Rabu, 30 September 2015

  • Menangisi perpisahan akibat gagal bercinta adalah satu pembaziran mutiara jernih kita dan juga menguji sejauh mana kebodohan kita tetapi dengan menangisi dan menyesali akan dosa kita lantas meminta pengampunan dariNya akan lebih menjamin dunia dan akhirat''
#PID13096
''kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak ''

#nOTAHATi
#PID13206

cinta yang sebenarnya


CINTA YANG SEBENARNYA

Cinta yang sebenarnya akan sentiasa segar sepanjang zaman. kerana cinta adalah apa yang meneruskan kehidupan dunia ini. namun pada komuniti hari ini, cinta seakan didapalit dengan satu penjenamaan yang buruk. cinta dilihat merosakkan, melalaikan, membuat kita suka membazir, dan akan menghumban kita ke lembah penzinaan. saya percaya cinta adalah suci, bersih, meniup semangat positif memberikan kebahagian, dan membuatkan seseorang menjadi lebih kuat. cinta adalah ejen kebaikan dan cinta hakikatnya perlu dimanifestasikan dalam segenap kehidupaan.

dalam buku aku bernikah, saya ada menyatakan cinta itu sebenarnya adalah hendak bersama ke syurga dan apa yang membawa ke neraka itu tidak akan sesekali namanya cinta. cinta yang sebenarnya adalah universal. bukan terbatas antara lelaki dan perempuaan untuk perkahwinan semata semata. tetapi juga, cinta ibu bapa kepada anak, anak kepada ibu bapanya, individu kepada komunitinya, kita kepada islam dan semestinya cinta kepada Allah

Apabila ini yang difahamkan, maka nyatakan saya cintakan awak kerana Allah kepada sahabat sejenis kita, tidaklah dilihat sebagai gay ataupun lesbian. sebab cinta bukanlah bermaksud seks bukanlah bermaksud couple dan sebagainya.cinta bermaksud hendak bersama ke syurga


pid13236.
 




ZIKRULLAH



" Dengan mengingati ALLAH itu, maka hati-hati akan menjadi tenang” Surah Ar-Ra’d ayat 28. Rasulullah saw bersabda : “Janganlah kamu banyak berbicara selain mengingati Allah SWT. Sesungguhnya banyak berbicara dengan sesuatu yang bukan mengingati Allah akan mengeraskan hati. Dan sesungguhnya orang yang paling jauh dari Allah adalah orang yang hatinya keras.” (HR Tirmidzi) Berkata seorang hukama’ : “Sesungguhnya Allah SWT mempunyai sebuah kebun di atas dunia ini, barangsiapa yang masuk ke dalamnya maka bahagialah hidupnya. Kemudian ditanya padanya: “Apakah kebun itu?, lantas dijawab bahawa kebun itu adalah majlis-majlis ilmu ( mengingati Allah )." Wahai Allah... Aku ingin kenal diriMu... Bila ayat-ayatMu dibaca dan ditiupkan pada hati ini, lembik segala urat sendi, rebah melutut anggota diri, kecut menggigil lubuk hati, hangatan air mata mencucuri pipi... Persembahkanlah makrifatMu pada kuliMu ini ya Allah... ya Arhama ar-Rahimin.

-mailahhubby-
pid13076
 

           Bacaan -bacaan Surah Selepas Al- Fatihah semasa solat




 Assalamualaikum kepada semua pembaca dalam blog pena daie kontemporari. Sekejap sahaja masa berlalu, sampai sudah penghujung bulan september sekarang. Masih lagi perlu kita pertingkatkan ilmu dalam hidup ini sebagai hamba Allah . Hari saya akan berkongsi mengenai ilmu mengenai bacaan surah selepas Al- Fatihah.

   Salah satu contoh , kita melakukan solat sunat Witir ,bacaan selepas surah Al -Fatihah  iaitu pada rakaat pertama bagi bacaan surah al-A'la . Pada rakaat kedua , bacaan surah Al- Kafirun dan rakaat ketiga, bacaan surah al-ikhlas , surah al-Falaq dan surah al- Nas. 
Selain itu, sekarang musim panas sedang melanda di negara kita serta pencemaran jerebu . Kita bolehlah membuat solat Istisqa' iaitu solat untuk meminta hujan . Kaifiat sama seperti solat sunat lain tetapi niat sahaja berbeza. Kita sentuh cara bacaan pula , selepas bacaan Al- Fatihah , pada rakaat pertama kita akan membaca surah Qaf atau Surah al- A'la . Pada rakaat kedua bacaan surah al -Qamar atau al- Ghasyiyah. Bacaan surah-surah tersebut daripada pendapat ulama terkenal iaitu Syeikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al- Banjari. 

Akhir kata,sampai disini sahaja yang dapat saya kongsi mengenai sedikit ilmu ini . Diharap di masa akan datang kita bertemu lagi dalam blog Pena Daie Kontemporari. Wasalam..






Hambamu Allah ( PID 13162) Kumpulan 2
                                                                                               
Sahabatku, sesulit apapun hidup anda, sepedih apapun penderitaan anda, jangan pernah meninggalkan Allah, jangan pernah meninggalkan solat, datanglah pada Allah, yakinlah padaNya. Hanya Allah yang bisa menyelamatkan hidup kita, merubah derita menjadi kebahagiaan -Ust. Muhamad Agus Syafii-

PID 13208 🌝

Hikmat Ayat Al-Kursi (Kekuasaan Allah)

Ayat Kursi adalah seutama-utama ayat dalam Al-Quran. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam menyuruh kita mengamalkan membaca surah Kursi. Fadhilat dan kehebatan ayat ini telah diterangkan dalam 99 hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim dan lain-lain. Antaranya adalah:


  1. Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana Dia memelihara Nabi Muhammad SAW.
  2. Sesiapa berwudhuk lalu membaca ayat Al-Kursi sekali, nescaya Allah akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk sipembaca sehinggalah ke hari Qiamat.
  3. Sesiapa membaca Al-Qursi sebelum keluar rumah, maka Allah mengutuskan 70 000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan untuknya.
  4. Sesiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya.
  5. Membacanya dapat menghilangkan rasa marah, dijauhi bala bencana dan gangguan syaitan.
  6. Sesiapa membacanya ketika dalam kesempitan nescaya Allah azza wa jalla akan memberikan pertolongan kepadanya dan jika seseorang itu miskin akan menjadi kaya.
  7. Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakirandidepan matanya.
  8. “Sesiapa dikalangan umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan solat sunat dua rakaat, Allah memelihara daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.”
  9. Sesiapa membacanya nescaya Allah mengutuskan malaikat untuk menulis kebaikannya danmenghapuskan keburukannya dari detik itu sampai esok hari,
  10. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, InsyaAllah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.

(PID 13134)