemaah....

tetapi sayangnya segalanya sudah tidak berguna lagi... And 
START FROM NOW ON..
LET'S TURN TO ALLAH..
HE'S NEVER FAR AWAY..
KEEP UR TRUST IN HIM..
RAISE UR HAND N PRAY ^_^  .. Insha allah

PID 13110
MUHAMMAD AMIR FIQRI BIN MOHAMMED IZA

te 

KEKUATAN MAAF

Image result for kata hikmah maaf

SEMOGE KITE MENJADI SEORANG YANG PEMAAF.

#PID13171