Khamis, 1 Oktober 2015

HIKMAHNYA SAKIT


Assalamualaikum Warahmatullah Hitaala Wabarokatuh

Allah memberi kita sakit, sesuai dengan daya tahan hambaNya, dan banyak hikmahnya, bukti:

1) Sakit itu Zikrullah. Bukti: Mereka yang diuji dengan sakit, lebih sering menyebut nama Allah berbanding di waktu sihatnya.

2) Sakit itu Istighfar. Bukti: Kita akan mudah teringat akan dosa ketika sakit sehingga lisan mudah untuk memohon ampun.

3) Sakit itu juga Muhasabah. Orang yang sakit akan lebih banyak waktu merenung diri dalam sepi, menghitung-hitung bekal untuk kembali.

4) Sakit itu Jihad. Orang yang sakit tidak boleh menyerah kalah, diwajibkan untuk berikhtiar demi kesembuhan.

5) Sakit itu Ilmu. Sakit akan membuat kita memeriksa dan mencari ilmu untuk tidak mudah sakit.

6) Sakit itu juga Nasihat. Yang sakit selalu suka menasihati yang sihat agar jaga diri. Yang sihat menasihati yang sakit agar bersabar.

7) Sakit itu Silaturrahim. Keluarga yang jarang datang jengok akan datang menziarahi, penuh senyum dan rindu mesra dan dapat buah tangan lagi.

8) Sakit itu gugur dosa. Anggota badan yg sakit akan mendapat penyucian.

9) Sakit itu Mustajab Doa. Imam As-Suyuthi keliling kota mencari orang yang sakit agar mendoakannya dan kita juga selalu begitu.

10) Sakit itu menyusahkan Syaitan. Diajak maksiat tak mahu dan tak mampu, malah disesalinya.

11) Sakit itu sedikit tertawa dan banyak menangis. Satu sikap keinsafan yang di sukai Rasulullah saw dan makhluk di langit.

12) Sakit meningkatkan kualiti ibadah. Rukuk sujud kita lebih khusyuk, Tasbih Istighfar lebih sangat. Tahyat juga jadi lebih lama.

13) Sakit itu memperbaiki akhlak. Kesombongan terkikis, Sifat tamak dipaksa tunduk, Peribadi akan jadi santun, lembut dan tawadhu.

14) Sakit mengingatkan kita akan Mati,
Membuatkan kita sentiasa beringat untuk menghadapinya.

Semoga perkongsian ini bermunafa'at.. Ayuh Zikir, fikir, syukur & sabar...

#PID13230#

Ingati Allah satu amalan mudah

~ingati allah satu amalan mudah~
๐ŸŒทOne day, one hadis๐ŸŒท

 Dari Abdullah bin Busrin r.a meriwayatkan bahawa ada seorang lelaki berkata kepada baginda Rasulullah SAW:

"Ya Rasulullah, Sesungguhnya syariat Islam telah banyak (yang semestinya kami amalkan tetapi) berikanlah kepadaku satu amal supaya tetap menjadi amalanku. Baginda SAW bersabda: Janganlah putus-putus lidah kamu basah dari mengingati Allah SWT."

(HR Tirmizi)
~pid13181~

Hidayah milik Allah

~Hidayah itu milik allah ~
 Bila hati kau dah terdetik untuk berubah
Itu salah satu hidayah kau
- 
Tajdid semula niat kau
Tajdid semula aurat kau
Tajdid semula pemakaian kau
Tajdid semula tingkah laku kau
Tajdid semula tutur kata kau
Tajdid semula segala perbuatan kau
- 
Seandainya kau perlukan seseorang yang kamu rasa boleh membantumu
Berdoa kepada Allah
In shaa Allah,Dia akan hantar seorang insan untukmu
- 
Sesulit mana pon proses penghijrahan kau
Ingat masih ada lagi yang lebih sesulit kau
Qowiykan iman dan hati
Allah akan permudahkan segalanya
Yakin dan percaya semua ini adalah yang terbaik
- 
Inni Akhafullah 
~gadis pid13194~

๐Ÿ˜s.a.h.a.b.a.t ๐Ÿ˜


U.K.H.W.A.H
ia bukan soal kau milik aku,aku milik kau.

Jadi,kau tak boleh berkawan dengan orang lain.

aku CEMBURU.

bukan soal melayan perasaan masing -masing.
aku merajuk,kau pujuk.

Tapi ia satu AMANAH.
Satu hubungan yg kau pegang sampai syurga.
dengan ukhwah . . .

Jaga amanah dengan baik ๐Ÿ˜€ bukan dibuka aibnya atau difitnah tentangnya.

Maaf atas salah silap selama perkenalan kita bersama . . .

To : geng dakwah semuanya

                     ๐Ÿ’ždaiesinis_angah_Pid13050๐Ÿ’ž
SAYANGI IBU..SAYANGI AYAH, bagi yang sudah tiada ayah..bagi yang sudah tiada ibu..carilah satu AMALAN, yang membolehkan ibu dan ayah kita dapat PAHALA dalam KUBUR, tolonglah..carikan amalan yang "POSTKAN" pahala untuk ibu ayah kita di dalam kubur..dan tolong JANGAN BUAT MAKSIAT..

KESIAN arwah ibu kita, KESIAN arwah ayah kita..kalau kita KEKALKAN MAKSIAT, kalau kita kekalkan PERGADUHAN sesama keluarga..PERTIKAIAN sesama keluarga, TERSEKSA mereka di dalam kubur..mari kita ambil IKTIBAR, jika telah tiada ayah dan ibu..cari jalan bagaimana hendak dapat pahala untuk mereka..

Tolonglah ERATKAN SILATURRAHIM, jangan BERPECAH BELAH..kesian ibu ayah kita di dalam kubur..saya PESAN pada sahabat yang masih MEMILIKI ibu dan ayah, layanlah ibu dan ayah ELOK-ELOK..dia SAKIT, JAGALAH baik-baik..bila mereka tinggal bersama dengan kita, jaga elok-elok..jangan SIA-SIAKAN mereka, tolong HORMAT mereka elok-elok..JANGAN HINA, JANGAN KEJI, JANGAN CACI mereka..jangan MARAH dan jangan keluarkan kata-kata KASAR pada mereka..

✿~ ibu panggil, DATANG..
✿~ ayah lambat, SABAR..
✿~ ibu marah pun, sabar..
✿~ ayah seolah-olah kasih pada anak yang lain..bukan kita, SABAR..

Jangan terasa dengan ibu ayah, jangan kata IBU TAK ADIL, IBU KASIH ORANG LAIN, AYAH SAYANG KAKAK..ibu tak sayang saya, ANGGAPLAH ibu dan ayah kita sentiasa yang TERBAIK..


Redha Allah terletak pada redha ibu bapa.


PID 13096

PESANAN SAIDINA ALI

"berbahagialah orang dapat menjadi tuan untuk dirinya , menjadi pemandu untuk nafsunya dan menjadi ketua untuk bahtera hidup nya " saidina ali.

-kerana perjalanan hidup kita ,kita lah yang mencorakkannya ,sama ada kearah yang diredhai atau sebaliknya .

#NOTA_HATI
#PID13206
#DP2SEM5

UJIAN TANDA ALLAH SAYANG


ALLAH akan UJI kita dengan benda yang PALING kita
LEMAH:

1)Mungkin kau bab-bab solat jemaah ni kau okay. Dapat pergi surau 5 waktu semua. Tapi, jangan ingat kau hebat.
Mungkin kau tak lemah bab solat jemaah, kau lemah bab tak boleh tahan nafsu dengan perempuan. Maka, Allah akan
uji kau dengan PEREMPUAN!
Sejauh mana kau boleh tahan dengan ujian tu? Ikhtilat,
cinta, couple, video lucah dan sebagainya? Selagi kau tak
settle bab tu, kau jangan rasa kau hebat dan jangan
sesekali puas!

2)Mungkin, bab-bab tutup aurat sempurna, pakai tudung
labuh semua, kau okay. Tapi, jangan ingat kau hebat.
Mungkin kau tak lemah bab-bab aurat. Tapi, kau lemah bab
obsess artis! Maka, Allah akan UJI kau dengan artis!
Sejauh mana kau boleh tahan dengan ujian tu? Kpop, Justin
Bieber, One direction, Lee Min Ho, drama korea jepun
bagai. Sebab tu, ramai je orang tudung labuh, tapi bab ni tak
settle. Selagi kau tak settle bab ni, jangan ingat kau hebat,
dan jengan sesekali puas!!

3)Mungkin, kau, bab-bab akhlak semua kau okay. Akhlak
kau baik, sopan, pemaaf, peramah dan sebagainya. Tapi,
bab aurat kau lemah. Maka, Allah akan uji kau bab aurat!
Sejauh mana kau boleh tutup aurat sempurna? Tudung
labuh tutup dada dan bahu, tiada sanggul, tak jarang,
warna tak menarik perhatian dan lain-lain?? So, jangan
mendabik dada dan puas dengan akhlak kau. Kerana tu
bukan kelemahan kau!

4)Mungkin kau ni lelaki yang langsung tak tergoda bila
tengok perempuan-perempuan seksi. Kau langsung tak
tertarik. Soleh la katakan. Tapi, seperti biasa, Allah akan uji
dengan benda yang kau lemah! Maka, Allah akan datangkan
perempuan yang bertudung labuh sempurna untuk
hancurkan kau!
Sebab tu wujud post-post kat FB dan twitter lelaki yang
bajet soleh, yang berbunyi:
"Subhanallah! Sejuknya mata memandang wanita
bertudung labuh. Moga kalian istiqomah!!"
"Seindah hiasan adalah wanita solehah. Tenang hati melihat
perempuan-perempuan bertudung labuh ni....."
Hancur! Tudung labuh ke tak, tunduk pandangan la kawan!
****
Banyak lagi contoh.
Tapi, masing-masing ada kelemahan masing-masing. At
one point, kita jangan rasa diri kita hebat dengan sesuatu
perkara dan merendahkan orang lain, kerana kita mampu
buat perkara itu kerana itu bukan kelemahan kita!
Orang yang beriman, adalah, dia mampu atasi segala ujian
yang Allah beri, termasuklah mengatasi ujian
menyelesaikan segala kelemahan-kelemahan yang kita ada.
Jangan pernah rasa hebat bila kita tak melakukan kesalahan seperti orang lain sebab itu bukan kelemahan. Jangan pernah rasa hebat sebab hakikatnya kita tak pernah sempurna.
Ingat, Allah akan uji kita dengan benda yang paling kita
lemah.


# notetoself..
 #itu lah hakikat kita manusia LEMAH disana sini..
#INGAT YER!! ALLAH uji kita dengan benda yang kita lemah
#sekeliling kita adalah medan ujian HATTA diri kita sekali pun...
#UJIAN nampak pada orang yang melihat dengann matahati


#BUNGA QASEH#
#PID13012#